Tidak dinafikan rumah kita yang kebanyakkannya terdiri dari rumah apartment atau pangsapuri membuatkan aktiviti luar anak jadi terbatas. Namun ia bukan alasan.
Sebaiknya cari apa jua aktiviti grounding sebagai rutin mingguan anak-anak. Banyak kelebihannya. Cuba sehabis baik buat aktiviti seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Cuba cari masa untuk jadikan grounding sebagai rutin mingguan anak-anak. Kalau dapat 30 minit setiap hari, itu paling baik.
Tak susah pun sebenarnya tau. Kejap je masa yang diperlukan. Tapi beri banyak kesan positif untuk anak. Kalau kita sibuk tak sempat sangat, 10 minit pun dah cukup.
Tapi, anak-anak kalau dah dapat grounding, ada yang sampai 3 jam masih tak puas. Sebab diorang dah rasa nikmat bermain dengan alam. Best kan.
Banyak manfaat kebaikan grounding untuk anak-anak; 1. Perbaiki kualiti tidur 2. Kuatkan tulang dan otot 3. Kuatkan sistem imuniti 4. Kurangkan keradangan 5. Perbaiki mood anak 6. Lancarkan perjalanan darah
Banyak lagi, terlalu banyak. Kena cuba je, dan lihat sendiri kesannya.
Ads
Saya bagi contoh 7 cara grounding yang mudah. Yang ada di sekeliling kita. 1. Air – laut atau sungai 2. Tanah – pantai atau depan rumah pun boleh 3. Selut – ini ‘kotoran’ yang baik untuk anak 4. Batu – kutip batu letak depan rumah 5. Bunga – boleh tanam dan simpan dalam rumah 6. Pokok – tanam pokok kari pun boleh 7. Rumput – senang nak cari kan
Air pantai dan sungai therapy buat anak-anak. Kita pun tenang je tengok kan.
Saya suka bawak anak ke pantai. Tempat grounding paling best.
Ads
Ajar anak main selut. Kalau dia geli, lagi kena cuba, kita perbaiki masalah sensori anak.
Main batu pun boleh. Kita dulu main batu seremban kan.
Pokok bunga boleh tanam kalau rumah atas langit. Hehe.
Ads
Rumput untuk grounding.
Kita jangan susahkan yang mudah. Ramai tanya bila saya share pasal grounding, duduk rumah apartment tak ada taman nak bawak anak untuk grounding.
Lepas ni kita beli pokok bunga dan biar anak main 10 minit setiap hari. Kira okay dah tu kan dari tak ada langsung kan.
Buat tau, setiap hari kalau mampu. Kesan yang baik kita pasti akan nampak.
Terasa masih baru lagi berita kelahiran anak dara Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam diumumkan, namun 29 Disember lalu dah genap setahun kehadiran Maryam dalam keluarga kedua belah mama dan bapanya.
Menghargai rezeki yang dikurniakan kepada mereka selama lima tahun berkahwin, Mawar menitipkan kata-kata semangat kepada pasangan yang belum dapat anak supaya jangan cepat berputus asa.
Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam perut mama dihiris. Sebelum Maryam hadir di dunia ini macam-macam usaha bapa dan mama buat tanpa putus asa.
Mawar juga menasihatkan kepada bakal ibu yang masih menanti kehadiran orang istimewa dalam hidupnya, cubalah ikhtiar sesuatu terlebih dahulu dan jangan cepat berputus asa.
Sokongan keluarga juga sangat penting dan jangan sesekali malu untuk berjumpa doktor. Perlu ingat jangan cepat mengalah. Bukan tak ada rezeki, insya-Allah rezeki belum sampai lagi.
Ingatlah Allah sentiasa mendengar doa kita dan kadang-kadang kita tak sedar luaran nampak sihat dalaman belum tentu sihat juga. Mungkin pemeriksaan awal lebih baik untuk pastikan hajat kita dipermudahkan.
Cepatnya Maryam besar
Mawar juga berkongsi perkataan pertama yang Maryam boleh sebut adalah mama. Ketika itu umur baru tujuh bulan. Terasa sangat Maryam hargai mama dan perkembangan ini cukup mengembirakan Mawar.
Bukan itu sahaja, Mawar juga akui tak sabar nak lihat setiap perkembangan baru yang Maryam dapat. Baru tahu bagaimanan perasaan seorang ibu bila melihat anak membesar. Terasa begitu besar nikmatnya.
Mana-mana anak kecil tak kan lepas memasukkan barang ke dalam mulut. Lagi-lagi kalau ada mainan di tangan. Di larang macam mana pun, si kecil semakin buat.
Selain memasukkan barang ke dalam mulut, anak akan suka dengan mainan-mainan yang berwarna terang. Biasanya yang terang itulah yang akan jadi pilihannya. Namun menurut Dr Taufiq Razif, mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam berbahaya untuk anak. Ikuti penjelasannya.
Paling bahaya adalah mainan lama yang berwarna KUNING, MERAH dan HITAM.
Kenapa?
Dr Andrew Turner daripada University of Plymouth mendapati unsur bahan kimia berbahaya paling banyak pada mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam!
Mainan lama ni tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna warni.
Mainan lama ni banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tak seketat zaman sekarang.
Jadi hati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ye.
Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.
p/s : Mainan baru pun lebih kurang sama je. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan tu selamat untuk anak kita sebab banyak kes keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ni.
Melihat bayi senyum adalah perkara yang membahagiakan. Tetapi bagaimana pula jika bayi tersenyum saat tidur atau mungkin ketawa, adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?
Bolehkah bayi tersenyum saat tidur?
