“Ainul Mardhiah sekarang dah pandai senyum. Ya, baru sekarang nampak dia senyum bila dia happy”.  Ini perkembangan terbaru Ainul melalui apa yang diberitahu oleh walidnya.

Menurut Ahmad Safiuddin, sebelum ni kalau kita main-main dengan dia, dia diam je. Perhati je apa yang kita tengah buat. Tapi sejak kebelakangan ni, nampak dia dah tahu reaksi bila dia suka!

“Alhamdulillah! Satu-satu Ainul dah belajar. Walid dengan mama tak mengharap pun Ainul laju seperti bayi-bayi yang lain. Cukup lah Ainul sihat sepenuhnya dan Ainul membesar dengan baik di depan mata mama dan walid”.

“InshaAllah, pada satu hari nanti dengan izinNya, mama dengan walid nak dengar pula suara Ainul ketawa. Terus doakan untuk Ainul ya,” katanya.

IKLAN

Dah pandai nak main

Perkongsian video terbaru Ainul yang dah pandai nak bermain itu juga mengembirakan hati kedua ibu bapanya.

IKLAN

Dah reti nak bermain dah Ainul ni. Dulu dia tak pandai lagi, kita geletek ke kita main dengan dia ke, dia diam je.

Sekarang dah nampak dia mula belajar sesuatu. Alhamdulillah, slow-slow ye Ainul Mardhiah.

Tambah Safiuddin kadang-kadang wayar oksigen yang dipakai Ainul agak membataskan pergerakannya tetapi tak mengapalah nanti dia akan terpaksa.

IKLAN

Dulu Tak Pandai Main. Sekarang Pandai Senyum Bila Happy. Satu-Satu Ainul Dah Belajar!

“Cuma bila akan dibuka bergantung pada keadaan Ainul kerana dia kena pakai oksigen sampai dia tak perlukan bantuan oksigen. Tiada waktu yang ditetapkan.

“Doakan dia segera sihat dan boleh off oksigen secepat yang mungkin ye,” kongsinya.

Sumber: ig Ahmad Safiuddin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI