Mendidik anak di zaman ini bukanlah satu tugas yang mudah untuk digalas. Dalam dunia serba mencabar ditambah dengan kecanggihan teknologi hari ini menjadikan tugas kita sebagai mak dan ayah bertambah payah.

Anak mengamuk, tidak dengar kata dan sebagainya menjadikan kita semakin bertambah tertekan untuk cuba menjadi mak ayah yang terbaik. Soalnya adakah cara kita mendidik sejak zaman dahulu dan kini berubah? Apakah didikan berlandaskan cara Islam sebenarnya yang dapat menjadikan kita mak ayah terbaik buat anak-anak.

Inilah yang dikupas oleh Penceramah bebas, Prof Dr Nik Salida Suhaila di Webinar Pa&Ma & Keluarga, Sayang Anak Ketat-Ketat yang berlangsung Ahad lalu.

Kupasan topik Strategi Mendidik Anak Dalam Perspektif Islam yang dibawakan oleh Prof Dr Nik Salida ini seharusnya menjadi panduan untuk kita mendidik anak-anak hari ini. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

Sering kali kita dengar anak-anak dididik mengikut zaman mereka bukan cara didikan mak ayah dizaman dahulu yang kemudiannya diaplikasikan sekarang ini? Namun adakah ini realiti atau menjadi satu sebab serta justifikasi untuk ibu bapa hari ini tidak melakukan sama sebagaimana mereka telah lalui di waktu dahulu.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

“Dulu kena rotan sekarang tak boleh rotan, dulu boleh marah anak sekarang tak boleh sewenang-wenangnya marah anak. Kalau dulu anak tak nak makan, mak ayah buat tak kisah. Tapi kalau sekarang mak ayah terus pergi cari makanan lain bila anak tak mahu makan. Begitulah contoh perbezaan dulu dan kini.

“Pun begitu tidak semestinya cara kita dididik pada zaman dahulu betul dan cara didikan anak di zaman ini salah. Semuanya bersifat subjektif. Namun empat asas mendidik cara Rasullullah ini mak ayah perlu praktikan agar mak ayah tahu dan memastikan keberkesanan dalam mendidik anak di zaman ini.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

4 asas mendidik anak cara Rasullullah

Nabi Muhamamad SAW kita mendidik semua anak-anaknya dengan penuh kasih sayang mengikut peringkat umur dan ini yang dilakukan oleh baginda.

Umur 1-7 tahun – Didik anak penuh kasih sayang kerana ketika ini anak tidak boleh berdikari. Makan bersuap, jalan berdukung dan manjakan mereka sebaiknya. Tunjukkan kasih sayang semahunya.

IKLAN

Umur 7-14 tahun – Anak diketika ini sudah boleh diajar adab dalam kehidupan mereka. Ajar berpuasa, bersolat, kemas katil, urus diri dan sebagainya. Waktu ini anak-anak sedang membina diri untuk jadi berdikari. Jika di waktu ini anak ditegur dan bertegas, anak-anak akan patuh dan merasakan itu adalah cara ibu ayah untuk menjadikan mereka insan yang lebih baik.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

Umur 15-21 tahun -Dalam proses anak menjadi dewasa, jadikan anak diusia ini sebagai sahabat terdekat dengan kita. Dengarlah keluhan, rungutan dan emosinya diketika ini. Jadi sahabat yang terbaik buat anak-anak.

Umur 21 ke atas – Mereka kini mula membina keluarga sendiri, ibu bapa jadilah orang yang sentiasa menegur dalam segala hal.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

Biar apa pun caranya, zaman apa pun sekali tunjukkanlah cara yang betul dalam mendidik anak-anak. Tunjukkan kasih sayang, mengajar, menegur, perhatian dan mengawasi sebaiknya. Ambillah peranan utnuk menegur anak-anak.

Cabaran membesarkan anak hari ini sememangnya besar dan amat mencabar. Ada orang pernah gagal mendidik anak, namun segeralah untuk kembalikan ke landasan yang betul.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

IKLAN

Apa perlu ibu ayah lakukan?

1. Banyakkan mendengar bila anak bercakap dengan kita. Kesibukan menjadi cabaran untuk kita mendidik anak tetapi luangkan masa dengan memberi perhatian pada mereka. Pandang mata mereka ketika bercakap.

2. Selalu mendengar tentang kebaikan anak-anak kita yang samada diceritakan oleh orang lain atau diceritakan sendiri anak-anak kita. Misalnya anak bercerita tolong bawa buku guru, susun buku dalam kelas, maka kita ceritakan tentang kebaikan Rasullullah kepada anak kita. Ceritakan ianya sama seperti cara Nabi. Buat baik seumpama mengikut Nabi.

3. Kita jangan terlalu kerap ugut anak dengan syurga dan neraka. Memang anak takut tetapi dengan momokan seperti ini anak tidak merasa kasih sayang Allah. Jangan terlalu kongsikan dengan hukuman dan azab Allah yang akhirnya anak menjadi takut. Seimbangkan dengan indahnya di syurga.

4. Jangan kita beremosi apabila berhadapan dengan mereka. Kalau marah kawallah emosi itu, begitu juga dengan kesedihan, kawallah emosi kita bila berhadapan dengan anak.

5. Bagi ibu bekerjaya, bila masuk sahaja ke rumah buanglah segala tekanan di tempat kerja di luar pintu rumah. Jangan bawa masuk segala tekanan ke dalam rumah. Bila di bawa masuk, semuanya akan mengganggu emosi di ketika itu. Jika kerja belum selesai, selesaikan sebaiknya agar tidak menjejaskan hubungan dengan keluarga.

6. Bila anak memberontak, jangan ikut rentak anak ketika mengamuk. Apa yang terbaik adalah kita perlu tenangkan diri. Jika anak membuatkan kita hilang sabar, ambillah wuduk dan selawat banyak-banyak.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

IKLAN

Boleh menghukum anak tetapi bukan ketika marah. Hakimi anak selepas semuanya kembali tenang. Menghukum anak di ketika kita marah bukanlah cara yang betul.

7. Jangan putus asa bagi nasihat pada anak walaupun terpaksa diulang berkali-kali.

8. Minta tolong dengan pasangan dalam mendidik anak-anak. Kita perlukan sokongan untuk membantu menjadi ibu dan ayah yang terbaik.

Pun begitu kata Prof Dr Nik Salida lagi, biar apa pun bentuk dan cara kita mendidik anak kini, sayangilah anak dengan cara yang betul pada definisi dan bertepatan dengan ajaran agama.

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

“Contohilah cara Rasullullah dalam mendidik. Sebaiknya kita mendengar dan memberi ruang untuk anak-anak meluahkan rasa kerana dari situ kita dapat mengetahui emosi anak-anak kita.

“Jangan lupa untuk terus berdoa, moga Allah permudahahkan usaha kita untuk mendidik anak-anak untuk menjadi lebih cemerlang,” kongsinya lagi.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

“Dulu Kena Rotan, Sekarang Dah Tak Boleh” Didik Anak Ikut Zaman, Contohi Cara Rasullullah!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI