Cara kita mendidik anak-anak sememangnya berbeza. Ada yang manja dan mewahkan anak dengan mainan tetapi kurang gemar membawa anak berjalan-jalan. Semuanya ada cara yang tersendiri mengikut keselesaan.
Namun ingatlah, anak-anak perlukan sebuah kenangan yang manis untuk dikenang di zaman kanak-kanaknya. Tak guna duit banyak tetapi anak kekurangan kasih sayang. Langsung tidak ada memori indah untuk anak kenang.
Perkongsian Pn Amalina Nudin ini memang ‘deep’. Ciptalah memori yang indah buat anak-anak kecil kita.
Kalau saya. Berbanding sangat berjimat. Tak berjalan ke mana-mana. Tak langsung beli makanan sedap, beli yang murah sungguh. Tak berbelanja untuk kebahagiaan sendiri. Tak gembirakan anak-anak dengan berjalan sini sana. Hidup dalam keadaan tak ceria, serabut, tertekan tanpa sedar, kerja dan kerja semata demi untuk menyimpan di masa akan datang.
Kemudian, dapat beli rumah tanpa hutang, di usia 50 Tahun.
Berbanding begitu. Saya lebih rela, makan apa yang saya teringin nak makan, sekali sekala berjalan travel membahagiakan diri dan keluarga.
Membeli baju, reward diri sesekali enjoy-enjoy dan manjakan diri untuk berehat di hotel. Memberi pada yang memerlukan. Belanja anak saudara, adik beradik yang kekurangan. Walaupun tak mampu beli rumah, mungkin hanya menyewa, itu lebih saya sukai dan enjoy my life to the fullest.
Ads
Kita penuh duit dalam bank, namun anak-anak kekurangan kasih sayang, anak-anak tak ada memori menarik untuk dikenang. Kita berjimat dan menyimpan bersungguh, dengan harapan
“Nanti anak aku ada rumah… ada aset untuk aku tinggalkan…”
Ketahuilah. InshaAllah anak ada rezeki dia kelak. Allah sediakan. Tapi, masa untuk bergembira, masa untuk dia ada memori kanak-kanak yang ceria, yang dia boleh cerita pada rakan-rakan tiada.
Saya lebih suka hidup yang gembira, bahagia, walau tak ada simpanan mana, cuma ada juga untuk kecemasan, yakin yang rezeki Allah sentiasa ada.
Ads
Berbanding ada duit banyak, beli benda itu ini cash, namun hidup tak ceria mana, tiada warna warni di sana. Rumah ada, namun tiada bahagia dalam isi rumah.
Kalau saya lah! Biar kita takde duit full akaun bank. Tapi we live our life to the fullest. Supaya ketika hari kematian kita, Kita tak cakap macam ni…
“Ruginya aku kumpul banyak harta, tapi aku abaikan anak, tak bawa anak jalan-jalan, tak bagi kenangan indah…aku kerja untuk bagi mereka selesa kelak…tapi mereka lebih inginkan kasih sayang, anak nak makan KFC pun aku sangat berkira…
I wish I make people around me happier…”
Ads
Tapi penting juga menyimpan, bukan joli sakan. Bergembira, namun masih sederhana. Hotel bajet pun dah mengembirakan, makan aiskrim murah pun tak tak kurang bahagia, pakai baju tak branded pun bukan tak bahagia.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan. Dengan kenaikan kes positif mencecah lebih daripada 3,000 kes sehari ia seakan-akan memberi peringatan virus ini tak mengenal sesiapa untuk dijangkiti.
Dalam keadaan sekarang ini semua individu terdedah kepada risiko ini sama ada golongan kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas. Cuma masing-masing perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup dalam norma yang baharu.
Ini kerana virus ini tak dapat dilihat dan jika dijangkiti pun ada sesetengahnya tiada simptom tetapi apabila buat ujian disahkan positif.
Si kecil berusia 5 tahun ini disahkan positif COVID-19. Tiada simptom. Sebentar tadi dibawa ke hospital bersendirian dengan ambulans. Moga lekas sembuh dan segera discaj. Ameen. Ingat, COVID-19 tak kenal mangsa. Credit: Ira Hazwani pic.twitter.com/6v2R2YWEHB
Menerusi perkongsian di twitter TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian ramai.
Pastinya situasi itu cukup sebak buat ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu lagi-lagi terpaksa berpisah dengan ahli keluarga buat sementara waktu.
Dalam video yang dikongsikan, ibu pada kanak-kanak itu sempat berpesan dan memberi kata-kata semangat sebelum bergerak ke arah ambulans
“Jaga diri, jangan nangis ok. Kakak good girl kan!”
Lagi buat sebak, kanak-kanak itu nampak sungguh tenang dan sempat berpesan untuk ibunya juga jaga diri.
Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri
Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan ramai terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesuai dengan tuntutan agama, setiap individu yang beragama Islam perlu berpuasa pada siang hari apabila tiba bulan Ramadan. Namun begitu, anak anda yang masih belum mencapai akil baligh tidak lagi diwajibkan untuk berpuasa oleh agama.
Pun begitu, apa salahnya jika anda mahu mengajar anak anda berpuasa sejak awal usia mereka, bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa tip berkesan mengajar anak berpuasa.
Adakah ia selamat?
Sebelum itu, anda perlu tahu sama ada selamat atau tidak anak anda yang masih kecil untuk berpuasa. Jawapannya, ya, ia adalah selamat. Usia yang paling sesuai untuk mengajar anak anda berpuasa pula adalah sekitar usia 7 tahun ke atas bergantung kepada kondisi kesihatan mereka secara umumnya. Pun begitu, ia tidak disarankan dilakukan untuk jangka masa yang terlalu lama.
Bagaimanakah mengajar anak berpuasa?
#1. Ajar mereka berpuasa setengah hari
Pasti anda pernah terdengar ibu bapa berkata kepada anaknya bahawa berpuasa setengah hari sudah memadai, bukan? Ya, ini adalah cara yang bagus kerana kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah tidak disarankan berpuasa penuh. Dengan cara ini, kanak-kanak akan terdedah dengan aktiviti berpuasa lebih awal dan tidak akan kekok apabila pertama kali melakukannya apabila sudah mencapai akil baligh kelak.
#2. Ajar mereka berpuasa menu yang spesifik
Setiap kanak-kanak pasti akan mempunyai makanan kegemarannya tersendiri. Oleh itu, apa kata anda cuba ajar anak anda untuk berpuasa daripada makanan itu sahaja. Sebagai contoh, minta mereka berpuasa daripada coklat kegemarannya selama waktu puasa yang penuh. Ketika iftar, anda boleh berikan mereka makanan kegemaran mereka itu sebagai satu bentuk ganjaran.
#3. Ajar mereka untuk bangun sahur, iftar dan tarawih bersama
Setiap pagi, kejutkan anak anda untuk bersahur bersama anda. Walaupun anda sendiri sudah tahu bahawa mereka tidak akan larat atau mahu untuk berpuasa, lakukan sahaja. Begitu juga dengan waktu iftar. Setiap aktiviti bersama-sama semasa ketika Ramadan termasuklah solat tarawih, libatkan anak anda. Ini akan membiasakan mereka dengan suasananya dan membuat mereka berasa lebih seronok lalu mendatangkan keinginan untuk berpuasa.
#4. Berikan ganjaran
Akhir sekali, berikan ganjaran kepada mereka jika mereka berjaya berpuasa tidak kira setengah hari ataupun tidak. Sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha, bukan? Anda boleh tangguh ganjaran ini untuk diberikan apabila tiba hari raya kelak. Anda juga boleh jadikan ganjaran ini berbentuk wang ringgit sebagai ‘duit raya’. Untuk lebih menarik perhatian anak anda, jadikan jumlah ganjaran ini setimpal dengan hari mereka berjaya berpuasa.
Hubungan ayah dengan anak faktor penentu dalam kehidupan anak-anak. Selain ibu, ayah ibarat pelindung dan bertanggungjawab mencorakkan kehidupan yang lebih baik.
Selain itu, tanggungjawab seorang ayah terhadap anak sangat penting dalam keluarga. Cara ayah mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Biasanya ayah caranya lebih tegas sikit dan serius dalam sesuatu perkara.
Sebab itu, menurut Dr Ahmad Sanusi dalam perkongsian di facebooknya, tanggungjawab seorang ayah pada anak-anak cukup berat dan tak boleh dipandang ringan.
Berat Tanggungjawab Seorang Ayah
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan yang besar terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:
فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم
“Maka tidak ada yang lebih merosakkan seperti kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka (dari mendidik dan tanggungjawab terhadap keluarga).” (Tuhfatul Maudud)
2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:
وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل
“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).
3. Begitu juga seorang ayah dan suami berperanan membantu keluarga dan membina kehidupan yang menepati syariat. Kegagalan ini berupaya menyebabkan mereka dihina di akhirat. Sabda Rasulullah:
“ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَة:ِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ
“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah dihari akhirat kelak: Orang yang menderhaka terhadap ibubapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si dayus.” (HR Ahmad)
4. Menurut hadis, dayus adalah lelaki yang membiarkan kejahatan maksiat atau zina (ada segala puncanya) berlaku di dalam rumahnya. Sabda Rasulullah:
والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ
“Dan si dayus itu adalah mereka yang membiarkan kemungkaran besar (zina atau segala puncanya) berlaku dalam rumahnya.” (HR Ahmad)
5. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran dipamerkan perbualan antara anak dengan ayah. Ia seakan menunjukkan fungsi dan peranan seorang ayah dan suami. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.
6. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.
Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.