Elak penyakit ain, ustaz Kazim Elias kongsi amalan lindungi diri terkena ‘pandangan jahat.’ Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias baru-baru ini berkongsi kaedah untuk melindungi diri daripada terkena penyakit ain iaitu gangguan yang berpunca daripada pandangan penuh hasad atau kagum yang melampau.
Elak Penyakit Ain, Ustaz Kazim Elias Kongsi Amalan Lindungi Diri Terkena ‘Pandangan Jahat’
Dalam satu temu bual bersama usahawan kosmetik ternama, Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa penyakit ain sering berlaku secara senyap tanpa kita sedari, dan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan kehidupan seseorang.
Menurut beliau, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah dengan membalas setiap pujian yang diterima dengan lafaz zikir.
“Kalau orang puji kita, jangan hanya balas dengan kata-kata seperti ‘biasa je’. Itu boleh membuka ruang untuk ain berlaku, sebab kita tak tahu apa niat orang yang memuji,” ujar beliau.
Ads
Sebaliknya, Ustaz Kazim mencadangkan agar zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, dan Hazamin Fadli Rabbi diamalkan sebagai respons kepada pujian yang diberikan.
Meninjau respon di kalangan warga maya, ramai yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan kesan penyakit ain, yang disifatkan sebagai menyakitkan dan memudaratkan. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur atas perkongsian ilmu dan peringatan yang dianggap sangat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Pengambilan makanan yang seimbang penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Namun hari ini, kebanyakan kita ‘enjoy’ menikmati pelbagai jenis makanan tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang.
Lagi-lagi dengan pelbagai menu yang dijual sekarang ini, boleh rambang mata untuk membelinya. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa badan cepat rasa lemau. Bagi menjawab persoalan ini, Dr Rizal Abu Bakar ada tipnya.
Saya ingin berkongsi satu tips mudah untuk power up tubuh. Bahan ni senang didapati. Belakang rumah banyak tanam. Buahnya kecil sebesar guli, bersifat sitrus.
Masam-masam dan baunya semerbak. Limau kasturi (citrus mitis) atau calamondin dalam Bahasa Inggeris adalah hibrid inter-genetik antara limau nipis dan mandarin.
Di luar bulan puasa, boleh juga guna tips ni untuk kegunaan harian. Terutama apabila pulang dari kerja. Badan rasa lesu dan nak mengunyah.
Mengopi dan mengeteh. Berpisang goreng dan berkeropok lekor. Apabila stres, badan mula minta makanan ringan. Stres turunkan vitamin C dalam tubuh.
Makan bukan makin bertenaga. Malah makin lesu. Elak makan makanan berminyak. Ambil minuman limau kasturi untuk tenaga.
Caranya pun mudah:
1. Perah limau dalam bekas ais seperti gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh
2. Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.
3. Simpan dalam freezer.
4. Dekat waktu berbuka, masukkan ketulan ais limau kasturi madu ke dalam cawan.
5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.
Tak cukup satu letak dua. Tak perlu pening.
Limau kasturi ni tinggi vitamin C dan antioksidan. Antibakteria. Dikenali sebagai ‘tonik kecantikan’ sebab kesannya pada kulit. Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi.
Kajian dalam Journal of Food and Drug Analysis (2017), “Limau kasturi kaya dengan 7 jenis flavonoid serta jumlah asid askorbik dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit.”
Petua orang dulu untuk muka glowing gitu. Sebab apa? Sebab ia detoks usus. Cuci kerak melekat serta bersihkan organ.
Bila usus sihat. Takkan beri masalah pada kulit muka. Jerawat pun takkan naik senang-senang.
Julia F. Morton dalam bukunya bertajuk ‘Fruits of Warm Climates’, “Limau kasturi bantu bersihkan jerawat bernanah (vulgaris acne) dan kegatalan pada kemaluan apabila disapu pada kulit.”
Air perahan limau kasturi juga digunakan untuk redakan demam selesema.
Sewaktu berbuka, boleh minum untuk bantu supaya tak terlebih makan. Ada 1001 kebaikan limau kasturi ramai yang tak tahu.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam Islam, zuriat dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel.
Ramai juga pasangan suami isteri yang langsung tidak berpeluang bergelar ayah dan ibu. Pendek kata semuanya di luar bidang kuasa kita. Andai ditakdirkan masih tiada anak walau sudah bertahun-tahun berumah tangga, terimalah ujian itu dengan penuh reda.
Pujuk hati dan tenangkan pasangan dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati. Melalui perkongsian Andy Sulaiman, bapa ini berkongsi tip yang boleh dijadikan panduan. Moga tip ini dapat membantu suami isteri yang masih belum lagi memiliki zuriat.
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya. Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini antara beberapa tip yang boleh diingat, semoga bila suami isteri down, kalian akan kembali senyum dan hidup kekal bahagia:
1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala percuma
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Allah tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.
Apakah doa yang boleh diamalkan untuk lembutkan hati anak-anak? Ini antara soalan popular dalam kalangan ibu bapa. Setiap ibu bapa sentiasa nak yang terbaik buat anak mereka.
Tambah lagi setelah seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Cuma dalam dunia hari ini, cabaran buat anak sangat besar. Jika tersilap sikit kesannya sangat bahaya.
Di sini pentingnya keberkatan doa ibu bapa untuk sentiasa pastikan anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan baik akhlaknya.
Doa yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang juga seorang ibu boleh sama-sama kita amalkan untuk kebaikan anak-anak. InsyaAllah!
Nak lembutkan hati anak?
Pegang ubun anak semasa anak hampir tidur dan bacakan doa ini :
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan) terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Kena sentiasa ingat, doa ibu ayah ni makbul tau. Sebut yang baik-baik, doa yang baik-baik.
Kalau bukan kita doakan anak-anak kita, siapa lagi kan?
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.