Aaisyah Dhia Rana, anak perempuan kepada selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, kini semakin mencuri perhatian ramai apabila jelas kelihatan makin membesar dan cantik.
Kalau dulu Aaisyah sering dilihat sebagai kanak-kanak ceria dengan wajah polos, kini perubahan itu nyata terserlah apabila dia meningkat usia remaja dan tampil lebih matang, anggun serta jelita.
Apa yang menarik, perubahan Aaisyah bukan hanya pada fizikal semata-mata, tetapi turut terpancar melalui cara dia membawa diri, ekspresi wajah dan keyakinan yang semakin menyerlah.
Ramai yang melihat fasa ini sebagai proses semula jadi seorang remaja yang sedang membesar dengan penuh keanggunan dan pesona tersendiri.
Ads
Makan Malam Eksklusif Jadi Perhatian
Menerusi perkongsian terbaharu di media sosial, Aaisyah dilihat menikmati pengalaman makan malam unik di Dinner In The Sky, Kuala Lumpur. Restoran yang terkenal dengan konsep menjamu selera di udara itu menjadi lokasi sempurna untuk menyerlahkan penampilannya yang ringkas tetapi tetap memukau.
Dengan suasana eksklusif serta pemandangan bandar yang mengagumkan, kehadiran Aaisyah tampak bersahaja namun elegan. Pemilihan pakaian yang sopan serta gaya minimalis membuatkan ramai merasakan Aaisyah semakin bijak menyesuaikan penampilan mengikut situasi, sesuai dengan usianya sebagai remaja yang sedang membesar.
Ads
Solekan Natural Buat Ramai Terpikat
Apa yang paling mencuri tumpuan ramai ialah gaya solekan Aaisyah yang kemas dan natural. Rata-rata warganet memuji kebijaksanaannya memilih solekan yang sesuai, tidak berlebihan tetapi cukup menaikkan seri wajah. Sentuhan gaya sebegini dilihat matang dan seiring dengan identiti remaja masa kini yang lebih selesa menampilkan kecantikan asli.
Malah, Che Ta sendiri sempat berseloroh menerusi kapsyennya yang mencuit hati,
Ads
“Sapa yg gayat sangat tu ? @aaisyahdhiarana111 relax ja siap top up top up lipstick lagi.”
Selain penampilan, keyakinan Aaisyah turut menjadi bualan. Dalam setiap gambar yang dikongsikan, dia kelihatan tersenyum tenang dan menikmati momen tersebut tanpa kelihatan kekok. Sikap ini jelas menunjukkan kematangan yang semakin terserlah walaupun masih di usia muda.
Membesar di bawah perhatian umum bukan sesuatu yang mudah, namun Aaisyah dilihat cukup selesa dan tenang, seolah-olah sudah memahami cara mengurus perhatian ramai dengan bijak serta berhemah. Tidak hairanlah ramai yang mula melihat Aaisyah sebagai remaja yang bukan sahaja cantik, tetapi turut memiliki aura tersendiri yang membuatkan orang terus memandang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelawak, Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dan terharunya kala diterima baik oleh anak-anak Shuib dalam keluarga mereka.
Menerusi Instagramnya, Watie memuat naik video ketika hari pernikahannya serta meluahkan penghargaan buat anak-anak dan suami.
Akui Watie, kasih sayang yang ditunjukkan Shuib dan anak-anak membakar semangatnya untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak.
“Anak Ibu, Daddy & Mummy❤️
“Terima Kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang kat mummy,” luahnya sebak.
Malah kongsi Watie lagi dia bersyukur bila mana perjalanannya untuk membina kasih sayang bersama anak-anak dipermudahkan Allah SWT.
Ujar Watie yang murah dengan senyuman ini, kasih sayang ini menjadikannya lebih semangat untuk memberikan yang terbaik buat keluarga kecil mereka.
“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy & anak-anak. Syukur❤️
“Doakan mummy mampu buat yang terbaik & Allah sentiasa menjaga hati mummy untuk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya,” kongsinya lagi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Ibu antara orang nombor satu anak-anak akan sayang sehingga ke akhir hayat. Walaupun sesekali garang, anak-anak tetap nak bermanja. Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat, anak pula buat hal, akan terkeluar kata-kata yang tak diminta.
Selalu orang kata mulut ibu masin kan? Jadi untuk jadikan anak kita berjaya, soleh dan solehah cuba elakkan guna ayat yang tak sepatutnya. Betul ibu bukan berniat, tapi bila emosi marah menguasai diri, ibu seolah tak perasan apa yang diungkapkan.
Berikut antara perkongsian yang sangat bermanfaat dari Puan Adawiyah Abdul Rahman.
Elakkan berkata begini ketika marahkan anak-anak:
“Nanti kamu dah besar kamu rasalah susah dia macamana…”
“Nanti dah ada anak kamu rasalah macamana sakitnya kalau anak kamu buat macam ni…”
“Sekarang kamu rasa senang lagi , tunggulah kalau ibu ayah dah tak de masa tu baru kamu rasa susah…”
“Nanti dah besar mesti kamu rasa menyesal…”
Nauzubillah mi zalik. Dalam marah kadang lupa kata-kata kita adalah doa. Terjentik di hati pun kadang risau Allah makbulkan
Asbab berkat dan makbulnya kata-kata seorang ibu, maka,
Bila marah, elakkan lah terlampau marah
Bila marah dalam hati banyakkan berdoa…
Doakan anak-anak kita tidak merasa bagaimana susahnya hidup kita,
Doakan anak-anak kita dikurniakan keluarga yang soleh bila mereka berkeluarga,
Doakan anak-anak kita kaya dunia akhirat supaya dapat apa sahaja yang mereka mahukan,
Doakan anak-anak kita ditunjuki jalan yang lurus supaya anak-anak kita takkan pernah menyesal dengan apa yang dipilih dalam hidupnya.
Ibu ayah, gunakanlah kelebihan yang Allah beri untuk kebaikan anak-anak. Jangan berkira-kira untuk meminta kerana Maha Kayanya Allah dan Maha Pemurahnya Allah untuk mengabulkan !
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ketika anak masih kecillah mereka patut dididik dalam segala hal, bukan ketika mereka sudah besar dan mula memahami keadaan disekelilingnya.
Antara perkara yang mak ayah boleh mulakan sejak anak kecil lagi adalah mendidik anak bersolat. Perkongsian ibu ini, Dr. Farhuda Zulaikha yang mendidik anak-anak kecilnya bersolat boleh dijadikan contoh dan panduan untuk kita sama-sama mendidik anak kita bersolat.
Tak susah pun nak ajar anak-anak solat sejak kecil. Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing. Ini antara TIPS mudah ajar anak-anak solat.
1. Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.
2. Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian. Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.
Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?
3. Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising. Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.
4.Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu ‘cuti’ pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.
5. Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu. Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada’ dan juga masbu’.
6. Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah. InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.
7. Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tunggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat. Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.
8. Ajarkan wudhu’ bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu’ boleh diajar kemudian. Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu’. Slowly but surely.
9. Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat. Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.
10. Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama. Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.
11. Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka. Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.
12. Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka. It may look for fun but it works.
13. Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa. Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.
Tidak lupa ajak juga anak – anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.
14. Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu’!! Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu’ meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.
15. Solat tidak boleh tinggal langsung. Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.
16.Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir. Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.
Marilah melentur buluh dari rebungnya. Children won’t follow your orders, they imitate you.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.