Menangis kerana mahukan sesuatu sampai berguling di lantai. Itu perkara biasa bila mana melihat anak yang tantrum.
Ada juga anak yang menangis tanpa henti hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi oleh mak ayah. Ada sebabnya mengapa anak mahu kemahuannya dituruti malah memberontak dan menangis.
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, pemilihan makanan tinggi gula menjadi penyebab tantrum. Elakkan makanan tinggi gula dan jajan!
Ada dekat sini yang anak mudah tantrum? Kalau dekat supermarket, shopping mall biasa sangat tengok anak berguling. Berstreet dance atas lantai. Sampai bersih lantai anak mop.
Mak ayahnya pula cekak pinggang. Tak puas hati ke macam mana. Tangan penuh plastik makanan segera. Gula gula pelbagai perisa dan warna. Minuman macam mana kaler ada.
Ads
Bagaimana temper tantrum boleh terjadi? Makanan yang diberi pada anak beri kesan langsung pada paras gula anak.
Makanan tinggi gula, pewarna dan karbohidrat berproses seperti jajan, gula gula, lolipop, roti coklat.
Antara punca utama ‘blood sugar swing’ – adik beradik ‘mood swing’.
Ads
Paras gula anak turun mendadak. Lepas itu naik juga mendadak ibarat roller coster. Mananya tak tantrum anak. ake noted ye mak dengan ayah.
Beri anak makan ‘regular meals’ sarat zat penting iaitu iron, zinc, magnesium, iodine, vitamin D, vitamin B, omega-3.
Bantu tingkatkan fungsi OTAK. Kawal paras gula darah anak. Seimbangkan hormon yang control emosi, keupayaan untuk fokus. Barulah dapat bantu anak tantrum.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sebagai ibu bapa, melihat anak kita batuk tentu menimbulkan rasa risau. Terutamanya bila batuk berlarutan, boleh menggangu waktu belajar, tidur dan aktiviti harian anak. Tapi tahukah anda, batuk ada beberapa jenis dan setiap satu perlukan pendekatan yang berbeza? Paling biasa adalah batuk kering dan batuk berkahak. Memahami perbezaan ini sangat penting untuk memastikan anak mendapat rawatan yang betul dan elakkan komplikasi. Dalam artikel ini, kita fokus khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah rendah — fasa aktif dan mudah terdedah kepada jangkitan.
Batuk kering ialah batuk yang tidak disertai dengan pengeluaran kahak atau lendir. Ia biasanya terasa seperti gatal-gatal, iritasi, atau sengal di tekak, menyebabkan anak batuk berkali-kali tapi tidak dapat keluarkan apa-apa. Batuk jenis ini boleh buat anak rasa tidak selesa dan mudah penat.
Manakala, batuk berkahak pula berlaku apabila ada kahak atau lendir yang terbentuk dalam saluran pernafasan. Kahak ini boleh jadi cair atau pekat, jernih atau berwarna kuning/hijau bergantung pada punca jangkitan. Batuk jenis ini berfungsi untuk ‘membersihkan’ kahak dan kotoran daripada paru-paru atau tekak.
Batuk kering selalunya dikaitkan dengan keadaan di mana tekak dan saluran pernafasan atas mengalami iritasi. Contohnya, jangkitan virus seperti selesema awal, alergi habuk, asap rokok, atau udara yang terlalu kering. Kanak-kanak yang baru terdedah kepada perubahan cuaca atau alergen mudah mendapat batuk kering.
Sebaliknya, batuk berkahak biasanya terjadi apabila ada jangkitan kuman (virus atau bakteria) yang menyebabkan pengeluaran lendir dalam saluran pernafasan. Contohnya, bronkitis, radang paru-paru, atau jangkitan saluran pernafasan bawah. Kahak bertindak sebagai ‘pelindung’ dan pengangkut kuman keluar dari tubuh, jadi batuk berkahak adalah tindak balas semula jadi badan.
Batuk Kering:
Biasanya berulang-ulang dan berterusan, tanpa kahak keluar.
Boleh disebabkan oleh alahan debu, asap, udara kering, atau virus.
Kadang-kadang batuk kering boleh berubah kepada batuk berkahak apabila jangkitan makin teruk.
Batuk Berkahak:
Batuk disertai kahak yang boleh berwarna jernih, kuning, hijau atau putih.
Kahak berwarna jernih biasanya tanda jangkitan virus biasa.
Kahak berwarna kuning/hijau menandakan jangkitan bakteria dan mungkin perlukan rawatan antibiotik.
Jika kahak terlalu pekat atau berdarah, ini tanda serius yang perlu segera jumpa doktor.
Untuk batuk kering:
Pastikan anak minum air suam yang banyak untuk melembapkan tekak.
Gunakan humidifier atau letakkan bekas air di dalam bilik supaya udara tidak terlalu kering.
Elakkan asap rokok dan habuk di sekeliling anak kerana ia akan mengganggu saluran pernafasan.
Boleh cuba beri madu (untuk anak berusia lebih dari 1 tahun) kerana madu bantu melegakan tekak.
Galakkan anak berehat cukup dan elakkan aktiviti berat ketika batuk.
Untuk batuk berkahak:
Pastikan anak minum air secukupnya supaya kahak menjadi cair dan mudah dikeluarkan.
Galakkan anak batuk supaya kahak dapat keluar dari paru-paru. Jangan cuba halang batuk ini dengan ubat batuk kering tanpa nasihat doktor.
Bersihkan hidung anak selalu supaya saluran pernafasan tidak tersumbat.
Elakkan beri ubat batuk tanpa konsultasi doktor kerana jenis batuk ini memerlukan pendekatan berbeza.
Kalau batuk kering tidak diurus dengan baik, ia boleh menyebabkan keradangan berterusan pada saluran pernafasan, tekak sakit dan anak mudah penat akibat batuk tanpa henti. Batuk yang berlarutan juga boleh ganggu tidur dan konsentrasi anak di sekolah.
Batuk berkahak yang dibiarkan tanpa rawatan boleh membawa komplikasi serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia), bronkitis kronik atau asma yang makin teruk. Kahak yang berwarna kuning atau hijau menunjukkan jangkitan bakteria yang memerlukan perhatian doktor segera supaya tidak merebak.
Selain itu, batuk berterusan boleh menjejaskan selera makan anak, menyebabkan kurang tenaga dan mengganggu perkembangan mereka secara menyeluruh.
Memahami jenis batuk yang dialami anak adalah langkah pertama untuk memastikan mereka mendapat rawatan yang betul dan cepat sembuh. Sebagai ibu bapa, sentiasa peka dengan perubahan dalam simptom batuk anak, dan jangan ambil ringan bila batuk berlarutan lebih dari seminggu atau disertai demam tinggi dan kesukaran bernafas. Kesihatan anak adalah aset paling berharga, dan perhatian awal dari kita akan membantu mereka ceria dan sihat kembali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aduh! Paling liat kalau nak melipat kain. Bertimbun menggunung buat jadi malas nak melipat. Lagi pula kalau anaknya ramai, baju pun berganda-ganda banyaknya. Tak termasuk lagi baju ibu ayah, boleh pitam kalau nak lipat sekali harung.
Mana baju yang nak dicuci, nak lipat lagi. Kiranya urusan baju ni memang tak pernah selesai sampai bila-bila, kecuali ambil langkah mudah hantar saja ke dobi. Balik nanti, tinggal disusun saja dalam almari. sebenarnya nak menguruskan pakaian yang banyak ni perlu perancangan yang bijak, seperti yang dikongsi oleh pengguna laman Facebook, Syikin Zahir ni. Dalam masa sepuluh minit, in sya Allah masalah baju ini boleh diselesaikan.
TIP URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum tiga pasang seorang sehari. Baju tidur, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan dalam 12 pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh lipat kain. Haaaa… Kira… Kan bertimbun jadinya!
Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat jadi bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiiii… (mak-mak je memahami situasi begini)
Jom tengok nak kasi settle macam mana.
Sediakan bakul dulu Langkah pertama:
*Sediakan bakul untuk setiap anak
*Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa *Jangan beli bakul yang besar. Cari yang sederhana saja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat’ akan menggunung jugak.
Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak bhuat carian baju untuk anak-anak.
Nampak tak beza dia? Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada satu bakul, macam-macam saiz baju. Yang bawah dah sort, tau baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.
Setiap bakul tak sampai 10 minit Percaya tak, bagi setiap baku tu masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun. Kenapa?
*Secara psikologi, nampak sikit baju dalam setiap 1 bakul. Sejooookkk hati mak nak melipat. Permainan emosi di situ. *Pengkhususan: Pantas sebab senang nak carik pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yang sama. Ini semua menjimatkan masa. *Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. Sekali lagi, psikologi. Kita nampak jumlah baju yang nak dilipat makin kurang. *MOTIVASI. Yesss! Tinggal satu bakul je belum lipay maka lebih semangat nak melipat. Berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nauu nak lipat! Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?
Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pun cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri. Dan takde kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.
Bila dah tahu trik mudah ni, bolehlah cuba dipraktikkan. Tak perlulah nak berdepan dengan masalah timbunan baju umpama gunung lagi. Selamat mencuba!
Kes kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dalam kategori 4 dan dirawat di wad PICU hospital mengalami peningkatan drastik, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi kenyataan KKM di laman Facebook rasminya, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori tiga hingga lima
“Peningkatan paling ketara untuk kategori empat iaitu sebanyak 200 peratus dan diikuti kategori lima sebanyak 125 peratus,” menurut kenyataan KKM.
KKM menjelaskan golongan kanak-kanak kini merupakan kelompok yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajaranya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.
Justeru itu KKM menasihatkan ibu bapa supaya melindungi anak-anak mereka dengan pengambilan vaksinasi bagi mengelakkan jangkitan teruk COVID-19.
Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.
Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Imicron yang boleh membawa maut dan jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!