Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan.
Pernah diuji dengan kehilangan anak, akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya matanya.
Tambah Azmi lagi, cahaya mata yang dinantikan itu dijangka dilahirkan pada November depan.
Ads
“Ni eksklusif, saya dan isteri alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.
“Dua tahun menanti sekarang dalam proses. InsyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai pelik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.
Ads
“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.
“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, anak pertama Azmi dan isteri iaitu Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021.
Jamal Abdillah bakal dapat anak lagi, isteri hamil anak kelima. Datuk Jamal Abdillah bakal dikurniakan anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil dua bulan.
Hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Dalam tempoh kira-kira enam tahun, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak di mana yang terbaru dijangka dilahirkan awal tahun depan. Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Menerusi Harian Metro dalam usia 65 tahun, penyanyi legenda yang berusia 65 tahun ini amat bersyukur bakal dikurniakan anak lagi kerana ia adalah rezeki Allah SWT.
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai,” katanya kepada Harian Metro.
Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun dia bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menjaga mereka.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Sementara itu, Jamal memaklumkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” katanya.
Jamal berkata, apabila mengandung, Zai Izzati mengalami alahan tidak makan, tidak minum dan muntah-muntah angin.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Menurutnya, disebabkan alahan muntah-muntah, Zai Izzati akhirnya terkena tiroid dan mengalami sakit tekak.
“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang.
“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.
“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.
Menurutnya, Zai Izzati tidak lagi mengalami muntah-muntah serta tidak sakit di bahagian tiroid.
“Nampak dah okey, alhamdulillah. Esok dia kena buat angiogram (masukkan tiub) untuk kenal pasti punca sebenar penyakitnya. Saya risau juga.
“Apapun saya harapkan doa daripada peminat-peminat semua agar anak saya yang kelima ini sihat sampailah hari kelahiran,” katanya.
Comel baby bump Mawar, dah semakin kelihatan. Walau pun sedang hamil, ibu muda ini tidak lupakan anak-anak tirinya. Memang tak dinafikan sifat keibuan jelas pada aktres cantik ini.
Mawar Rashid yang kini sedang hamil 3 bulan memuat naik posting tentang perkembangan terbaru kehamilannya. Kesihatannya dirinya juga diakui semakin baik dan mohon netizen mendoakan kebaikan untuk si kecil dalam kandungannya.
Ibu cantik ini juga melahirkan rasa gembira melihat perkembangan anak-anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.
Nampak gayanya few years from now nanti Bayen @radenrayyan & K-Sya @raysaachanela akan lagi tinggi dari papa & mummy je ?
Alhamdulillah happy tengok anak2 dah makin besar sihat, pandai & sentiasa happy. Dan bertambah bahagia pabila baby bump kelihatan semakin besar dan kesihatan yang sentiasa baik dalam kandungan mummy ni.
Doakan yang baik2 untuk my little one kay semua ? Terima kasih sangat #MawaRadens
Mawar berkahwin dengan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, adik kepada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley pada 9 November 2017.
Para peminat turut melahirkan kegembiraan melihat pemenang Dewi Kegemaran dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 ini semakin sihat dan dalam keadaan yang baik.
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan. Kalau tak berhati-hati bayi boleh mati dalam kandungan!
Semakin meningkat usia kandungan, ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin membesar. Janin yang semakin bertambah saiz dan semakin aktif juga membuatkan ibu sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, posisi tidur ibu hamil juga perlu sentiasa dipantau. Jika salah kedudukan, ia boleh menggugat nyawa si kecil. Saranannya ini perlu diikuti bagi mengurangkan risiko kematian janin dalam kandungan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betol ke?
Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit.
Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?
da kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar.
Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk Ia darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.
Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnye darah sampai ke organ organ penting.
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %.
Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% .
Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.
Telah disimpulkan bahawa ibu yang tidur melentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba).
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !
Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan
Mak buyung, jangan tido terletang. Tido mengiring kiri okay?