Apabila ada bayi senyum atau ketawa ketika terjaga adalah keadaan yang normal, bahkan ia boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Pun begitu, ada kalanya anda mungkin akan melihat bayi tersenyum saat tidur.
Jika anda baru melahirkan bayi dan kerap memerhatikan mereka saat sedang tidur, pastinya anda akan perasan bahawa sesekali si manja kelihatan seperti tersenyum atau tersengih.
Pastinya ia momen yang sangat membahagiakan hati mommies. Tetapi mengapa anak yang tidur boleh tersenyum? Jom bongkar mengenainya.
Memahami punca bayi tersenyum saat tidur
Kebanyakan daripada kita, bahkan penulis sendiri berpendapat bahawa bayi yang tersenyum saat sedang terlena adalah kerana mengalami mimpi yang indah. Malangnya tidak banyak bukti saintifik untuk mengesahkannya.
Pun begitu, bayi tersenyum saat tidur mungkin kerana 4 sebab berikut:
1. Perkembangan emosi
Semasa terjaga, bayi terdedah kepada pelbagai bunyi dan pemandangan baharu. Dalam tempoh itu, otak mereka yang sedang berkembang cenderung untuk mencatatkan semua pengalaman dan maklumat harian tersebut yang mungkin akan diproses ketika sedang tidur.
Emosi gembira yang dirasakan semasa mengendalikan pengetahuan dan pemahaman baharu itu akan dipamerkan melalui senyuman dan tawa saat bayi sedang tidur.
Oleh yang demikian, bayi tersenyum, ketawa atau tersengih saat mata terpejam lena mungkin disebabkan sebahagian daripada proses perkembangan emosi si manja.
2.Melepaskan gas
Dipercayai bayi akan mula mempamerkan senyuman sosial apabila berusia 3 hingga 4 bulan. Namun jika si manja tersenyum pada beberapa minggu pertama kelahirannya, ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengeluarkan gas.
Pun begitu, tanggapan tersebut tidak mendapat sokongan daripada sebarang penyelidikan saintifik yang konkrit.
Walau apa pun, adalah fakta bagi bayi yang mengalami kolik untuk cenderung berasa terganggu, dan kentut dipercayai membantu mereka berasa lebih selesa.
Kelegaan melepaskan angin mungkin antara sebab mengapa bayi yang sedang tidur kelihatan tersenyum.
youtube.com/watch?v=WKpSzk5kpII
3.Kitaran tidur REM
Semasa peringkat tidur REM, bayi mungkin akan mengalami perubahan fisiologi tertentu yang mencetuskan beberapa refleks dan salah satunya mungkin tersenyum.
Fasa tidur REM juga akan mengakibatkan pergerakan mata yang cepat dan mimpi yang jelas. Sekiranya anda menyedari si manja yang sedang terlena tertawa atau memberikan senyuman, dia mungkin berada dalam kitaran tidur REM – mungkin mengingatkannya tentang beberapa episod lucu yang berlaku pada awal hari.
4.Masalah berkaitan perubatan
Dalam kes yang jarang berlaku, kekejangan dan ketegangan mungkin terhasil sebagai ketawa yang tidak berhenti. Jika anda menyedari sebarang simptom lain kepada bayi seperti penurunan berat badan, masalah ketika tidur, kerap merengek atau ketawa mahupun tersengih tanpa sebab yang jelas, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Masalah bayi ketawa dalam tidur yang berpanjangan boleh mengganggu waktu rehatnya sehingga menjejaskan tahap kesihatannya.
Perbezaan bayi tersenyum saat tidur
Jadi kini anda sudah memahami mengapa bayi tersenyum saat tidur atau ketawa. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perbezaan jenis senyuman yang boleh dihasilkan si manja?
Jika bayi yang terlena dan tersenyum, ia mungkin terdiri daripada 3 jenis senyuman ini:
i. Senyuman sosial
Bayi cenderung mengalami banyak perubahan emosi dalam beberapa tahun pertama kehidupan mereka.
Seiring peningkatan usia, mereka akan menjadi lebih responsif, waspada dan berinteraksi dengan individu lain. Jika si manja anda mempamerkan senyuman sosial, itu menunjukkan 1 perkembangan penting dan ekspresi kemesraan terhadap anda.
Ia juga bermakna kemahiran komunikasi bayi semakin meningkat. Pada waktu ini, anda mungkin mahu berinteraksi lebih banyak dengan si comel melalui pelukan atau dengan berbual dengannya.
ii. Senyuman refleksif
Bayi yang sedang tidur juga mungkin akan menunjukkan senyuman sekilas terutamanya dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran mereka. Pakar berpendapat episod senyuman itu adalah tindakan refleks yang serupa dengan refleks lain yang ditunjukkan si manja seperti menghisap.
Bahkan senyuman refleksif ini mungkin telah bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Selepas dilahirkan, bayi akan menghasilkan senyuman refleks ini semasa fasa tidur REM.
iii. Senyuman responsif
Jenis senyuman ini biasanya dapat dilihat pada usia bayi mencecah sekitar 6 hingga 8 minggu selepas dilahirkan. Senyum responsif semasa tidur mungkin tindak balas bayi terhadap pengalaman deria atau perkara yang dia nikmati seperti suara yang menenangkan, pelukan dan lain-lain.
Senyum responsif bukanlah reaksi sosial tetapi hanya tindakan berulang-ulang mengikut pada apa yang dirasakan oleh bayi.
1 keadaan normal
Bayi yang ketawa atau tersenyum semasa tidur adalah bahagian normal fasa tidur. Bahkan individu dewasa juga boleh tersenyum, tersengih atau ketawa ketika tidur dan ini adalah wajar.
Apa yang mustahak adalah si manja anda masih membesar dan mengikut proses tumbesaran dengan baik mengikut usianya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.