Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri. Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat.
Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri oleh penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai empat orang cahaya mata dikala usianya baru menginjak 31 tahun.
Malah akui Adira, dia dan suami sebenarnya mensasarkan untuk punya anak sempat sebelum usianya 30 tahun. Namun tersasar dan melahirkan anak bongsunya pada usia 31 tahun.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini amat bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata pada usianya masih muda iaitu 31 tahun.
“Memang saya rancang untuk beranak dulu, lepas tu berhenti untuk mulakan balik karier seni.
“Sebenarnya saya dah ‘ikat’ (peranakan) dah sebab keempat-empat anak bersalin Czer. Jadi saya ambil keputusan tu atas nasihat doktor dan suami juga. Saya bersyukur dah ada dua anak lelaki dan dua perempuan.
“Saya cadang nak berhenti beranak sebelum atau masa umur 30 tahun tapi sebab Covid dan sebagainya, lahir anak last umur 31 tahun,” katanya berkongsi.
Punya anak ramai bagi dirinya langsung tidak memberikan tekanan malah dakwaan punya anak ramai akan melenyapkan kecantikan dan awet muda seorang perempuan disangkal oleh ibu cantik manis ini.
“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.
“Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.
“Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan.
Ads
“Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.
“Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu,” kongsi Adira lagi.
Jangan takut beranak ramai
Malah isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini turut menasihatkan wanita agar jangan takut untuk berkahwin dan memiliki zuriat sendiri.
“Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini lagi.
Ads
Adira yang kini kerap muncul di media sosial sentiasa menghiburkan wargamaya dengan keletahnya bersama anak-anak. Ada sahaja sisi keibuan yang ditonjolkan Adira untuk perkongsian semua.
“Mungkin sebelum ini saya kurang aktif di media sosial. Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan diri hamil, tahu-tahu terus sakit perut dan selamat melahirkan bayi lelaki. Seolah-olah macam tak percaya tetapi realitinya memang berlaku pada seorang wanita.
Melalui laporan Daily Star, seorang wanita mengakui sangat terkejut selepas melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik gigi. Hal ini kerana wanita ini mendakwa langsung tidak menyedari bahawa dirinya sedang berbadan dua.
Bersalin atas kerusi di klinik gigi
Kredit Gambar: Daily Star
Wanita yang dikenali dengan nama Jessica Aaaldering dari Belanda selamat melahirkan bayi lelaki selepas dibantu oleh seorang anggota polis. Difahamkan, sebelum kejadian, Jessica dikatakan berada di kawasan pekan dan kebetulan ketika itu, seorang anggota polis yang melalui kawasan tersebut melihat Jessica seakan sedang menahan sakit.
Dia kemudian terus membawa Jessica ke klinik gigi berhampiran dan tidak lama selepas itu, Jessica melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik berkenaan.
Menurut sumber, Jessica melahirkan bayi tersebut 10 minggu awal. Jessica bersama bayinya yang diberi nama Herman telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Difahamkan, Herman telah melepasi tahap kritikal dan kini keadaan kesihatannya stabil.
Kredit Gambar: Daily Star
Tiada perubahan fizikal, kitaran haid normal
Jessica menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana keadaan fizikalnya seperti berat badan, saiz perut dan sebagainya adalah normal dan langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya sedang hamil.
Malah, dia juga dikatakan masih datang bulan seperti biasa. Jika mengikut logik kebiasaannya apabila wanita sedang hamil maka kitaran haid mereka juga akan terganggu tetapi itu tidak berlaku pada Jessica.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Jessica mengakui pernah terasa sakit di bahagian perutnya tetapi dia hanya menyangka itu adalah kesan akibat terjatuh beberapa hari lalu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia sebenarnya berbadan dua.
**Jom cuci mata shopping barangan anak pada harga yang sangat berbaloi. Klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih suami buat isteri terlihat dari caranya melayan isteri. Begitulah dapat digambarkan bagaimana bahagianya kehidupan berumah tangga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sentiasa melayani isteri dengan kasih dan sayang.
Menerusi perkongsian terbaru Ebit Lew di instagramnya, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik dan banyak bekorban demi kebahagiaan rumah tangga. Walaupun Ebit Lew mampu namun sikap isterinya yang tidak meminta-minta membuatkan dia sebak dan bersyukur.
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kasih bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal. .
Terima kasih kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
Terima kasih 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
Terima kasih Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
Terima kasih sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew
Menggemparkan apabila bekas pegawai polis yang menghadapi pertuduhan dadah menceroboh sebuah taska di Thailand, semalam, sebelum membunuh puluhan kanak-kanak prasekolah serta guru dan menembak lebih ramai lagi ketika melarikan diri.
Sekurang-kurangnya 36 individu terkorban dalam kes amukan paling dahsyat dalam sejarah negara dan ramai juga cedera akibat insiden itu. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.
Suspek, yang dipecat dari polis pada awal tahun ini, kemudian membunuh isteri dan anak di rumahnya sebelum membunuh diri. Gambar diambil oleh saksi pertama menunjukkan lantai sekolah dipenuhi dengan mayat kanak-kanak yang berselimut di tempat tidur mereka.
Imej itu menunjukkan tetakan di muka mangsa dan tembakan di kepala hingga berlumuran darah. Ketika kejadian, kanak-kanak itu tidur pada waktu tengah hari.
Seorang guru memberitahu penyiar Thai PBS bahawa penyerang itu keluar dari kereta dan segera menembak seorang lelaki yang sedang makan tengah hari di luar, kemudian melepaskan lebih banyak tembakan.
Sebaik penyerang berhenti sebentar untuk memuat semula peluru, guru itu berlari ke dalam taska.
“Saya berlari ke belakang, kanak-kanak sedang tidur.
“Kanak-kanak itu berumur sekitar dua atau tiga tahun, ” kata wanita ktu
Seorang lagi saksi berkata, kakitangan taska sudah mengunci pintu, tetapi lelaki bersenjata itu menembak dan masuk ke dalam premis itu.
“Guru yang meninggal dunia mempunyai seorang kanak-kanak dalam pelukannya.
“Saya tidak fikir dia akan membunuh kanak-kanak, tetapi dia menembak di pintu dan dapat masuk,” kata seorang saksi yang tidak mendedahkan namanya kepada televisyen Thailand, Kom Chad Luek.
Sementara itu, jurucakap polis Archayon Kraithong berkata, sekurang-kurangnya 10 individu cedera, termasuk enam kritikal.
Serangan itu berlaku di luar bandar Uthai Sawan di wilayah timur laut Thailand, Nongbua Lamphu, salah satu wilayah termiskin di negara itu.
Video diambil oleh saksi pertama yang tiba di tempat kejadian menunjukkan anggota penyelamat bergegas masuk ke dalam bangunan satu tingkat itu melepasi pintu depan kaca yang pecah, dengan titisan darah kelihatan di atas tanah di pintu masuk.
Dalam rakaman disiarkan dalam talian selepas serangan itu, ahli keluarga yang panik kedengaran menangis di luar bangunan.
Satu imej menunjukkan lantai berlumuran darah di mana tikar tidur bertaburan di sekeliling bilik dipenuhi abjad dan hiasan berwarna-warni lain menghiasi dinding. Polis mengenal pasti penyerang sebagai bekas pegawai polis berusia 34 tahun, Panya Kamrap.
Bahaya Alahan yang Sering Diabaikan
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kecil menderita? Alahan (allergy) bukan sekadar bersin atau ruam kulit biasa — ia...