Memang mencabar ibu ayah yang mendidik anak millennia pada zaman sekarang. Silap hari bulan boleh migrain dibuatnya! Pendekatan berbeza perlu digunakan untuk mendidik mereka.
Ibu ayah kena banyak cari info dan tips supaya dapat mendidik generasi millennia ini dengan cara yang betul dan berkesan untuk menjadikan mereka anak yang berjaya dunia dan akhirat.
Baca perkongsian Dr Rozita Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan ni sampai habis.
Hadis Nabi SAW pernah menyatakan, Didiklah anak mengikut zamannya. Dan ya, di era moden ini, kita ibu bapa tempuhi saat mencabar dalam mendidik juga membesarkan anak-anak sekarang kan?
Kenapa? Sebab 3 perkara:
+ Setiap generasi mempunyai karektor berbeza. Lain sangat dah dengan zaman kita dulu. Ada cara didikan yang boleh digunapakai, tapi tak semua. Kene folow trend anak-anak sekarang
+ Disebabkan berbeza karektor, maka kita mudah bersangka buruk pada anak-anak.
+ Kenapa begitu? Sebab kita sendiri kurang ilmu dan skill dalam mendidik anak-anak mengikut zaman ini!
Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.
Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.
Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Jadi IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA untuk pengetahuan semua.
Nak didik anak dengan sabar tapi tak boleh nak istiqamahkan sabar tu – mesti terbabas juga pukul jerit marah anak!
Tahukah anda kenapa kita tak boleh istiqamah sabar? Sebab takda teknik yang betul dan berkesan untuk istiqamahkan sabar ni..susah!payah
1. Bawa anak-anak bermain dengan aktif
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor.
Ads
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.
MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2. Kurangkan gajet
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
Ads
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.
JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3. Kurangkan gula
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.
Ads
Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4. Elak menjerit dan kerap marah anak
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.
Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.
MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.
Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5. Kawal diri bila nak marah
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh.
Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
Menjaga anak perempuan tidak mudah. Anak lelaki dan perempuan kedua-duanya pun ada cabaran berbeza. Yang penting ibu ayah mesti tahu caranya.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam mendidik cahaya mata perempuan. Apabila ibu bapa tahu cara untuk tackle situasi, proses mendidik dan menerapkan nilai murni lebih berkesan.
Jaga anak perempuan itu tak mudah!
Kerana itu yang banyak janji
Dan hadis hadis Nabi
Tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!
Lahirnya mereka dengan karenah
Nak tunggu ke besar kemain payah
Penjagaan mereka sangat lah renyah
#1: DEKATKAN MEREKA DENGAN AGAMA
Bermula daripada awal umurnya
Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa
Masuk sahaja umur baligh mereka
Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.
#2: PERLU DIAJAR SIFAT MALU YANG TINGGI
Anak perempuan ini
Juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi
Kerana malu itu sifatnya melindungi!
Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi
Sungguh, Anak perempuan itu berbeza
Daripada anak laki laki
#3: CARA MENEGUR NADA TIDAK BOLEH TERLALU TINGGI
Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi
#4: NAK SURUH MESTI PUJUK
Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!
Itulah anak perempuan kita
Membesarkannya sangat lah payah
Menjaganya tidaklah mudah.
IBU AYAH BERLAPANG DADA
Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :
” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].
Sumber: Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Betul ke mak ayah punca anak jadi terlalu manja? Sebelum terlambat baik bertindak dari awal. Ingat jangan dibiarkan dengan harapan anak kecil belum tahu apa-apa.
Jika diikutkan secara lahiriah anak-anak kecil tidak dilahirkan dengan perangai yang manja. Jadi bagaimana mereka boleh bersikap manja dan kadang kala terlalu manja? Sebenarnya ibu bapa yang membentuk anak-anak menjadi manja.
Keletah anak-anak yang jujur dalam perlakuan dan percakapan kadang kala membuatkan kita keterlaluan menurutkan apa sahaja kehendak mereka. Merayu, memujuk dan menunjukkan wajah comel kepada ibu bapa apabila mahukan sesuatu adalah senjata ampuh kanak-kanak. Paling kronik mereka akan menangis berguling-guling kerana tahu ibu bapa akan menjadi lemah jika mereka berbuat demikian.
Semakin mereka meningkat usia, perlakuan manja yang secara tidak sengaja dibentuk daripada sikap ibu bapa sendiri yang gemar menurut kemahuan anak-anak memungkinkan mereka menjadi anak yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal perlakuannya sama ada di rumah atau di luar.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.
1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu. Contohnya, ingin barangan permainan yang mereka inginkan. Menangis dan menjerit sekuat hati hingga boleh mengganggu orang lain yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
2. Suka merajuk sambil terlentang di atas lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. Contohnya,tidak dapat menonton rancangan kegemaran kartun kegemaran mereka. Maka berguling-guling lah anak itu serba tak kena dibuatnya.
3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarahi. Bila mereka dimarahi, mereka akan marah kat kita balik siap pukul kita lagi tu.
4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa. Contohnya apabila ibu atau bapa bertanya, mereka tidak akan menjawab. Seolah-olah macam nak protes.
5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain. Contohnya,dari segi percakapan dan perlakuan mereka. Adakala cara percakapan mereka mengalahkan cara kita.
6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain. Perkara ini jangan dibiarkan. Kena ajar cara berkongsi barang.
7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya. Macam-macam benda la yang mereka akan cuba buat untuk tarik perhatian walaupun dia tahu benda yang mereka buat tu berbahaya pada diri dan jugak orang lain.
8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula. Bila dah dapat barang kepunyaan orang lain mereka akan minta pulak barangan lain yang lebih baik daripada barangan yang sedia ada
9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.
10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.Bila mak ayah minta untuk masuk tidur mereka tak jugak masuk..Walaupun hari dah tengah malam masih lagi leka untuk bermain.
Apa yang harus dilakukan?
– Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.
– Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.
– Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.
– Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
– Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.
– Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.Bila kita faham akan perkara ini, maka bila...