“Dua Kali Raya Tahun Ni Di Hospital”. Tak Apa Asalkan Dapat Lihat Ainul Sihat

Share

Sejak beberapa minggu Ainul Mardhiah pulang ke Malaysia selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dimulutnya, nampaknya kini dia semakin ceria dan sihat seperti anak-anak seusianya.

Bagaimanapun dalam satu status yang dimuat naik oleh ayah Ainul, Ahmad Safiuddin nampaknya untuk Hari Raya Aidiladha kali ini pun mereka sekeluarga masih perlu beraya di hospital lagi untuk pastikan keadaan Ainul dalam keadaan baik.

Walaupun tak dapat bersama ahli keluarga yang lain, perasaan syukur kerana masih lagi dapat meraikan bersama insan tersayang dan melihat Ainul makin lincah buatkan hati gembira.

Dua kali raya tahun ini di hospital. Tak mengapa, janji masih dapat sambut raya bersama.

Dalam perkongsian di instagram Ahmad Safiuddin pula nampaknya ayah dan mama Ainul puas hati dan sentiasa mohon orang ramai doakan kesihatan Ainul sentiasa baik walaupun dah berjaya melepasi fasa pembedahan.

Alhamdulillah, Ainul kekal sihat dan bertambah ceria sentiasa.

Terus doakan Ainul supaya Allah memberikan kesembuhan secara total buatnya. Nampak gayanya, tahun ni dua kali raya kita raya di hospital anak.

Rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik untuk Ainul dan harap tiada lagi masalah lain di kemudian hari serta boleh bangun dan berlari selepas ini.

Apa yang penting Ainul terus dikelilingi oleh insan yang tersayang dan keajaiban doa buatkannya terus kuat hingga hari ini. Perubahan paling ketara parut pembedahannya juga makin pudar.

Sumber: FB & Ig Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani

IKLAN