“Dulu Meniarap Lambat, Sekarang Aktif Dia Boleh Gugur Jantung Mommy”, Tasha Manshahar Gembira Perkembangan Muammar!

Share

Melihat setiap perkembangan sukses anak pastinya terasa cukup bahagia. Gembira rasanya bila anak mula merangkak, berjalan dan kini sudah mula pandai menyusun butir-butir perkataan untuk bercakap. Pun begitu, jika anak terlambat dari anak orang lain, usahlah dibandingkan kerana lain anak lain perkembangannya.

Bagi Tasha Manshahar pula, melihat setiap perkembangan anak sulungnya, Muammar adalah detik terindah baginya.

Sering berkongsi kisah si kecilnya, Tasha tidak terkecuali berkongsi kisah perkembangan terkini Muaammar melalui instagram miliknya. Kata Tasha lagi, Muaammar melalui fasa yang cukup aktif sekarang.

“Sindrom mak-mak rindu anak dekat tempat kerja dah bermula. Ching!

“Muammar aktif sangat sekarang. Kadang aktif dia tu tahap boleh gugur jantung mommy dedi sebab dia punya berani tu lain macam,” kata Tasha berkongsi.

Melalui entri yang sama, guru cantik ini juga turut berkongsi beberapa keping gambar Muammar yang kini semakin membesar dan aktif.

Kata Tasha lagi, biarpun dulu Muammar agak lambat meniarap di waktu kecil, kini perkembangan anaknya itu semakin bertambah pesat malah cukup aktif memanjat di segenap ruang rumah. Cukup aktif dan lasak.

“Dia meniarap dulu agak lewat dan sekejap je fasa meniarap tu maybe sebab masa baby dia berbentuk bulat (lol 😂) jadi doktor kata agak tak selesa untuk dia meniarap lama.

“Dia start merangkak masa dia 9 month macam tu, tumbuh gigi pertama masa nak masuk 10 month and masa 1 year lebih sikit baru berjalan. Sekarang #1y4m dah berlari dah.

“Panjat kabinet, panjat sofa, naik turun tangga jangan cakap lah. Expert. Dah boleh faham apa kita cakap, dah pandai tunjuk apa dia nak, dah boleh harap sikit-sikit kalau nak minta tolong simpan/ambil barang, menyepah pun pandai,” katanya berkongsi.

Jangan desak anak, biar anak lalui fasanya

Dalam pada itu, kata Tasha lagi, dia tidak pernah memaksa atau mendesak terhadap perkembangan anak kecilnya itu. Baginya tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Apa yang lebih penting adalah Muammar merasai sendiri setiap fasa perkembangannya dengan baik. Itu sudah memadai baginya.

“Oh ye dah pandai merajuk. Cuma sekarang bercakap tu belum berbutir.

“Mommy okay je sebab nothing to rush pun. Yang penting Muammar experience every phase. Good things take time. Tak lama lagi kalau dah bercakap betul ni, mesti kuat mengadu ni. Manja ya Allah,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga penyanyi dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid pada September 2018. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Muammar Rafiqi, 1 tahun 4 bulan.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN