Kenapa tidak boleh memandikan bayi dengan air sejuk? Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi.
Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir. Terlalu kecil, takut nak pegang, bimbang terlepas, terjatuh dan macam-macam lagi. Mari kita ikuti cara-cara mudah memandikan bayi.
Paling penting mama dan papa perlu yakin dan melakukannya dengan betul dan selamat. Dengan izin Allah, urusan memandikan bayi menjadi mudah dan lancar.
ELAKKAN 6 KESILAPAN INI SEMASA MEMANDIKAN BAYI
Jangan memandikan bayi dengan air sejuk/ air paip kerana ia terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan menurun atau hipotermia. Tubuh bayi akan kesejukan dan kebiru-biruan apabila dimandikan dengan air sejuk menunjukkan mereka sedang kesejukan. Malah ia boleh menyebabkan sawan!
Elakkan memandikan bayi terlalu awal pagi atau malam. Disarankan memandikan sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang untuk mengelakkan kesejukan melampau.
Jangan pasang kipas atau penghawa dingin semasa memandikan bayi untuk mengelakkan kesejukan.
Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan.
Jangan meninggalkan bayi di dalam tab mandian tanpa pemantauan walau pun sekejap.
Elak daripada mandi terendam sekiranya pusat bayi masih lagi belum tertanggal.
LANGKAH MEMANDIKAN BAYI
Sebelum memandikan bayi, mama dan papa perlu memastikan suhu air tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Cuba celupkan siku untuk tujuan ini. Buka pakaian bayi dan pastikan bahagian sulit bayi dicuci terlebih dahulu menggunakan tisu lembap sebelum dimandikan.
Langkah 1
Setelah dipastikan air mandian suam, cuci terlebih dahulu bahagian intim & punggung bayi hingga bersih.
Ads
Telangkupkan badan bayi dengan tangan kanan memegang bahagian tengah punggung. Manakala tangan kiri pula memegang erat bahagian dada dan bawah lengan bayi.
Posisi ini bagus diaplikasikan ketika memandikan bayi baru lahir kerana dapat mengelakkannya daripada terkejut.
Bagi memandikan bayi, pastikan anda memasukkan bahagian kakinya terlebih dahulu. Kemudian, cuci bahagian berkenaan dengan sempurna.
Langkah 3
Ads
Tangan bahagian kiri masih lagi berada dada dan bawah lengan bayi. Perlahan-lahan turunkan kedudukan bayi untuk menyiram bahagian belakang badannya dan bersihkannya dengan sempurna.
Penggunaan sabun di semua bahagian tubuh dibolehkan untuk bayi baru lahir kecuali muka. Dalam pada itu, pastikan anda hanya menggunakan sabun yang bersesuaian dengan bayi.
Langkah 4
Selepas itu, pusingkan kedudukan bayi. Tangan kiri berada di bawah tengkuk bayi. Cuci bersih badan, bawah lengannya, leher, punggung, dan pelipat betisnya.
Ads
Langkah 5
Selanjutnya, cuci kepala dan mukanya menggunakan air mandian yang disediakan dalam bekas berasingan. Kalau boleh, kepit telinga bayi untuk mengelakkan air memasuki telinga. Biasanya air itu disediakan di dalam gayung. Pengakhirannya cuci sekali lagi bahagian belakang bayi.
TERUS BALUT BAYI
Selesai mandi, terus balut bayi dengan tuala atau kain lampin untuk mengelakkan kesejukan. Lap kering terutama sekali pada bahagian pelipatan untuk mengelakkan terjadinya ruam.
Teruskan langkah seterusnya untuk mencuci bahagian pusat, menuam, memakaikan lampin, barut dan pakaian bayi. Lakukan dengan pantas kerana bimbang bayi kesejukan. Pastikan suasana bilik tidak terlalu sejuk semasa langkah-langkah ini dilakukan. Kemudian susukan bayi selepas dimandikan.
Jika si comel anda sedang asyik menangis dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca bayi berhenti menangis apabila didukung.
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
Bayi baring di atas katil
Bayi duduk di atas kerusi
Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir berjutatahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis.
Sempena hari kelahiran pertama anak perempuan bongsu Nourul Depp yang diberi nama Isabella, penyanyi bersuara lunak ini mendedahkan petua bagaimana cara dia merealisasikan hasrat suaminya, Eric Daniel Depp untuk memiliki seorang anak perempuan.
Rupanya Nourul mengambil masa yang agak lama juga sebelum bersetuju untuk melalui proses mengandung lagi selepas sudah dikurniakan tiga cahaya sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Nourul, 43, dia kemudian terpaksa akur apabila suaminya, Eric Daniel Depp, memujuknya untuk memiliki anak perempuan dalam keluarga mereka.
Dalam satu postingnya di Instagram dia berkongsi bagaimana usahanya untuk mendapatkan anak perempuan. Antaranya adalah ikut kalendar Cina, makan blueberry dan semua makanan yang berasid.
“Plan dari tahun 2017. Suami kami punya lah dok pujuk. Mei 2018 baru kami setuju. Kesian kat dia nak anak pompuan jugak . .
“Plan lah bukan main dari mei 2018 tu. Ikut kalendar cina, makan blueberry sebab nak girl. Makan semau yang asid2. .
“Alhamdulillah awal september dapat lah berita positif kami mengandung anak dara kenit ni .
“Tu pun ingat dah tak jadi. Sekali Alhamdulillah Allah bagi rezeki. .
“Mengandung isabella; kami happy lagu mana tak tau. May be sebab umuq kot. 42 tahun lebih matang. Rasa lahu masa kali mengandung. Dah beranak pun, rasa laju jugak dia dah besaq. Sampj kami confused tahun bila kami pregnant.
“Jatuh tergolek dog dua kali dengan isabella ni. Satu kat salji. Satu kat tumah masa perut dah 33 minggu. Allah bagi nasib baik takdak apa berlaku. .
“Alhamdulillah kami ada 2 anak perempuan. 2 anak lelaki. Oi. 4 oi anak kami!!!,” tulisnya di Instagram
Sebelum ini, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah, 22, menerusi hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Ajai pada 1996 sebelum mereka bercerai pada 2007.
Menerusi perkahwinan keduanya dengan usahawan Perancis, Eric, pada 2012, pelantun lagu Kerana Terluka itu mempunyai dua anak lelaki, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
Jelas Siti, pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.
“Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja.
“Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF.
“Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri),” katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebelum ini Siti memberitahu niatnya untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini menerusi rawatan IVF.
Malah, pelantun lagu Terang itu bakal berehat panjang bagi memenuhi tuntutan proses berkenaan.
Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun.
Sempena sambutan Hari Guru, bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram, malah gambar comel anaknya, Fatima turut menjadi bualan ramai!Dalam perkongsian...