Sedu yang berlaku bayi adalah perkara normal. Namun begitu, adakah terdapat sebarang cara untuk membantu bayi menghilangkan sedu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak 20 minit, Boleh Bantu Hilangkan Sedu

Apakah yang menyebabkan bayi anda mengalami sedu?

Pita suara bayi yang tertutup dengan cepat pada masa yang sama dengan kontraksi diafragma akan mengakibatkan bayi tersedu.

Ibu bapa yang berpengalaman mempercayai bahawa sedu akan mendatangkan ketidakselesaan pada bayi dan akan cuba menghilangkan sedu bayi dengan serta-merta. Namun begitu, ia mungkin tidak benar. Sebenarnya, sedu tidak akan memberi sebarang kesan kepada bayi. Mereka juga boleh tidur dengan normal walaupun sedang mengalami sedu.

Bagaimanakah anda boleh membantu bayi menghilangkan sedu?

Walaupun anda tahu sedu tidak mengganggu bayi, ibu bapa pasti masih ingin membantu bayi anda, bukan? Ikuti panduan berikut:

IKLAN

#1. Biarkan bayi anda sendawa
Semasa menyuapkan bayi, ambil sedikit masa untuk membiarkan mereka sendawa. Bayi perlu melakukan ini untuk melepaskan gas yang boleh menyebabkan sedu. Jika bayi anda menyusu badan, biarkan mereka sendawa sebentar sebelum menyambung kembali penyusuan. Jika mereka sedang dalam waktu makan, biarkan mereka sendawa setiap 50 hingga 80 gram pengambilan makanan, sesuai dengan saranan American Academy of Pediatrics.

Tip: Semasa bayi sedang sedu, jangan menampar atau memukul sebaliknya usap belakang bayi dengan lembut.

Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak 20 minit, Boleh Bantu Hilangkan Sedu

#2. Gunakan puting palsu
Sedu pada bayi akan berlaku bergantung kepada banyak sebab, bukan sahaja makan. Oleh itu, jika bayi anda secara tiba-tiba sahaja tersedu, sumbat puting palsu dalam mulutnya dan biarkan mereka menghisapnya. Ini mampu membantu diafragma mereka untuk relaks lalu melegakan sedu.

IKLAN

#3. Biarkan sedu berhenti sendiri
Jika dibiarkan, sedu bayi akan berhenti sendiri. Oleh itu, jangan buat bayi anda rasa tidak selesa dan biarkan sedu itu berhenti dengan sendiri.

Jika sedu masih lagi tidak berhenti, segera dapatkan bantuan doktor. Dalam beberapa kes, sedu mungkin merupakan petanda kondisi kesihatan yang perlu dibimbangkan.

#4. Berikan bayi minum gripe water
Jika sedu bayi dilihat mengganggu bayi anda, cuba berikan mereka gripe water yng diperbuat daripada herba (halia, adas, kayu manis dan chamomile) dipercayai dapat membantu masalah dalam perut dan kolik. Walau bagaimanapun, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk memastikan tiada sebarang risiko terjadi kepada bayi anda jika menggunakannya.

Tip: Jika anda mendapatkan gripe water ini daripada pasar raya, pastikan anda membaca labelnya terlebih dahulu dengan berhati-hati.

IKLAN

Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak 20 minit, Boleh Bantu Hilangkan Sedu

Bagaimanakah mengelak berlakunya sedu pada bayi?

Disebabkan punca sedu susah diketahui, cara mengelakkannya juga adalah agak sukar. Namun, tip berikut mungkin dapat membantu:

-Semasa menyuapkan bayi, pastikan bayi kekal tenang. Untuk memastikannya, suap bayi dengan perlahan-lahan. Sebaiknya, jangan tunggu sehingga mereka terlalu lapar atau mereka akan menjadi sukar dikawal.

-Selepas menyuapkan bayi, pastikan bayi tidak melakukan terlalu banyak pergerakan yang berat. Selain itu, pastikan juga bayi tidak terus bermain dengan penggunaan tenaga yang terlalu banyak sejurus selepas makan atau menyusu.

-Setiap kali selepas menyuapkan bayi, dukung bayi dalam posisi menegak sekurang-kurang 20 minit.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI