Anda perlu tahu bagaimana untuk menguruskan botol susu bayi anda. Ambil langkah awal dengan menukarkan botol susu polikarbonat anda kepada botol susu bayi bebas Bisphenol A (BPA).
Sekiranya masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA, ikuti langkah-langkah dibawah;
Ads
Ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia
Steril botol susu mengikut arahan di label. Sekiranya tiada, rendam botol susu dalam air mendidih selama 5-10 minit.
Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Cuci botol susu menggunakan span dan berus yang lembut bagi mengelakkan rosak atau calar
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu. Jika rosak atau calar gantikan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu digantikan yang baru. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Ads
Botol susu yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan “BPA free” atau “Bebas BPA”
Buat para ibu hamil, tahniah kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata! Perjalanan kehamilan ni memang istimewa, tapi penting sangat untuk jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jom kita sama-sama belajar tips dan panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pastikan kehamilan sihat, bahagia, dan lancar dari awal hingga bersalin. Semua ni main peranan penting untuk ibu dan bayi sihat. Let’s embark on this beautiful journey together!.
1.JAGA KESIHATAN KETIKA KEHAMILAN
2.BUKU PINK
Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.
Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti. Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan. Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.
Nyata, kehamilan ni satu anugerah yang sangat berharga. Dengan penjagaan yang betul, bukan saja ibu, tapi bayi dalam kandungan pun dapat manfaat sepenuhnya. Ingat, setiap langkah kecil yang diambil sekarang, membawa impak besar pada masa depan si kecil. Jadi, jangan lupa untuk jaga diri, amalkan gaya hidup sihat, dan nikmati setiap momen ini menjadi detik nan indah buat anda.
Anak buat perangai? Tantrum? Tak dengar kata? Makin dilarang, makin dibuatnya? Itu normal. Ya, betul wahai parents! Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran, itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah (Percayalah, anda tidak keseorangan!)
Tetapi pendekatan yang kebanyakan ibu bapa buat adalah dengan meninggikan suara. Bukan setakat itu, ton suara lebih kepada menengking sehingga merencatkan komunikasi kita dan anak-anak. Mereka menjadi takut dan emosi terganggu. anak juga beranggapan tengkingan komunikasi yang berkesan maka mereka juga suka bercakap dengan nada keras dan kasar.
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah. Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
“Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.”
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan. “Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui. Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati. Bersetujukah anda jika admin katakan, kita semua tidak sanggup melihat anak-anak membesar dengan kesukaran ini kan? Maka, kitalah yang harus mulakan perubahan itu terlebih dahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada masalah, isteri patut jadi orang pertama yang tahu. Bukan cerita dekat orang lain. Lebih-lebih lagi bukan pada kawan atau ahli keluarga. Malah dengan mak sendiri pun tak boleh.
Jika masa bujang dulu hidup bawah ketiak mak sekalipun, lepas je kahwin mesti belajar berdikari. Belajar selesaikan masalah sendiri suami isteri tanpa bantuan orang lain. Belajar dirikan rumah tangga sendiri tanpa pengaruh orang luar yang belum tentu lagi apa niat mereka.
Oleh itu, langkah pertama sentiasa dahulukan isteri. Jangan berahsia walau sekecil mana pun masalah. Percayalah tak ada orang yang lebih ikhlas nak bantu kita dalam kesusahan melainkan isteri kita. Kalau kita susah dia pun turut kena tempias. Masalah kita, masalah isteri juga.
Tak ada orang yang lebih sesuai jadi penasihat hidup kita melainkan isteri kita sendiri. Orang yang dah tinggalkan keluarga sendiri untuk hidup sebumbung dengan kita. Orang yang dah lupakan gaya hidup sendiri untuk ikut bina hidup bersama kita.
Orang yang tak pernah sembunyikan apa apa pun dari kita melainkan penatnya mengurus keluarga kita.Itu la isteri kita. Dia dah berkorban banyak tapi apa yang dia mahu dari kita cuma rasa di hargai dan rasa di utamakan dalam hidup.
Bukan bila ada masalah je cari isteri, waktu paling senang pun kena utamakan isteri juga.
Sentiasa jadikan isteri Pilihan Utama dalam apa pun keadaan nescaya bahagia la rumahtangga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!