Semalam telah viral video tentang kes pukul kanak-kanak di taska menarik perhatian ramai selebriti termasuk Fasha Sandha.
Sebagai ibu kepada dua anak, Putra Rayfal, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun Fasha Sandha amat tersentuh dengan isu ini hingga menyebabkan beliau sebak dan menitiskan air mata.
Ya Allah, kau lindungilah kedua anak2 ku, juga 3 anak buahku di Perlis daripada kekejaman cikgu sebegini. Sebak dan keluar air mata ibu tengok video ni.
Kenapakah sebegini rupa?
Pusat Jagaan xxxx? (Fasha menyatakan nama taska terbabit)
Ads
Mohon ada kesedaran bahawa tidak sepatutnya anak kecil dibuat begini, anak sendiri pun saya tampar kaki je, tak pernah lagi tampar muka. U sesuka hati tampar n cepok muka anak orang?
Ads
Posting ini menerima tontonan lebih daripada 250k. Para follower memberikan pelbagai komen menyelar tindakan pekerja taska di dalam video terbabit.
Ads
Selain Fasha, terdapat juga selebriti lain yang memuat naik video yang sama di akaun Instagram masing-masing. Antaranya ialah Erin Malek & Linda Rafar.
Kebanyakan ibu bapa lebih suka menyediakan keperluan anak siap-siap sebab tak mahu anak minta banyak kali dan tak nak diganggu bila nak buat kerja. Cara ini memang betul tetapi adakah kita terfikir ia hadkan komunikasi anak.
Sedangkan dalam usia setahun ke atas waktu terbaik anak belajar cakap dan menyebut sebanyak mungkin perkataan.
Memahami keadaan ini, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim berkongsi pandangannya untuk ibu bapa yang nak cipta peluang untuk komunikasi dengan anak.
Perasan tak dekat rumah kita banyak sediakan semuanya untuk anak? Sebelum anak nangis, cepat-cepat kita dah buatkan susu untuk anak sampai anak tak sempat cakap ‘nak susu…’. Tiba je waktu makan, terus bagi pinggan dekat anak sampai anak tak sempat nak cakap ‘ibu, lapar…’
Jadi anak ni akan rasa mereka TIADA KEPERLUAN untuk bercakap sebab semuanya sudah tersedia. Oleh itu, cuba cipta ruang dan peluang untuk anak meminta dan bercakap dengan kita.
Contoh 1 : susu/makanan diletakkan di tempat yang sukar untuk anak capai
– dengan ini anak akan belajar untuk meminta dengan sebut ‘nak’ atau menggunakan gesture ‘tunjuk’
Contoh 2 : ketika suap anak makan, beri dalam kuantiti sedikit. Sebagai contoh ketika makan biskut/roti, potong makanan kecil-kecil supaya anak akan minta banyak kali. Selain cipta peluang untuk anak meminta, cara ini juga dapat meningkatkan eye contact anak.
Contoh 3 : ketika memakai baju, beri peluang untuk anak memilih baju kegemaran berbanding kita yang menyediakan semua untuk anak.
Bila dah ada keperluan dan peluang untuk bercakap, baru la anak suka untuk komunikasi dan interact dengan kita.
p/s : Kita pun kalau tak ada keperluan nak cakap dengan orang sebelah, kita tak cakap dengan dia
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute, tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah, ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat. Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarga agar obesiti boleh dihindari dari awal.
Ibu ayah perlu menanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari awal. Seronok bila tengok anak tembam tapi ibu ayah mesti ambil langkah berjaga-jaga , kerana yang merana nanti ialah si anak. Kurang keyakinan diri dan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes sejak dari usia muda.
5 kesilapan yang ibu ayah selalu tanamkan kepada anak yang boleh menyebabkan anak obes ialah;
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kegemukan melampau atau obesiti di kalangan kanak-kanak adalah kerana ketagihan mereka kepada makanan manis dan makanan diproses. Ia di kongsikan beliau seperti berikut;
“Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?”
Sukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.
Selalunya saya menimbang dan jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.
Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat.
Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi ‘ketagihan’.
Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.
Saya mencadangkan:
Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.
Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengah hari setelah makan sebelum makan tengah hari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengah hari, terus berikan makanan yang berkhasiat.
Jangan simpan jajanan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.
Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.
Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.
Semoga ia membantu.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dah masuk 1 tahun tapi masih belum boleh bercakap, tiada perkataan yang keluar dari mulut si comel? Patut ke mama risau? Apa yang boleh mama lakukan untuk membantu si comel?
Ada beberapa tip yang dikongsi oleh Aishah Kassim Academy, Pakar Pertuturan yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa.
8 Tips Stimulasi Bahasa Untuk Kanak-kanak.
1) Gunakan Kata Kerja Untuk Diikuti.
Sebagai contoh: duduk, lompat, jalan, berhenti, makan.
2) Nyanyi Lagu Yang Terdapat Kata Kerja/ Kata Nama
Lagu yang biasa digunakan: “If you’re happy and you know it”, “Pak Mamat Ada Kebun” dan lain-lain lagi.
3) Bermain Sorok-sorok Menggunakan Barang.
Biar anak anda nampak objek tersebut, dan nyorokkan dengan dia melihat. Sebagai contoh, tunjukkan epal, sebut “epal” dan nyorokkan di belakang kerusi dengan dia melihat. Kemudian bertanya, “mana epal?”. Teruskan permainan dengan menyorokkan epal tersebut tanpa dia melihat, tetapi sedikit terkeluar supaya dia tahu di mana untuk mencarinya.
4) Membuat Buku Skrap
Konsepnya seperti flashcard, ibubapa boleh jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bersama. Tunjukkan anak gambar sesuatu objek, ulang beberapa kali kepadanya sehingga dia boleh menyebut, dan tampalkannya di dalam buku skrap. Di kala masa lapang, ibubapa boleh menggunakan buku skrap ini untuk refresh dan menguatkan ingatan anak-anak terhadap objek tersebut.
5) Latih anak Ikut Arahan 2 Bahagian
Sebagai contoh: “ambil botol, letak sini”, “kayuh basikal, parking sini”, dan lain-lain lagi.
6) Latih Anak Untuk Menggunakan Perkataan Apabila Dia Mahukan Sesuatu.
Sebagai contoh sekiranya anak anda mahu biskut, tetapi dia hanya sebut “nak” dan tunjuk ke arah biskut, anda boleh ambil biskut itu dan pegang. Sebut “biskut” sehingga dia ulang, dan baru berikan biskut kepadanya.
7) Panjangkan Perkataan.
Sekiranya anak anda meminta biskut dengan berkata “biskut”, anda boleh panjangkan lagi menjadi “biskut coklat”. Dengan mendengar perkataan lebih panjang akan membantu mereka untuk menggunakan perkataan tersebut di masa hadapan.
8) Ajar Bahagian Badan & Kepunyaan.
Boleh gunakan ayat seperti “hidung mama”, “mulut adik”, “kaki ayah”, dan lain-lain lagi. Kemudian boleh bertanya dengan menunjukkan ke arah anggota badan tersebut; “kaki adik ke ni?”, “kaki mama mana?”, atau “mama nak makan kaki adik!” sambil cuba menggigit kaki mereka.
Kesimpulannya, anak-anak lebih mudah mengingati dan belajar jika kita menggunakan kaedah kondusif buat mereka iaitu bermain. Anak-anak lumrahnya untuk bermain, dan kita boleh menjadikan semua permainanan kepada sesi pembelajaran yang seronok dan menarik bagi mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.