Kulit merah berair, jika cuaca panas anak mula menggaru. Bukan itu je, waktu tidur malam anak pun tak lena sebab gatal dan asyik merengek. Tompok-tompok merah ni bukan hanya pada bahagian muka, ada juga anak mengalaminya di siku, kaki, belakang lutut dan beberapa anggota badan.
Bila bawa jumpa doktor, ini adalah tanda ekzema dan perlu dirawat agar keadaan lebih terkawal dan tak menganggu perkembangan anak. Seperti yang dikongsikan oleh seorang bapa, Mohd Yazid Ismail, kisah anak lelakinya yang mengalami ekzema kronik dan sekarang dah bebas boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa lain.
Jangan bergantung pada ubat steroid
Ubat steroid jangan guna lama-lama. Pakai seminggu dua minggu je. Untuk jangka masa panjang ia akan beri kesan yang buruk.
Tapi ramai guna dalam jangka masa yang lama. Malah ada orang pakai sampai bertahun-tahun. Kebanyakan ubat yang diberikan oleh hospital dan klinik setiap kali rawatan eczema adalah ubat steroid, sebab tu ramai guna sampai bertahun-tahun. Ubat bersambung setiap kali ke klinik.
Macam tu juga kami dulu-dulu, sebab dah tak tahan sedih tengok anak menderita, kami guna ubat steroid yang doktor bagi. Tapi eczema reda sekejap je, lepas tu naik makin teruk. Kemudian tukar ubat steroid lain yang makin tinggi dos. Kesan buruknya kulit Saeed makin nipis dan eczema bertambah parah.
Ads
Rupanya steroid sekadar mengawal simptom ia tak menyembuhkan. Nak sembuh eczema kena rawat dari dalam, kena guna makanan sebagai ubat. Ilmu pemakanan memang kena belajar betul-betul. Ubat sapuan hanyalah untuk mengawal luaran sahaja.
Tukar pada produk natural
Bila tengok keadaan makin tak elok, kami insaf tak nak guna ubat steroid dah. Cari product natural sahaja untuk mengawal eczema Saeed.
Ads
Sanggup pergi jauh dari Nilai ke Rawang sebab nak beli product natural dari orang kat sana. Harga memang mahal berbanding ubat steroid. Tapi dah bertekad nak berusaha dengan bahan natural dan dengan ilmu pemakanan.
Selepas 6 bulan tinggalkan steroid, izin Allah sembuh
Alhamdulillah selepas 6 bulan tinggalkan steroid, eczema Saeed sembuh. Saeed diuji dengan eczema sejak umur 2 bulan dan sembuh ketika umur 16 bulan.
Walaupun ramai cakap eczema susah nak sembuh dan makan masa hingga anak masuk sekolah baru sembuh, tapi Saeed sembuh sebelum umur 2 tahun alhamdulillah. Eczema Saeed bukan jenis mild, tapi jenis yang teruk.
Ads
Pengalaman susah nak dapatkan ubat natural tu memang kami akan ingat sampai bila-bila. Kami rasa perlu ada usaha untuk memudahkan orang ramai mendapatkan product natural. Alhamdulillah sekarang mama Saeed, Widyana Ali bersama kawan-kawannya ada mengeluarkan natural product Honey & Olive Baby (HOB) untuk bantu masalah pengidap eczema.
Keadaan Saeed sekarang yang dah bebas ekzema dan membesar dengan sihat
Widyana juga banyak share di Facebook menu makanan yang diberikan kepada Saeed.
Boleh tengok di FB Widyana Ali untuk tahu tentang pengalaman menyembuhkan anak eczema. Semoga usaha yang dibuat oleh Widyana dapat membantu ramai orang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh.
Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat, selang beberapa hari Sang Pencipta menjemput abangnya, Ali dikurniakan rezeki yang tidak pernah dijangka. Isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.
Tentunya berita tersebut sedikit sebanyak mengubat kedukaan setelah kehilangan abang tersayang dan juga sebelum ini dia yang pernah kehilangan anak keduanya, Ainul.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Kalau Abam ada, mesti dia gembira”
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilah dan kelahiran anaknya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. ”
Sebelum ini, anak kedua Ali dijemput Ilahi kerana masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya baru tiga bulan.
Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.
Ribuan orang memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu ketika hayatnya.
Ramai sahaja yang takut luka caesarean terbuka atau basah hingga nak mandi pun takut dan tak mahu.
Sedangkan, bila tak mandi, kuman duduk sedap berjimba dan berpesta pada luka dan menyebabkan luka lambat sembuh malahan lebih teruk, menyebabkan jangkitan pada luka hingga bernanah.
Jadi, bila boleh mandi selepas caesarean section?
1) Selepas boleh bangun.
(Immediately selepas bius spinal telah lengkap) tapi janganlah beria mandi. Cukup bersihkan diri dan pastikan dressing tidak basah kuyup.
** Jika dressing basah, beritahu nurse awal-awal.
2) Selepas tiub kencing telah di cabut.
Ada sesetengah wad, mereka akan menguruskan ibu dahulu seperti menukar pad dan membenarkan ibu untuk ambulasi keesokan harinya selepas tiub kencing dicabut.
3) Selepas Wound Inspection.
Kebiasaannya pemeriksaan luka (Wound Inspection) akan dilakukan keesokan harinya. Anda boleh mandi selepas itu jika anda bimbang dressing basah.
• Anda perlu ambulasi seawal mungkin bagi mengelakkan deep vein thrombosis )darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki) – Jika tidak dirawat, ia akan pecah lalu berlaku pulmonary embolism (salur darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku itu)
• Jika sakit di kawasan pembedahan, ampu kawasan luka dengan bantal.
• Jika batuk atau bersin (cara sama seperti di atas)
• Pakai seluar dalam sedikit besar atas pusat agar tidak memberikan tekanan ke bahagian luka.
• KERINGKAN luka selepas mandi atau berpeluh yang banyak.
• ELAKKAN sembelit, kerana sembelit akan menyebabkan tekanan dikawasan luka lalu menyebabkan kesakitan.
• Makan makanan tinggi protein bagi menggalakkan penyembukan luka dan pertumbuhan tisu baru.
Menjaga kebersihan diri merupakan suruhan agama. Pembedahan bukan alasan untuk tidak mandi atau culas menjaga kebersihan diri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat Angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang selamat menyambut kelahiran bayi ketujuh mereka semalam.
Menerusi beberapa perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, anak ketujuh mereka yang merupakan seorang bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.98kg.
Sembilan bulan menanti kelahiran anak ketujuhnya, Dr Sheikh Muszaphar dilihat cukup teruja dan bahagia kala bertemu dengan buah hati terbarunya.
Menerusi entri terbarunya, bapa penyayang ini turut berkongsi nama yang cukup indah buat putera mereka.
“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Demi cinta pada Nabi kita yang terakhir.
“Tapi anak-anak mahu beberapa nama lain. Noah mahu Ibrahim. Tasha suka Isaac. Adam nak Adam Junior.
“Eusoff & Emelia tak kisah apa-apa nama. Hanya Bella yang setuju dengan nama pilihan ni. Masing-masing ada citarasa yang berbeza.
“Mari panggil dia Sheikh kecil buat masa ini,” kongsinya lagi.
Semalam Dr Sheikh mengumumkan kelahiran bayi comel mereka yang dilahirkan di sebuah hospital di Damansara.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat.
“Terima kasih semua atas doa,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut mempunyai dua pasangan kembar, Adam dan Noah serta Emelia dan Eusoff.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...