Berapa pantasnya masa berlalu. Jika dahulu, MUA yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz mengumumkan kehamilan anak keempatnya ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, kini Bellaz membawa anak keempatnya itu untuk turut sama mengerjakan umrah.
Bellaz dan keluarga yang kini berada di Tanah Suci turut membawa keempat-empat anaknya termasuklah si comel, Nur Aisywara Naelofa yang kini berusia lapan bulan.
Menerusi Instagram dan Tik Toknya, Bellaz turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang berada di sana.
“Alhamdulilah bawak mek Wara ke Tanah suci. Dulu test pregnant naik dua line kat sana. Harini alhamdulilah suami buat suprise bawak anak-anak Bellaz ke sana,” kata Bellaz berkongsi.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Nur Aisywara Naelofa atau mesra di panggil ibunya Baby Wara yang cukup comel tampil bertudung.
Meninjau diruangan komen, anak kecil itu dipuji ramai kerana murah dengan senyuman biarpun dipakaikan tudung. Malah wajah redup Wara turut menjadi perhatian. Memang comel!
Hari ini, tepat jam 10 30 pagi tadi, ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah pun menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka.
Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) itu akan diadakan pada jam 12.00 tengah hari dan mak ayah sudah boleh semak bermula 10.30 pagi tadi.
Terdahulu, UPKK ini diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Peperiksaan ini malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:
– Amali Solat
– Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
– Tilawah Al-Quran
– Pelajaran Jawi dan Khat
– Sirah
– Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
– Adab (Akhlak Islamiah)
– Lughah Al-Quran
CARA SEMAK
Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:
i) Nombor MyKid;dan
ii) Nombor Angka Giliran
iii) Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Semakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:
Selamat maju jaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebatnya anak Selangor! Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam) berjaya mengharumkan nama negeri Selangor apabila dinobatkan johan kategori Inovasi Sekolah Rendah dalam Pertandingan SciFusion Kebangsaan 2025.
Sekolah ini adalah merupakan sekolah rendah pertama yang didirikan di Shah Alam dengan cogan kata sekolah, “Belajar Terus Belajar”, sudah pastinya ia melahirkan generasi yang cemerlang dalam akademik.
Pertandingan itu berlangsung di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemenangan ini bukan saja membuktikan kehebatan murid-murid SK Shah Alam, tapi juga hasil usaha gigih guru dan semangat pasukan yang luar biasa!
Empat murid SK Shah Alam di bawah bimbingan guru mentor Shahrul Asyraf bin Suhaimi berjaya memukau juri dengan projek inovasi pendidikan bertajuk FonikAR, sebuah aplikasi bahan bantu mengajar berasaskan realiti terimbuh (Augmented Reality).
FonikAR dibangunkan bagi menyokong dua keperluan utama pendidikan negara iaitu penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira) dalam kalangan murid sekolah rendah, serta menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendigitalkan pendidikan melalui Dasar Pendidikan Digital.
Aplikasi ini membolehkan pengguna mengimbas kad imbas dan melihat huruf dalam bentuk 3D, lengkap dengan contoh perkataan dan bunyi fonik. Ia sesuai digunakan di sekolah mahupun di rumah, malah direka mesra untuk murid pendidikan khas.
“FonikAR menggabungkan pendekatan fonik tradisional dengan teknologi AR yang moden dan futuristik. Kami cuba hasilkan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif, sesuai untuk semua murid tak kira latar belakang atau keupayaan,” kata Shahrul Asyraf.
Menurut beliau lagi, antara keunikan FonikAR adalah gabungan paparan tulisan sebenar 3D dengan objek serta huruf dalam bentuk 3D, selain sokongan suara bantuan fonik yang membantu murid belajar melalui pendekatan visual dan auditori.
Salah seorang murid menyatakan dengan penuh teruja bahawa mereka tidak menyangka akan menang kerana saingan yang sangat sengit, namun berasa bersyukur kerana inovasi tersebut mendapat tempat di hati juri dan berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh negara.
“Kami semua tak sangka akan menang sebab saingan sangat sengit. Kami rasa bersyukur inovasi ini mendapat tempat di hati juri dan dapat diperluaskan lagi seluruh negara,” kata salah seorang murid dengan penuh teruja.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, manakala majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Muhammad Hamiduddin Saat, Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba.
FonikAR sebelum ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan dalam Seminar Buku Teks berkaitan Kurikulum 2027, dan turut dipersembahkan di pentas antarabangsa termasuk di Semarang dan Jakarta, Indonesia serta di Mumbai, India. Ia juga memenangi anugerah Inovasi Terbaik dalam dua pertandingan antarabangsa serta meraih lapan pingat emas di pelbagai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
SK Shah Alam kini dalam proses tapisan pertama bersama MyIPO bagi mendapatkan perlindungan hak cipta, dan bercadang memperluaskan penggunaan FonikAR di seluruh negara. Pihak sekolah turut merancang menyertai lebih banyak pertandingan inovasi pada masa akan datang.
SciFusion: Festival Inovasi & STEM Kebangsaan merupakan penganjuran julung kali oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Bertemakan Innovate to Elevate, program ini menampilkan pertandingan inovasi, pembentangan fizikal, infografik dan video kreatif dengan pelaksanaan secara hibrid fizikal dan dalam talian.
“SciFusion direka sebagai platform untuk pelajar sekolah menunjukkan potensi sebenar mereka dalam bidang inovasi dan STEM. Kami harap program ini dapat mencetus semangat ingin tahu, serta keyakinan untuk mereka terus berinovasi dalam dunia sebenar,” kata Pengarah Projek SciFusion 2025, Mohamad Zulfiqar Mohd Shah.
Sebanyak 250 peserta fizikal dan 135 peserta dalam talian mengambil bahagian mewakili sekolah dari seluruh negara. Antara pemenang utama lain ialah Kategori Inovasi Sekolah Menengah: Johan – Kolej Permata Insan, Negeri Sembilan (iONO), Pembentangan Fizikal Sekolah Rendah: Johan – SJKT Ladang Highland, Selangor (Ricinus Healing Stick), Pembentangan Fizikal Sekolah Menengah: Johan – SM IMTIAZ YT Kemaman (Physio-Finger Device), Kategori Infografik: Johan – SAM Unwanus Saadah, Selangor (Riang Ria Kimia Raya) dan Kategori Video Kreatif: Johan – SMJK Jit Sin, Pulau Pinang (e-Vision).
Tahniah kepada pemenang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkahwinan ada jalannya sendiri. Ada yang dipenuhi bahagia, ada juga yang sarat ujian. Begitulah kisah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, yang kini sekali lagi menjadi perhatian warga maya.
Disebalik kemewahan dan senyuman, tersimpan cerita penuh onak duri dalam kehidupan rumah tangganya.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Norazam Sulaiman kira-kira 18 tahun lalu dan juga merupakan pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 dilihat pasangan yang romantis.
Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata, yang menjadi pelengkap dan penguat semangat buat Rebecca.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Perjalanan 18 tahun bersama itu bukan mudah, malah penuh dengan ujian yang tidak semua orang mampu hadapi.
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram, Rebecca berkongsi sekeping foto suaminya dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya. Ayat yang ditulis seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hubungan mereka.
“18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini. Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya penuh makna.
Lebih menyentuh hati, pada ruangan bio akaun Instagram miliknya kini tertulis “single mother of 7”, seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.
Tidak hairanlah, ruangan komen di hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang bertanya, ada juga yang menitipkan doa agar Rebecca terus tabah. Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada tujuh cahaya mata ini, agar dia tetap kuat mengharungi badai kehidupan.