“Baru lahir pun nak main mainan ke? Bukan ke dia tidur je sepanjang masa?”

Ha, ramai sangat ibu bapa yang masih terlepas pandang tentang hal ini. Walaupun bayi baru lahir nampak macam hanya makan, tidur dan menangis – otak mereka sebenarnya sedang berkembang dengan sangat pesat!

Seawal usia 0 hingga 6 bulan, bayi sangat perlukan rangsangan daripada persekitaran sekeliling – dan mainan adalah salah satu cara paling mudah dan menyeronokkan untuk bantu tumbesaran mereka.

Ads

Mainan yang sesuai bukan sekadar untuk hiburan, tapi ia bantu aktifkan deria sensori, koordinasi tangan dan mata, dan kemahiran motor halus mereka. Pendek kata, dengan bermain pun anak boleh belajar!

Jadi, mommy daddy jangan pandang remeh ya – pemilihan mainan yang betul dari awal boleh bantu membina asas perkembangan anak yang cemerlang sejak bayi lagi.

Ads

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda

Mainan Sesuai Untuk Bayi 0–3 Bulan:

Ads
  • Fokus pada deria penglihatan & pendengaran: Bayi pada usia ini belum pandai memegang objek, tapi suka melihat dan mendengar.

  • Pilih mainan bercorak & berwarna terang: Warna kontras tinggi mudah menarik perhatian si manja.

  • Contoh mainan sesuai:

    • Kotak muzik atau MP3 lagu lembut

    • Cermin selamat (tidak mudah pecah)

    • Buku kain bercorak terang

    • Mainan sensori (tekstur berbeza)

    • Mainan berbunyi seperti kerincing & loceng angin

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
buku kain bercorak terang

Mainan Sesuai Untuk Bayi 3–6 Bulan:

  • Bayi mula pegang & duduk sendiri: Mereka mula suka mainan yang boleh digerakkan sendiri.

  • Rangsang motor halus & koordinasi tangan-mata

  • Contoh mainan sesuai:

    • Crib mobiles (yang boleh berpusing & berwarna-warni)

    • Mainan kerincingan & bunyi (squeaky toys)

    • Patung lembut & selamat untuk pelukan

    • Buku cerita kecil bertekstur

    • Teethers (untuk gusi yang mula rasa gatal)

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
crib mobiles

Mainan Sesuai Untuk Bayi 6–9 Bulan:

  • Bayi kenal mainan sendiri & mula bergerak lebih aktif.

  • Contoh mainan:

    • Buku bergambar

    • Mainan manipulatif (boleh ditekan, diputar, dll.)

    • Patung lembut

    • Bola bersaiz sesuai

    • Mainan berbunyi

    • Push toys (mainan tolak)

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
mainan berbunyi

Mainan Sesuai Untuk Bayi 9–12 Bulan:

  • Bayi mula merangkak, berdiri & belajar berjalan.

  • Mula faham nama objek & suka masukkan barang ke dalam mulut.

  • Contoh mainan:

    • Push toys & mainan geometri

    • Bola pelbagai saiz

    • Buku cerita & mainan telefon

    • Blok bangunan

    • Baldi & sekop mainan

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
bok bangunan

Mainan Sesuai Untuk Anak 12–18 Bulan:

  • Gemar tiru perlakuan orang dewasa & aktif mencuba sendiri.

  • Contoh mainan:

    • Mainan aktiviti seharian (mini dapur, alat tukang, dll.)

    • Push & pull toys

    • Sorting/nesting toys

    • Bola, krayon & kertas

    • Mainan kenderaan yang boleh dinaiki

    • Buku bergambar interaktif

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
mainan kenderaan

Mainan Sesuai Untuk Anak 18–24 Bulan:

  • Mahu berdikari & bermain sendiri tanpa bantuan.

  • Contoh mainan:

    • Playhouses (rumah mini)

    • Blok besar & kecil

    • Alat muzik mainan

    • Puzzle & mainan susun gambar

    • Buku & cakera interaktif

    • Set keretapi mini, krayon & kertas

Elak Beli Mainan Sembarangan, Ini Panduan Mengikut Usia Bayi Anda
mainan susun gambar

Setiap peringkat usia anak membawa perkembangan yang unik dan menakjubkan. Pemilihan mainan yang sesuai bukan sekadar untuk hiburan, tetapi berperanan penting dalam merangsang minda, emosi dan kemahiran motor anak sejak awal usia.

Jadi, mommy dan daddy—luangkan masa untuk memahami keperluan anak mengikut fasa tumbesaran mereka. Dengan mainan yang betul, kita bukan saja membantu mereka belajar, tetapi juga mencipta momen gembira yang penuh makna sepanjang proses membesar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI