Dalam dunia moden hari ini, ramai kanak-kanak yang menghadap komputer berjam-jam setiap hari- seakan-akan ia sudah menjadi rutin harian mereka. Membiarkan mata anak menatap pada skrin komputer dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada ketidakselesaan, letih dan kekeringan mata.

Elak Letak Skrin Komputer Terlalu Tinggi Dari Pandangan Mata Anak, Ini Kesanya Pada Kesihatan Mata Mereka

Bagaimana komputer menjejaskan mata anak

Mata kanak-kanak perlu berkerja kuat

Apabila anak anda melihat pada skrin komputer, mereka bukan hanya tertumpu pada skrin. Akan tetapi, mereka melihat pada benda yang terpampang pada skrin seperti gambar dan video. Mata mereka perlu beralih untuk memfokus semula apabila gambar pada skrin berubah. Ketika ini, otot mata perlu berkerja lebih keras. Tidak seperti buku, skrin komputer menambahkan silau dan kontras, menjadikan ia lebih teruk.

Tidak mengubah penyusunan

Anak anda mungkin akan mengabaikan masalah mata mereka. Mereka mungkin tidak terfikir bahawa mereka boleh mengubah penyusunan skrin komputer atau meja dan kerusi supaya lebih selesa. Mereka juga menerima semua perubahan atau masalah yang disebabkan komputer kerana mereka anggap masalah itu normal, dan orang lain pun melihat komputer sama seperti yang mereka lakukan.

Kanak-kanak tidak cukup kesedaran diri

IKLAN

Anak anda tidak tahu bila perlu berehat. Mata mereka menatap komputer pada satu jarak terkunci, tanpa berubah aras mata. Ini boleh membawa kepada kekejangan tempat. Mata sepatutnya perlu melihat kepada objek dalam jarak yang berbeza. Apabila anak anda melihat pada skrin komputer, mereka kekal memfokus dan merenung. Oleh itu, mereka sudah mengurangkan kerlipan. Pengurangan kerlipan mata boleh menjurus kepada agihan air mata yang lemah. Jadi, mata akan mengalami keradangan. Skrin selalunya terletak pada kedudukan yang lebih tinggi berbanding buku atau surat khabar. Jadi, mata anak anda memerlukan lebih air untuk kekal hidrat. Penghasilan air mata yang kurang boleh menjurus kepada kekeringan dan iritasi.

Kanak-kanak gunakan komputer orang dewasa

Kebanyakan komputer direka untuk penggunaan orang dewasa. Jadi, aturannya disiapkan untuk orang dewasa, bukannya kanak-kanak. Lantaran itu, apabila anak anda menggunakan komputer, mereka perlu mengangkat kepala untuk melihat apa yang dipaparkan pada skrin. Malahan, anak anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tetikus, papan kekunci atau menyandarkan badan pada kerusi atau sofa serta kedudukan kakinya tidak sampai ke lantai. Mereka mungkin akan rasa tidak selesa apabila duduk menggunakan meja kerja di tempat orang dewasa.

Tahap pencahayaan di bilik tidak sesuai untuk kanak-kanak

Semasa anda menggunakan komputer, anda hanya memerlukan separuh tahap pencahayaan Jika tahap pencahayaan dinaikkan, mata perlu melaras untuk menyesuaikan keadaan pencahayaan yang berbeza.

IKLAN

Lindungi mata anak anda

Periksa mata anak anda

Anda perlu membawa anak anda ke hospital atau pusat penjagaan kesihatan mata untuk memeriksa jika anak anda boleh melihat dengan jelas. Lakukan pemeriksaan mata anak dengan kerap supaya anda boleh mengesan lebih awal jika mata mereka perlu dirawat. Dalam sesetengah kes, ujian berbeza adalah disarankan.

Jangan biarkan anak menggunakan komputer terlalu lama

Ingatkan anak anda untuk mengambil rehat sebentar selepas satu jam menggunakan komputer. Jangan biarkan mereka menatap skrin komputer selama berjam-jam. Anda perlu hadkan masa mereka duduk menghadap komputer. Ini boleh membantu mengurangkan masalah mata akomodatif.

IKLAN

Periksa kedudukan komputer

Periksa komputer dan meja kerja anda dengan betul. Jika anak hendak menggunakan komputer, laraskan posisi pada skrin, papan kekunci, tetikus, kerusi, dan meja untuk disesuaikan dengan anak anda. Skrin pula tidak boleh diletakkan terlalu tinggi daripada pandangan mata anak. Pastikan papan kekunci dan tetikus mudah dicapai oleh anak anda. Kakinya pula perlu diletakkan mencecah lantai atau letakkan kaki anak di atas bangku.

Periksa pencahayaan

Periksa pencahayaan dalam bilik bagi mengelakkan silau berlebihan pada skrin. Anda juga disarankan untuk mengurangkan jumlah lampu dalam bilik.

Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI