Kehidupan berumah tangga apa lagi dengan anak-anak yang semakin bertambah sememangnya menuntut perbelanjaan yang bukan sedikit. Berjimat cermat, itulah kuncinya ketika anak sedang membesar.

Perkongsian seoarang bapa, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang cukup dikenali turut berdepan kesusahan ketika awal perkahwinan hingga anak-anak sudah sedikit membesar. Tambah terkesan dengan kehidupan dengan ekonomi yang semakin meningkat.

Berkat kesabaran dan kesungguhan untuk menambah pendapatan demi memberi kesenangan kepada anak-anak dan isterinya, akhirnya pasti membuahkan hasilnya. Satu perkongsian yang cukup menarik.


Saya nak kongsi sedikit sisi buruk saya dulu-dulu. Awal-awal dulu, saya pemalas pait. Betul-betul harap gaji jadi cikgu je. Langsung tak ada buat kerja tambahan. Cukuplah sekadar untuk hidup dan makan.

Saya cuma nak rehat yang banyak. Tak mau buat kerja lebih nanti tak ada masa rehat, sibuk dan penat.

Sehinggalah lahir anak pertama, kos anak-anak ni besar. Dan saya ingin yang terbaik untuk anak saya. Minum susu mahal, botol susu mahal, pampers mahal. Maklumlah, anak pertama. Semua nak yang terbaik.

Kat situ mula terasa struggle, duit tak cukup. Tapi masih malas dan bertahan dengan gaji kecil tu. Sampai anak saya usia 3 tahun, dapat anak kedua pula. Anak dah 2, perit berganda lah. Tambah-tambah hidup kat kotaraya ni.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

Dan di suatu hari, kami lalu depan kedai mainan. Masa tu hujung bulan. Dan anak sulung saya nak sebuah kereta kontrol berharga RM19.

Saya seluk poket, cuma ada RM7 sahaja. Dalam bank, tinggal RM10. Menangis saya dalam hati masa tu. Menangis sungguh-sungguh, cuma airmata je tak keluar.

Saya muhasabah diri, dan cuba kenang kembali. Rupanya sepanjang kami kahwin, saya tak pernah bawa puan isteri bercuti ke mana-mana tempat peranginan pun.

Tak pernah bawa isteri dan anak-anak tidur hotel. Paling kuat bawa jalan-jalan tepi pantai pastu balik.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

IKLAN

Saya juga teringat, kahwin dah dekat 5 tahun tak pernah saya beli hadiah harijadi puan isteri, tak beli hadiah anniversary. Just wish sahaja. Nak buat surprise sekali sekala beli phone ke, emas ke, memang jauh sekali lah.

Teruk saya menung sendirian masa tu. Memang rasa loser. Rasa suami dan ayah yang tak berguna. Ayah apa aku ni anak nak mainan RM19 pun tak mampu beli? Sebiji kek harijadi untuk isteri pun tak pernah beli.

Pada satu hari, duit dalam poket ada RM10. Ambik anak dari taska nak hantar balik rumah, saya singgah stesen minyak isi minyak motor RM3. Arshad ikut masuk masa tu dan tunjuk nak KitKat.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

Balance RM7 tu untuk saya makan di kantin hari tu. Tapi demi anak, belikan juga KitKat tu. Sudahnya hari tu tak makan saya kat sekolah. Tahan lapar gitu je.

Rasa teruk benar diri ni. Sampai tahap tu sekali. Sampai nak makan kat kantin pun tak ada duit. Oh ya, saya gaji cikgu diploma je. Kecik wei. Gaji permulaan tak sampai RM1000 pun. Dah tu ada pula buat personal loan, yuran kebodohan zaman bujang. Dah tanggung beban bulanan bertahun-tahun lama.

Yuran kebodohan melibatkan personal loan ni ramai yang kena. Seksa weh. Okey, sambung cerita.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

Start dari situ saya cakap pada diri yang saya kena keluar dari zon selesa. Saya kena buat apa saja untuk ubah ekonomi diri dan keluarga.

