Kadangkala kita sendiri tak perasan kita amat memanjakan anak kita. Semuanya harus dibantu dalam segala hal. Sifat dibantu dalam segala hal sebenarnya boleh membuatkan anak tidak mampu berdikari sendiri malah perkembangan pemikirannya juga sedikit terjejas.
Menurut guru pra sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, Puan Noorashikin Ahmad, anak-anak seharusnya dibiarkan untuk berdikari sendiri supaya pemikirannya lebih matang malah membiarkan mereka membuat keputusan dalam segala hal, berusaha untuk mencapai sesuatu dan mahir dalam segala hal.
“Eh, kejap je ibu bangun, sikit-sikit nangis! Kalau asyik nak berkepit je, peninglah ibu.”
Walaupun susah untuk kita akui, sebenarnya terdapat beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada anak.
Istilah ‘manja’ ini boleh ditakrifkan sebagai sikap yang terlalu memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan sehinggakan anak-anak cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani kehendaknya tanpa memperdulikan orang lain. Sikap sebeginilah adakala mengelirukan ibu bapa antara perasaan sayang atau terlalu manjakan anak.
Apa Tanda Anak Manja?
Menurut Harvey Karp, penulis buku ‘The Happiest Toddler’ menerusi WebMD, anak manja adalah seseorang yang kuat mendesak, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur.
Ads
Menurut pakar psikologi, walaupun kita cenderung untuk mengalah dan memenuhi permintaan mereka, hal ini hanya akan menyusahkan mereka di kemudian hari.
Sikap manja secara alaminya bermula ketika anak-anak berumur setahun lebih apabila anak-anak mula membina hubungan sosial dengan orang-orang disekitarnya. Pada usia 4 hingga 6 tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi emosi, sosial dan intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Punca Anak Terlalu Manja
* Apabila anak kecil sudah mula memahami perkataan yang mudah, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu bagaimana untuk bertolak ansur, iaitu proses memberi dan menerima. Jika mereka tidak diajar untuk memberi, mereka akan mudah berasa marah dan kecewa, menyebabkan mereka mula ‘buat perangai’.
Ads
* Ibu bapa sering menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi hadiah. “Kadang-kadang kalau tak tahan sangat, asyik mengamuk . Kita pun ikut sajalah kemahuan dia… Kami masing-masing bekerja, satu hari sekejap saja dapat jumpa. Penatlah bila asyik nak layan anak yang menangis.”
*Jika ibu bapa hanya akan memberi perhatian apabila anak-anak mengamuk, maka si anak akan menyimpan mesej bahawa itulah saja cara ibu bapa akan mempedulikan mereka. Ibu ayah, berhati-hatilah dengan cara memujuk anak-anak. Jangan sampai memanjakan mereka.
*Ibu bapa juga harus konsisten dalam membuat keputusan dan menasihati anak. Contohnya sewaktu makan ibu bapa seringkali menyuruh anak makan sayur dan apabila anak cakap ‘tak nak’, kita terus diam dan lebih rela makan bahagian dia.
Ads
* “Mari sini ibu tolong” pakaikan kasut, pakaikan baju, kemaskan mainan, suapkan makan, bawa beg sekolah; serba-serbi ibu yang tolong. Sudahnya, anak kecil tadi akan mengharapkan pertolongan ibunya setiap masa.
* Anak kecil seawal 2 tahun sebenarnya sudah boleh disuruh untuk membuat kerja-kerja rumah yang mudah seperti mengemas dan memasukkan baju ke dalam bakul. Walaupun ianya nampak remeh, namun mempunyai impak yang sangat besar kepada mentaliti mereka. Sedikit demi sedikit, ia juga akan melatih mereka menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab.
Kesan Terhadap Perkembangan Anak-Anak
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas membuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi :
1. Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri. 2. Kurang berdikari atau keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak-anak ini mengharapkan atau mendesak orang lain untuk sesuatu tanggungjawab. 3. Sering bergantung terhadap orang lain dalam apa jua keadaan. 4. Anak-anak kurang berminat untuk membuat ekplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
Oleh demikian, ibu bapa harus sedar dan berusaha memperbaiki cara mendidik anak-anak. Ibu bapa harus konsisten dan tegas dalam mendidik anak-anak serta membimbing mereka bersifat lebih berdikari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kita rasa susah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. Percayalah jika kita rasa serabut atau buat sesuatu macam ada yang tak kena, bersedekahlah kerana selepas itu akan nampak hasilnya yang Allah akan bagi.
Sedekah itu juga membuka jalan rezeki kepada rezeki orang lain dan rezeki kita sendiri. Walaupun tak banyak tapi jika niat kita ikhlas itu lebih baik. Amalan ini juga sebenarnya membantu kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya.
Janji Allah dalam al-Quran juga turut menyebut sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. Hebatkan nikmat Allah!
Kalau Anak Sakit, Bersedekahlah
Dalam perkongsian Ustaz Abdullah Khairi melalui video ceramahnya di Facebook The Rohani beliau ada menjelaskan kalau kita sembahyang tak khusyuk, dengan sedekah Allah boleh terima solat kita.
Begitu juga kalau kita berpuasa tapi ada benda kita rasa tak kena, bersedekahlah. Dengan sedekah insya-Allah puasa kita Allah akan terima.
Lagi satu apabila anak kita sakit dah bagi makan ubat tapi tak sembuh lagi atas izin-Nya atau ada masalah lain, hulurkan SEDEKAH. Di sebalik sedekah kita itu, dengan niat yang baik Allah angkat segala sakit tersebut dan mudah-mudahan cepat sembuh. Inilah kuasa sedekah.
Contoh paling dekat, adik saya mempunyai anak yang ada masalah paru-paru sejak lahir. Nak bernafas pun susah, cepat penat jadi doktor bagi cadangan untuk lakukan pembedahan segera.
“Dengar saja berita itu menangis adik kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Dahlah anak sulung, kena lalui pembedahan besar pula.
“Melihat keadaannya yang tengah serabut, ayah saya cakap kita tolong Allah punya, Allah akan tolong kita. Ada duit sedekahlah.
“Bila dengar nasihat itu, adik saya terus niatkan duit gajinya pada bulan itu semua disedekahkan dan alhamdulillah ternyata Allah Maha Mengetahui Dan Mendengar. Akhirnya pembedahan itu berjaya dan selamat. Kini anak adik saya dah pun berusia 10 tahun.
Percayalah dalam apa saja yang kita lakukan berbaliklah pada Allah. Ingat hanya Dialah yang mampu memberi dan menarik semula nikmat atas muka bumi ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Ingatlah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Umur antara 2 hingga 6 tahun adalah waktu yang sangat penting untuk membentuk sikap anak. Ketika ini ibu bapa perlu beri perhatian dan elakkan perkataan “Nanti”. Alasanya sebab anak masih kecil tapi sebenarnya ini lah kesilapan terbesar.
Persoalan kini, adakah sikap anak itu diwarisi atau dibentuk?
Semula jadi dan genetik
Persoalan natural/nature ini ada kaitan dengan genetik. Ia melibatkan faktor kelahiran seseorang bayi itu. Nature pula menyebabkan individu berpersonaliti sedemikian disebabkan pengalaman hidup dan persekitaran.
Sikap dan perilaku anak-anak boleh terbentuk sama ada secara semulajadi atau melalui persekitaran. Ya kedua-duanya sekali.
Jadi role model kepada anak
Kalau bapa adalah seorang yang garang dan panas baran, tidak mustahil anak yang dibesarkan itu juga akan jadi seorang yang pemarah dan baran.
Genetik yang diturunkan pada si anak akan membentuk sifat tersebut. Ia akan ditambah pula dengan persekitaran dan pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Jadi, bagi membentuk sifat positif serta anak yang baik, ibu bapa harus tunjukkan teladan yang elok dan sikap yang positif terlebih dahulu.
Berdialog Dengan Anak
Bahasa mudahnya, sesekali luangkan masa anda untuk berbual dan bertanya pada anak tentang perihal mereka. Ketika berdialog atau berbual, ikutlah kesesuaian pemikiran anak tersebut. Rendahkan suara dan pandai menarik perhatian mereka untuk ada komunikasi dua hala.
Usah borak dan tanya dengan panjang lebar. Lebih teruk lagi kalau ia perkara yang membosankan. Jika ada kata-kata nasihat, pastikan nasihat yang diberikan haruslah secara terus dan ikut kemampuan akal anak kita.
Contoh: kalau anak buang sampah merata-rata, jangan terus marah dan tengking mereka. Nasihatlah secara berhemah dan ajarkan anak tentang kebersihan. Ya sangat mudah dan usah cepat melenting.
Nasihat pada waktu yang tepat
Rasulullah ada menjelaskan ada tiga waktu yang sesuai untuk tegur dan nasihatkan anak.
-Ketika dalam perjalanan ke suatu tempat
-Semasa makan
-Semasa anak sakit
Dalam waktu-waktu tersebut, anak-anak ini mudah untuk terima kata-kata dari ibu bapa mereka. Segala teguran dan nasihat akan mudah untuk mereka fokus dan ambil inti patinya.
Beraktiviti bersama anak
Ibu bapa, tolong luangkan masa untuk anak. Anak ini kalau dibiarkan tak tentu arah jadinya. Kita yang dewasa ini juga perlukan perhatian bukan?
Sebenarnya, aktiviti yang disertai oleh kita dapat melatih pancaindera si anak. Ia juga dapat membantu mereka meniru sesuatu perkara yang diajarkan oleh anda ibu bapa.
Sekiranya anak minat melukis dan mewarna, turunlah padang sekali sekala dan tunjukkan skil anda. Cara ini akan buat anak kagum dan memerhatikan gaya anda. Malah mereka akan belajar menirunya.
Dengan beraktiviti bersama-sama, ia akan melahirkan sifat ingin tahu kepada si anak. Contohnya seperti membuat kapal terbang kertas. Mereka, (anak-anak) akan teruja ingin tahu bagaimana ibu bapanya mencipta kapal terbang kertas tersebut.
Selain itu, aktiviti bersoal jawab atau berteka teki juga baik untuk membentuk sifat anak selain mengerakkan minda mereka. Anak-anak akan berfikir untuk menjawab, dan ia sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa mereka.
Semua perkara ini mungkin ada halanganya juga. Bergantung pada faktor luaran. Halangan yang mungkin dilalui dalam pembentukan sikap anak-anak adalah dari aspek kesihatan, masa, persekitaran dan media sosial.
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, sebenarnya kita sedang untuk memahami sikap anak-anak yang berlainan. Lebih mencabar jika anak-anak menggunakan tangisan sebagai komunikasi, sebagai luahan perasaan.
Ada beberapa perkara yang anak-anak sangat perlukan daripada ibu ayah. Terkadang mereka tak tahu bagaimana nak meluahkan keinginan mereka agar ibu dan ayah memahami mereka. Mohd Fhais Parenting Influencer berkongsi 11 perkara yang anak perlukan dari ibu ayah yang boleh dijadikan panduan.
11 Perkara Yang Anak Perlukan Dari Mak Ayah
Anak kita tanggungjawab kita. Baik buruk anak kita, hanya kita sahaja yang boleh bentuk mereka. Ingat tu!
1 – Tunjuk jangan arah
Anak tak belajar dengan dengar arahan tetapi mereka belajar dengan melihat apa kita buat
Kredit: Freepik
2 – Manjakan mereka
Tak ada istilah anak tak boleh di manjakan, padahal itu la caranya nak connected dengan anak
3 – Tegas dan baik dalam mengajar
Ya, anak kalanya gelagat anak ni menguji kesabaran tapi jika kita tegas dan baik dalam mengajar anak pasti suka belajar
4 – Buat anak rasa selamat
Anak mahukan pelindung, bila anak rasa selamat baru la prestasi otak naik 100%
5 – Berbual bersama
Anak mahu mak ayah yang bukan sekadar boleh beri arahan tapi boleh mendengar juga
6 – Berhenti membanding
Setiap anak ni unik, ada kelemahan dan ada kelebihan masing masing. Raikan dan jangan banding banding
7 – Mahu bermain di luar
Walau banyak macam mana pun mainan di dalam rumah, anak tetap perlu main di luar
8 – Bab makanan jangan berkira
Anak nak membesar, makanan mesti la berkhasiat dan penuh nutrien untuk bantu perkembangan dia
9 – Empati
Ada kalanya anak nak mak ayah ada six sense boleh baca dan faham apa yang anak rasakan.
10 – Beri peluang
Kadang kala anak akan buat salah, selagi ia tak berbahaya beri peluang pada dia rasa salah. Supaya dia boleh belajar dan jadi lebih matang.
11 – Sentiasa sokong apa anak buat
Anak yang sentiasa bersemangat dan tak mudah putus asa adalah kerana adanya mak ayah yang sentiasa percaya pada kemampuan anak
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.