Comel baby bump Mawar, dah semakin kelihatan. Walau pun sedang hamil, ibu muda ini tidak lupakan anak-anak tirinya. Memang tak dinafikan sifat keibuan jelas pada aktres cantik ini.
Mawar Rashid yang kini sedang hamil 3 bulan memuat naik posting tentang perkembangan terbaru kehamilannya. Kesihatannya dirinya juga diakui semakin baik dan mohon netizen mendoakan kebaikan untuk si kecil dalam kandungannya.
Ibu cantik ini juga melahirkan rasa gembira melihat perkembangan anak-anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.
Nampak gayanya few years from now nanti Bayen @radenrayyan & K-Sya @raysaachanela akan lagi tinggi dari papa & mummy je ?
Ads
Alhamdulillah happy tengok anak2 dah makin besar sihat, pandai & sentiasa happy. Dan bertambah bahagia pabila baby bump kelihatan semakin besar dan kesihatan yang sentiasa baik dalam kandungan mummy ni.
Doakan yang baik2 untuk my little one kay semua ? Terima kasih sangat #MawaRadens
Mawar berkahwin dengan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, adik kepada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley pada 9 November 2017.
Ads
Para peminat turut melahirkan kegembiraan melihat pemenang Dewi Kegemaran dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 ini semakin sihat dan dalam keadaan yang baik.
Sebelum ini ramai yang tahu pelakon Fasha Sandha baru sahaja keguguran Jun lalu hasil perkahwinan keduanya dengan aktor Aidil Aziz.
Namun, sejak kebelakangan ini foto terbaru Fasha yang dimuat naik ke akaun Instagram seolah-olah memberi gambaran yang dia kini hamil sekali lagi kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai baby bump.
Malah ramai peminat yang membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua.
Dalam pada itu juga, beberapa rakan artis turut memberi ucapan tahniah dan mendoakan dirinya dan baby dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, hingga kini Fasha tidak memberi apa-apa jawapan balas pada setiap pertanyaan orang ramai dan hanya memberi bayangan awal melalui gambar bersama anak-anak.
Selain ucapan tahniah, di ruangan komen peminat turut menasihatkan Fasha supaya banyakkan rehat dan menjaga kandungan elok-elok memandangkan dia baru saja keguguran.“This time u need to rest a lot sbb baru keguguran .. kita rasa kuat tapi rahim kita not so .. in shaa Allah semoga dipermudahkn Aamiin”
“Walau pun tak umumkan tapi comel baby bump”
Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.
Fasha disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan yang berusia seulan itu tidak dapat bertahan.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Sumber: Ig Fasha Sandha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fibroid, tumor bukan kanser yang tumbuh di dalam rahim, tidak asing lagi bagi wanita. Dalam kes yang teruk, fibroid ketika hamil boleh berlaku.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran.
Teruskan membaca kerana artikel ini bakal mengupas kesan-kesan fibroid ketika hamil.
Apa itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
-Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.