IKLAN

Masa tu kat Fb tak ada followers. So saya kerja jual air tin. Sambil-sambil tu saya jual kasut bundle kat uptown sampai jam 4 pagi. Kemudian saya kerja kedai makan kawan.

Masa tu kerja macam kerbau demi ubah nasib diri dan keluarga. Tidur saya sekitar 3 jam sehari. Balik mengajar, mandi terus keluar rumah. Pulangnya azan Subuh.

Penat tok sah nak cerita. Saya diamkan saja. Aku lelaki kot. Aku ada tanggungjawab. Aku kena hadap semua ni sebagai anak jantan, bukan mengeluh meminta simpati orang.

Oh ya. Walau seteruk mana kewangan saya, saya takkan sesekali benarkan isteri saya bayar segala jenis bil api, air, astro, telefon. Semua atas saya, saya kan suami.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

Walau bil pernah sampai surat merah api nak kena potong dan puan isteri nak tolong bayarkan, saya marah dia. Jangan masuk campur! Itu tanggungjawab saya. Pandai la saya selesaikan. Gituh ego seorang suami. Padahal duit tak dak. Wakaka.

Tapi isteri tetaplah isteri. Dia tau suami dia tak dak duit, tapi ego nak mampoih. Sesekali dia buka wallet saya, dia lihat ada seringgit dua, dia selit RM10. Nak selit banyak, takut kena marah lagi. Haha.

Buka wallet, tengok ada duit lebih, tahulah saya isteri punya kerja. Masa ni rasa lebih teruk. Lebih tak guna. Laki apa aku ni sampai bini kena bagi duit belanja curi-curi gini?

IKLAN

Lagi nekad nak kayuh dan buat apa jua kerja. Saya pernah kerja satu malam dapat gaji RM10 sahaja. Dan pernah langsung tak bergaji bila kasut bundle jualan saya tak laku.

Sedih beb, turun kerja jam 7 malam dengan harapan dapat la sepuluh dua buat belanja esok. Pulang jam 4 pagi, sesen pun tak dapat apa. Dapat letih je, dan esok kelaparan di sekolah tak ada duit nak makan.

“Dulu Seluk Poket, Cuma Ada RM7 Saja” Berkat Sabar & Usaha,  Kini Cikgu Fadli Salleh Lega Boleh Senangkan Anak Isteri!

Serius sedih kalau kena hari kumpau tak ada sale, tak ada gaji ni. Bertahun-tahun saya begitu. Gigih buat apa jua kerja tanpa kira penat ke, letih ke apa. Janji rezeki halal untuk dibawa pulang.

Dan benarlah janji Tuhan, barang siapa berusaha tanpa meninggalkan doa, pasti Allah beri ganjaran. Sedikit demi sedikit ada perubahan positif dalam income saya. Makin lega dan mula ada simpanan kecemasan, simpanan untuk hadiah isteri, simpanan untuk bercuti.

Setelah 9 tahun berkahwin, kali pertama saya tarik isteri saya masuk kedai emas dan saya suruh dia pilih barang kemas mana yang dia nak.

Menangis isteri saya masa ni. Aku pula berair mata dok tulis kisah ni sambil mengenang saat tu. Adoi. Ok sambung. Sikit ja lagi. Panjang nak mampoih ni ada orang nak baca ke? Lantakkan. Aku tetap nak menulis juga.

Dan akhir tahun itu, setelah 9 tahun tak pernah aku bawa anak isteri melancong, aku bawa mereka ke Kundasang, Sabah. Punya seronok anak isteri, akhirnya dapat pergi bercuti.

Begitulah sedikit sebanyak kisah hidup aku. Harap perkongsian ini ada la memberi semangat kat kawan-kawan lelaki terutamanya yang masih struggle saat ini.

Kayuh saja brother. Rempuh apa saja. Kita lelaki. Kita anak jantan. Isteri dan anak-anak tu tanggungjawab kita.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI