Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia), penyedia insurans hayat dan takaful keluarga, telah berjaya mengadakan E-Forum Brighter Wellness buat pertama kalinya yang bertajuk “Holistic Wellness to a Brighter YOU” dan berjaya menarik lebih dari 240 peserta, baru-baru ini.
Dihoskan oleh pelakon popular, Nazrudin Rahman, E-Forum setengah hari itu dianjurkan dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pengetahuan untuk melindungi diri dan keluarga mereka dengan lebih baik dalam keadaan wabak COVID-19.
Diadakan secara maya, sesi ini menampilkan empat tetamu jemputan yang masing-masing pakar dalam bidang mereka iaitu Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden / Ketua Negara Sun Life Malaysia; Hairul Azreen, selebriti dan Brand Ambassador untuk Sun Life Malaysia; Dr Amer Siddiq Amer Nordin, Profesor Madya Perubatan Psikologi di Universiti Malaya dan Ustaz Halim Hafidz, Hos program Ustaz Biker TV1.
Menurut Raymond, tahun ini sangat mencabar bagi semua orang kerana pandemik COVID-19 ini telah mengubah sepenuhnya cara hidup rakyat Malaysia dan memaksa kita untuk mempersoalkan banyak aspek kehidupan seharian kita.
Ads
“Selain kesan dari aspek kesihatan dan kewangan, wabak ini juga menyebabkan peningkatan kadar tekanan atau kegelisahan.
“Sejajar dengan tujuan perniagaan kami untuk memperkasakan orang untuk mencapai kewangan seumur hidup keselamatan dan kehidupan yang lebih sihat, forum ini adalah cara kami untuk memberikan pandangan berharga tentang cara melaluinya fasa ini dari segi kewangan, fizikal, mental dan rohani,” katanya.
Ads
Selain aspek kewangan, rakyat Malaysia juga sangat risau tentang ahli keluarga dan orang tersayang.
Hairul Azreen menyentuh topik kesihatan fizikal dan berkongsi pengalamannya dalam menjaga kecergasannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengadakan aktiviti kecergasan bersama ahli keluarga.
“Seperti yang berlaku sekarang ini, kita tidak tahu apa yang akan terjadi selanjutnya tetapi kita mesti sentiasa bersedia. Dari aspek kesihatan, bersenam dan menjaga pemakanan penting demi kesejahteraan kesihatan,” kata Hairul.
Ads
Sepanjang forum itu berlangsung, perbincangan topik mengenai kesihatan mental dan kerohanian mendapat respon yang baik dari peserta untuk mengamalkan penjagaan diri yang baik dan mengukuhkan amalan kerohanian.
E-Forum Brighter Wellness adalah usaha terbaru Sun Life Malaysia kepada rakyat Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda negara ini. Sebelum ini, syarikat secara aktif memberikan sokongan kewangan kepada pelanggan dengan menawarkan pelbagai insiatif percuma dan liputan perubatan untuk kemasukan ke hospital dan rawatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sun Life Malaysia, boleh layari https://www.sunlifemalaysia.com/ dan Facebook di sunlifemalaysia atau Instagram di sunlifemalaysia_my untuk kemas kini terkini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini, ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan kerana, wajah kanak-kanak comel yang menghiasi botol berkenaan merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
Ujar ibunya yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah, dia mula membawa anaknya itu hadir ke sesi uji bakat ketika berusia tiga tahun lagi. Ibu Madihah juga akui bahawa dia tidak sangka rezeki untuk menjadi penghias jenama berkenaan berpihak kepada anaknya itu.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 25 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Madihah turut gemar bermekap dan sangat suka belajar mekap menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara mekap dengan betul.
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai lebih 40 ribu followers.
Kalau dulu anak lima, tidak berapa lama lagi, pasangan usahawan, Datin Seri Shahida dan suaminya, Datuk Seri Alif Syukri bakal menimang cahaya mata keenamnya tidak lama lagi.
Bakal bersalin sedikit masa lagi, ibu cantik jelita ini menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami ke Seoul dan Pulau Jeju, Korea.
Menerusi Instagramnya, DS Shahida turut memuat naik beberapa video momen bersama suami dan lima anaknya yang kini berada di Korea.
Walau dalam sarat kata DS Shahida, dia mahu menikmati percutian bersama anak-anak sepuas-puasnya sebelum cuti bersalin dan berpantang.
“Sebelum keluar yang ke 6 ni kita enjoy lah dulu.
“Hari ni saya sekeluarga ke Jeju island pula, banyak tempat tempat dengan permandangan yang sangat cantik ditambah pula dengan cuaca sejuk sampai ke tulang.
“Semoga urusan kelahiran yang nombor 6 ni dipermudahkan lah. Lepas ni angkut berenam pulak lah,” katanya berkongsi.
Malah akuinya lagi, tidak mudah mengendalikan lima anak dengan pelbagai ragam sepanjang bercuti. Masing-masing menduga keimanan namun rasa kasih pastinya bercambah bahagia bila terbang jauh bersama anak-anak.
“Bukan senang nak uruskan anak ramai ni kalau nak berjalan jauh.
“Betul betul menguji kesabaran dengan perangai sorang sorang yang menduga,” katanya lagi berkongsi.
Sepanjang bercuti ke Pulau Jeju, DS Shahida yang bakal bersalin tidak lama lagi dilihat cukup kuat membawa perutnya yang sarat.
Malah ketika meninjau pasar-pasar di sekitar Pulau Jeju serta lokasi menarik di sekitar Jeju, ibu cantik manis ini cukup bertenaga dan bersemangat berjalan bersama anak-anaknya sambil merakam detik-detik indah ketika musim sejuk.
Semoga urusan kelahiran dipermudahkan hingga detik bersalin kelak.
Pelakon, model dan usahawan Malaysia, Raja Ilya atau nama sebenar, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi gelagat cahaya mata sulungnya, Talita Love Garrett yang mencuit hati semua.
Raja Ilya yang kini menetap di Perth setelah berkahwin dengan suaminya, berkongsi gelagata Talita yang sedang baring di atas dada ayahnya sambil tersenyum selepas bangun dari tidur dan melihat ayahnya.
Talita sangat manja dengan ayahnya, ‘daddy’s girl’ dan Raja Ilya sempat berseloroh seolah Talita sudah memiliki suaminya 100% dan mereka terpaksa berkongsi kasih kini.
“Bangun tidur terus Cari Daddy dia .. Yang penat beranak, jaga siang malamnya kita , tapi Daddynya juga Yang dia cari”
Gelagat keluarga ini mendapat perhatian warganet kerana rata-rata anak perempuan mereka sangat rapat denga ayahnya pada waktu kecik dan sering berebut untuk mendapat perhatian dan manja dari ketua keluarga itu.
Raja Ilya dan Trent Garrent berkahwin di Perth Australia dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018 yang lalu.
Kredit: Raja Ilya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.