Proses melahirkan anak adalah 1 waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa. Namun dalam penularan wabak COVID-19 ini, sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan.

Pastinya banyak persoalan akan bermain di fikiran. Mungkinkah anak yang bakal dilahirkan terkena jangkitan coronavirus ini? Bagaimana proses penyusuan kalau anda sebagai ibu diletakkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)?

‘Due Date’ Dah Dekat, Jangan Stres & Takut. Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid-19

Bagaimana persediaan bersalin ketika COVID-19?

Setakat ini, masih tidak terdapat bukti menunjukkan COVID-19 boleh disebarkan oleh seorang wanita hamil kepada janinnya. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan di Wuhan, China terhadap 4 wanita hamil yang positif COVID-19.

Selepas bayi dilahirkan, 3 daripada responden bersetuju untuk dilakukan ujian kepada bayi mereka dan semuanya didapati negatif virus korona. 4 bayi tersebut juga tidak menunjukkan sebarang simptom coronavirus.

Jadi apa yang boleh dikatakan, persediaan bersalin ketika COVID-19 adalah seperti biasa. Cuma mungkin wujud keterbatasan untuk bakal ibu bapa dalam melakukan persiapan dari aspek barangan bayi.

Tetapi bagaimana pula daripada aspek mental bakal ibu ketika proses melahirkan anak itu nanti? Adakah perlu melaluinya secara berseorangan tanpa ditemani pasangan atau keluarga?

Menurut OB-GYN, merangkap tenaga pengajar obstetrik dan ginekologi di Oregon Health & Science University, Dr Rachel Pilliod, “Sememangnya saat melahirkan anak bukan sekadar satu proses fisiologi dan pastinya wujud keinginan untuk berkongsi bersama insan tersayang.”

Sebagai 1 persediaan bersalin ketika COVID-19, beliau menasihatkan wanita yang bakal menyambut kelahiran anak semasa tempoh pandemik ini untuk melakukan rundingan dengan hospital pilihan.

Kebiasaannya pihak hospital akan mengehadkan seorang individu sihat untuk bersama sepanjang tempoh berada di hospital. Walau bagaimanapun, sudah pasti ia bergantung kepada syarat yang dikeluarkan hospital, terutamanya waktu penularan COVID-19.

IKLAN

Turut disarankan, jika pihak hospital membenarkan seorang individu untuk menemankan ibu selepas bersalin, sebaiknya sediakan individu pengganti yang boleh membantu ibu dan bayi jika peneman tersebut mungkin perlu menjalani proses kuarantin-14 hari.

Apakah risiko jangkitan kepada bayi baru dilahirkan?

Bagaimana dengan proses penyusuan? Bolehkah dilakukan seperti biasa terutamanya jika ibu mungkin mempunyai simptom jangkitan?

Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.

‘Due Date’ Dah Dekat, Jangan Stres & Takut. Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid-19

Dr Amir menjelaskan, jika anda ingin menyusukan bayi dan tidak mempunyai sebarang gejala, menjaga aspek kebersihan adalah kunci utama dalam membendung penularan wabak coronavirus.

Manakala jika anda mungkin mempunyai simptom, anda disarankan untuk mengepam susu ke dalam botol dan berikan individu lain yang sihat untuk memberikan susu kepada bayi anda.

IKLAN

Semestinya proses penyusuan tidak digalakkan untuk dihentikan walaupun anda mungkin mempunyai simptom. Ini kerana bayi memerlukan antibodi yang terdapat di dalam susu. Ia adalah cara terbaik untuk membantu si manja melawan virus.

Tetapi penjagaan individu mungkin bergantung kepada tahap simptom yang dialami ibu. Sebaiknya, perbincangan dengan bakal ibu, keluarga dan pihak perubatan perlu dilakukan berkaitan penyusuan badan serta persediaan bersalin ketika COVID-19.

Bagi ibu yang mungkin mempunyai risiko jangkitan, pihak CDC menasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengendalikan bayi. Ini termasuklah mencuci tangan sebelum menyentuh bayi dan memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.

Jika anda memilih untuk memberikan susu formula, pastikan barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.

Kes jangkitan COVID-19 melibatkan bayi baru lahir?

Terdapat 1 kes jangkitan melibatkan bayi yang baru dilahirkan diuji positif COVID-19 di salah sebuah hospital di bahagian utara London. Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada jangkitan itu tersebar melalui plasenta sebelum kelahiran atau pada masa kelahiran.

Ibu bayi tersebut diuji positif COVID-19 di hospital Middlesex Utara, di Enfields. Keputusan hanya diperolehi selepas melahirkan anak. Setakat ini, kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jika positif jangkitan, apakah persediaan bersalin ketika COVID-19?

IKLAN

Bagi wanita hamil positif COVID-19 pada waktu melahirkan anak, mereka akan diasingkan daripada pesakit lain dan pengamal perubatan pula akan memakai topeng muka.

CDC menjelaskan keluarga pesakit sememangnya tidak dibenarkan untuk melawat, maka penggunaan mekanisma alternatif untuk pesakit dan ahli keluarga berhubung adalah seperti panggilan video menggunakan telefon atau tablet.

Selepas bayi dilahirkan, pastikan mereka akan diasingkan daripada ibu sehingga status jangkitan diputuskan. Ini adalah untuk membendung penularan wabak kepada bayi, jika masih belum berlaku.

Jangan tertekan

Tidak dinafikan dalam tempoh ini, kebanyakan individu akan berdepan tekanan khususnya para ibu mengandung. Apatah lagi memikirkan tempoh melahirkan anak semakin dekat.

Walau bagaimanapun, bakal ibu sekalian dinasihatkan untuk menghindari sebarang tekanan. Lakukan perbincangan dengan pengamal perubatan tentang persediaan bersalin ketika COVID-19 ini.

Sama ada merancang untuk bersalin di rumah atau mungkin di hospital bersalin, dapatkan rundingan dengan pakar terlebih dahulu. Jangan melakukan sebarang keputusan terburu-buru.

Paling penting, sepanjang tempoh ini, lakukan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan lakukan jarak sosial dengan sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, okay?

Sumber: Hello Health

BACA: “Layan Anak Main Pondok-Pondok, Masak-Masak” Gelagat Lelaki Ini Jadi Emak Dapat Perhatian Netizen

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI