Racun serangga dikatakan menjadi salah satu penyebab terjadinya Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder-ASD). Benarkah?

ASD ialah gangguan perkembangan saraf yang kompleks dan dicirikan oleh kesulitan dalam interaksi sosial, komunikasi, dan perilaku terbatas, berulang-ulang dan karakter stereotaip.

Menurut mstar.com.my, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa Gangguan Spektrum Autisme (ASD) adalah sejenis ketidakupayaan yang paling cepat berkembang.

Racun Serangga Salah Satu Penyebab Autisme? Usia Ibu Bapa Juga Faktor

Austime dihidapi kira-kira satu peratus penduduk dunia. Secara matematiknya, terdapat hampir 75.3 juta penghidap autisme di muka bumi ini!

Punca dan misteri di sebalik autisme telah menyebabkan pihak keluarga, doktor dan penyelidik buntu serta terus mencari kemungkinan tentang faktor yang menjadi penyebabnya.

ASD adalah keadaan perkembangan neuro yang melibatkan defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi merentas pelbagai tetapan dan situasi.

Racun Serangga Salah Satu Penyebab Autisme? Usia Ibu Bapa Juga Faktor

Memetik laporan Virgin Islands Daily News, sesetengah orang yang menghidapi autisme mungkin mengalami masalah berkomunikasi, sementara yang lain mungkin akan berdepan masalah dalam situasi sosial.

Tanda-tanda lain termasuk tingkah laku berulang atau tumpuan yang melampau terhadap satu aktiviti.

STRUKTUR OTAK KANAK-KANAK AUTISME BERBEZA 

Tiada sebab tunggal yang menyebabkan ASD berlaku, tetapi pakar profesional perubatan secara umumnya menerima bahawa ia dikaitkan dengan kelainan dalam struktur otak dan fungsinya.

IKLAN

Persatuan Autisme di AS menunjukkan bahawa imbasan otak pada kanak-kanak penghidap autisme adalah berbeza bentuk dan struktur berbanding imbasan otak kanak-kanak yang tidak mempunyai gangguan ini.

Walaupun salah faham tentang vaksinisasi dengan ASD tersebar luas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun hubung kait antara vaksinisasi dan autisme telah dinafikan sejak 1998.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Sumber Autisme Barat Daya AS mendapati autisme mungkin bermula sebelum kemunculan sebarang gejala yang ketara, dan faktor-faktor berikut mungkin memainkan peranan:

#1. Racun makhluk perosak

Sesetengah kajian mendapati bahawa racun perosak mungkin mengganggu gen yang terlibat dalam sistem saraf pusat.

Bahan kimia ini boleh menjejaskan orang yang cenderung terhadap autisme.

Menurut satu kajian Perspektif Kesihatan Persekitaran yang diterbitkan pada Jun 2014, satu pertiga ibu mengandung daripada 1,043 keluarga yang tinggal berhampiran sebuah kawasan industri pertanian di California, AS dikaitkan dengan pembangunan terjejas.

IKLAN

Hubung kait antara racun perosak dengan risiko menghidapi ASD meningkat sebanyak 60 peratus.

Racun Serangga Salah Satu Penyebab Autisme? Usia Ibu Bapa Juga Faktor

#2. Kerentanan genetik

Persatuan Autisme AS menyatakan bahawa ASD cenderung berlaku lebih kerap ke atas individu yang memiliki keadaan perubatan tertentu, termasuk sindrom X yang rapuh, sclerosis tuberous, sindrom rubella kongenital dan fenilketonuria yang tidak dirawat.

Tindakan memasukkan bahan-bahan berbahaya semasa ibu mengandung juga dikaitkan dengan peningkatan risiko autisme ke atas kanak-kanak.

#3. Farmaseutikal

Bayi yang terdedah kepada ubat-ubatan tertentu sejak dalam rahim, termasuk asid valproic yang digunakan untuk sawan dan gangguan mood dan thalidomide didapati mempunyai risiko autisme yang tinggi.

IKLAN

Thalidomide pernah digunakan untuk ibu yang mengalami morning sickness dan kebimbangan melampau (anxiety) serta masih boleh dipreskripsikan sebagai rawatan untuk kanser.

Racun Serangga Salah Satu Penyebab Autisme? Usia Ibu Bapa Juga Faktor

#4. Usia ibu bapa

Menurut penyelidik Sistem Kesihatan Davis Universiti California, risiko autisme meningkat dengan usia ibu bapa.

Ibu bapa berusia 40 tahun ke atas lebih terdedah untuk melahirkan anak dengan ASD berbanding jika mereka hamil pada usia 20-an.

Racun Serangga Salah Satu Penyebab Autisme? Usia Ibu Bapa Juga Faktor

Walaupun punca sebenar ASD berlaku masih dikaji sehingga ke hari ini, risikonya boleh dikurangkan dengan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada gangguan tersebut.

Sebagai ibu bapa yang memiliki anak-anak autisme pula, berikan mereka sokongan moral dan bantuan yang diperlukan agar anak tersebut dapat mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian.

Tindakan pertama yang harus diambil adalah memberikan anak anda rawatan sewajarnya dengan segera.

Sumber: mstar.com.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI