Madu sememangnya diketahui akan khasiatnya pada semua tetapi tidak pada bayi kita di bawah usia 1 tahun ke bawah. Bahaya! Ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagramnya.
Sebagai tanda prihatin kepada permasalahan bayi dan kanak-kanak, Dr Izzar tampil menjelaskan mengapa madu tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.
Racun Untuk Anak
Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita. Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita.
Ads
Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut ?
Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM?
Ads
BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA?
Kat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana. Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu?
Tanda-tanda Botulism pada bayi.
So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas.
Ads
Swipe kiri untuk check tanda-tanda botulism kat baby. Kalau baby dah termakan madu dan ada tanda-tanda botulism, bawalah jumpa Doktor ya. Jangan PM saya pula. Kami doktor mana boleh beri khidmat nasihat kesihatan kat DM message. Scammer je boleh!
Semoga ilmu dan informasi yang dikongsikan oleh Dr Izzar ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu dalam membesarkan anak-anak. Madu memang baik tetapi bukan pada bayi kita. Take note mama!
-ends-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berlaku bencana seperti banjir, ada anak-anak yang mungkin kehilangan ibu bapa, atok nenek, adik beradik, bestfriend, haiwan peliharaan, hilang tempat tinggal, tempat bermain, hilang mainan kesayangan, baju kesayangan, selimut kesayangan.
Dan macam kita orang dewasa, anak-anak pun akan rasa berat dan sedih bila kehilangan. So selain bagi sumbangan asas macam makan minum, tempat berlindung, mainan baru, dan sebagainya, sebenarnya sokongan emosi untuk pulihkan semula semangat mereka pun amat penting.
Dan ianya tak semudah dengan berkata—
“Sabarlah, setiap ujian ada hikmah.”
“Takpe, patah tumbuh hilang berganti.”
“Lepas hujan, pasti ada pelangi.”
“What doesn’t kill you, makes you stronger”
“Tough time won’t last, tough people do”
Atau segala macam lagi kata2 yang boleh dipetik kat google tu.
Tak mudah untuk anak-anak yang mungkin baru nak belajar menyayangi— untuk paksa diri menerima sebuah kehilangan sebagai takdir.
So posting ni saya tujukan khas untuk kita orang dewasa, ibu bapa, penjaga, guru2, atau volunteers bertugas yang nak bantu bangunkan semula semangat atau rebuild kekuatan emosi anak-anak yang trauma atau sedih dengan sebarang kehilangan.
Berikut adalah beberapa saranan daripada pakar dalam bidang child and adolescent grief, untuk kita semua jadikan guidelines, insyaAllah:
📌 Setiap anak meluah perasaan dengan cara berbeza, bergantung kepada personality dan tahap umur mereka.
📌 Cara kanak-kanak interpret “kehilangan” adalah berbeza daripada orang dewasa. Mereka mungkin tak faham maksud sebenar kehilangan atau kematian. Mereka mungkin tak faham “orang yg mati takkan kembali”, atau “ada perkara yg tak boleh diganti atau dibaiki”. Mereka mungkin juga menyalahkan diri sendiri sebagai punca kehilangan/kematian.
📌 Emosi anak yang baru kehilangan, boleh berubah sekelip mata. Ada masa mereka menangis sungguh-sungguh, tiba-tiba berubah ceria dan ajak bermain, pastu tiba2 marah2 tanpa sebab.
📌 Peranan kita sebagai orang dewasa bukan hilangkan kesedihan anak tu, tapi bantu mereka rasa selamat dan yakinkan mereka bahawa ada orang yg akan sentiasa bersama mereka dalam menghadapi ujian ni
📌 Anak 2-4 tahun sangat present-oriented (they live in the “now”) maka mereka belum mampu memproses sesuatu yang bersifat “selama-lamanya” seperti kehilangan/kematian. Mereka mungkin akan tanya soalan sama berulang2 kali. Macam mana kita nak respon? Sabar je, dan ulang2 jawab soalan tu secara konsisten, buat mereka rasa selamat dan rasa didengari.
📌 Anak 2-4 tahun mungkin akan mengalami regression seperti tiba2 hisap jari, sukar tidur, kencing malam, restless, tantrums, tak bercakap, dan sebagainya.
📌 Anak 2-4 tahun boleh dibantu dengan memberi jawapan ringkas / direct-answer kepada soalan2 mereka. Give lots of reassurance and affection, supaya mereka rasa selamat utk bercakap dan meluahkan. Rutin yang konsisten juga membantu – wujudkan waktu tidur, waktu main, waktu makan yang konsisten setiap hari.
📌 Anak 4-7 tahun pula mungkin melihat kematian/kehilangan sebagai sesuatu yang reversible atau boleh un-do. Mereka cenderung untuk tanya concrete questions seperti “Macam mana dia mati?”, “Apa jadi kat dia sekarang?”, “Dia dekat dunia mana?”, “Siapa jaga dia?”
📌 Anak 4-7 tahun mungkin mengalami mimpi ngeri, regression dalam tingkah laku, tak lalu makan atau makan berlebihan, jadi agresif atau ganas bila bermain, atau kadang2 cuba jadi orang atau haiwan peliharaan atau benda yang mereka baru kehilangan itu.
📌 Anak 4-7 tahun boleh dibantu melalui interaksi berterusan. Galakkan mereka meluahkan perasaan melalui saluran fizikal atau symbolic play seperti melukis / bercerita dan sediakan suasana selamat dan selesa untuk mereka bercakap tentang orang atau haiwan peliharaan atau benda yang telah hilang/mati.
📌 Anak 7-13 tahun pula mungkin dah matang sikit dan mampu berfikir logik. Tapi ada masa, mereka masih melihat kematian/kehilangan sebagai sesuatu yang reversible atau boleh un-do. But most of the time mereka faham, kehilangan ini adalah muktamad atau kekal.
📌 Anak 7-13 tahun cenderung untuk tanya specific questions dan nak tahu dengan lebih detail. Mereka tercari-cari cara yg “betul” untuk react dengan kematian/kehilangan. Mereka juga boleh rasakan “kemurungan” pada diri sendiri dan orang lain. Walaupun mereka mampu berfikir logik, tapi mereka tetap rasa takut akan kematian/kehilangan.
📌 Anak 7-13 tahun mungkin mengalami kemerosotan tingkahlaku, masalah belajar, mengasingkan diri dari kawan2, masalah makan, masalah tidur, risau yang keterlaluan tentang kesihatan atau kematian diri sendiri.
📌 Anak 7-13 tahun boleh dibantu dengan menjadi pendengar yang baik kepada mereka. Dengar luahan perasaan mereka, tak kira apa pun yang diluahkan. Be present, but allow alone time too. Encourage physical outlets juga seperti ajak mereka bermain, melukis, berjalan di tepi pantai, dan sebagainya. Jangan mengelak untuk bercakap atau menjawab soalan tentang kematian/kehilangan daripada mereka.
📌 Anak 13-18 tahun pula sudah mampu memproses perkara abstrak seperti kematian/kehilangan dan mampu beri reaksi yang lebih matang. Tapi mereka juga boleh mengalami kesedihan melampau, fasa denial, kemerosotan tingkah laku dan pelajaran, kerap buat perkara yang “tiba-tiba”, lebih mahu bercakap dengan “orang luar” berbanding keluarga/rakan2, kerap marah2 atau menangis, dan berkemungkinan untuk ada suicidal thoughts.
📌 Anak 13-18 tahun boleh dibantu dengan menjadi kawan mereka. Banyakkan bertanya khabar, tapi jangan cuba “pulihkan keadaan” atau “beri penyelesaian”. Biarkan mereka merasai kesedihan atau kehilangan itu. Make them aware that you are always there if they need someone, tapi beri mereka ruang untuk meratapi kehilangan dengan cara mereka sendiri.
Jika simptom-simptom di bawah berlarutan lebih 6 bulan atau terlalu merisaukan, terus bawa pergi jumpa pakar psikiatri:
1. Kerap mimpi ngeri atau susah tidur
2. Kerap rasa takut / tak selamat
3. Mudah terguris/terasa, cepat marah atau menangis
4. Sukar fokus
5. Takde selera makan atau makan berlebihan
6. Masalah tingkah laku
7. Regression pada anak kecil, seperti jadi terlalu clingy, kecing malam, atau menghisap ibu jari
8. Banyak mengasingkan diri / tak mahu interaksi
9. Mula ambil alcohol, rokok, atau “ubat” penenang
10. Hilang minat belajar, bermain, atau berseronok
11. Stress yang berpanjangan
12. Mula berfikir untuk bunuh diri
Dan ini pula perkara-perkara yang pihak sekolah, unit kaunseling, atau guru2 boleh lakukan untuk bantu rebuild kekuatan emosi anak-anak yang trauma / kehilangan, bila dah buka sekolah nanti:
➡️ Ready to expect perubahan besar pada tingkahlaku anak tersebut, yang mungkin akan menjejaskan keupayaan belajar mereka.
➡️ Bantu anak tersebut sesuaikan diri dengan rutin secepat mungkin. Kanak2 dari semua peringkat umur akan rasa better/easier bila mereka ada rutin. Rutin akan buat anak rasa selamat dalam “norma baru”.
➡️ Be alert. Guru kena peka dengan tanda2 yang menunjukkan anak mungkin sedang bergelut dan perlukan bantuan professional. Contohnya, suka bersendirian, tak mahu berinteraksi, ada masalah tingkah laku, nampak ketakutan, cepat marah, atau sebagainya. Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut, cepat letih, tak fokus— juga adalah antara tanda2 kemurungan.
➡️ Buat aktiviti untuk sama2 merasai kehilangan anak tersebut. Mungkin guru2 atau murid2 lain boleh bercerita secara terbuka tentang kisah kehilangan masing2. Atau buat art and craft bagi memperingati orang/haiwan/barang yang telah tiada.
➡️ Stay in touch. Guru atau pihak sekolah perlu sentiasa berhubung dengan anak tersebut supaya mereka lebih bersedia untuk bersekolah dan rasa selamat untuk ke sekolah walaupun sedang bersedih.
Semoga kita sama2 dapat bangunkan jiwa2 kecil di kiri dan kanan kita, insyaAllah. Stay safe, everyone.
Selepas menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI), sebanyak 3 kali bermula November tahun lalu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin masih tidak berputus harap untuk mendapat zuriat keduanya.
Isteri kepada Fadzil Zahari ini mengakui rawatan kesuburan yang dilakukannya ini antara salah satu ikhtiar untuk mendapaykan cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum ada rezeki untuk memberi adik kepada anaknya, Aisy Mateen walaupun belum menginjak usia dua tahun.
Menurut Yana yang kini berusia 34 tahun, dia dan suami mahu empat orang anak sebelum umur 40 tahun.
Kita sedia maklum bahawa bila kita mengandung pada usia yang lewat, banyak komplikasi yang datang,” katanya.
Bagaimanapun, Yana juga turut mengakui selepas dia mendedahkan rawatan kesuburan yang dilakukannya untuk mendapat zuriat kedua, ada juga netizen mengecam dengan melabelkan dia terburu-buru walaupun anak masih kecil.
Walaupun ada kecaman, saya ambil semuanya sebagai positif dan ada juga peminat turut mendoakan yang terbaik. Mana tau antara doa yang diberikan itu, akan ada dimakbulkan.
Yana juga turut menjelaskan ada sebab dia mahukan anak dalam tempoh yang terdekat kerana dia pernah membaca satu artikel psikologi tentang pembesaran anak-anak dalam satu fasa yang sama.
“Saya pernah baca satu artikel di mana anak-anak berusia empat tahun ke bawah mempunyai perkembangan fasa yang sama. Di mana kalau kita tak cukup tidur pun, ia hanya berlaku sehingga mereka berusia empat tahun.
“Sebab itu kalau boleh jarak usia anak kedua dengan Mateen tidak jauh berbeza.
“Kita sebagai wanita bekerjaya kena rancang semua itu. Sebenarnya anak-anak yang lahir rapat ini lagi senang nak jaga,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian & ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama pama mana yang tak stress bila anak kecil asyik berjaga tengah malam, menangis, merengek atau melompat macam tak ada esok? Akibatnya, satu rumah tak cukup tidur, mata jadi lebam macam ‘panda’, badan pun lesu sepanjang hari.
Sebenarnya, ada beberapa tabiat harian yang tanpa sedar kita buat, jadi punca anak susah tidur malam. Jom semak, mama papa ada buat tak? Kalau ada, cepat-cepat ubah demi kualiti tidur si kecil dan juga kesihatan kita.
Ramai mama papa beri anak tengok telefon atau tablet sebelum tidur dengan alasan nak ‘cool down’. Sebenarnya, skrin gadget mengeluarkan cahaya biru yang ganggu hormon tidur anak. Mata nampak letih, tapi otak masih aktif. Akhirnya, anak berjaga sampai lewat malam.
Tip Pa&Ma: Tukar rutin, gantikan dengan bacaan buku cerita atau berzikir sebelum tidur.
Tidur siang memang bagus, tapi kalau terlalu lama atau tidur lewat petang, memang susah anak nak lelap malam. Badan dah segar masa waktu malam, ibu ayah pula terpaksa berjaga sama.
Tip Pa&Ma: Pastikan tidur siang anak tidak lebih 2 jam dan elakkan tidur selepas jam 5 petang.
Ada anak yang minum susu coklat, makan biskut atau jajan manis sebelum tidur. Gula dalam badan buat anak lebih bertenaga dan susah nak tidur.
Tip Pa&Ma: Pilih snek ringan yang sihat seperti susu suam atau buah sebelum waktu tidur.
Hari biasa tidur awal, hujung minggu tidur lambat. Lama-lama, badan anak pun ‘confuse’ bila masa sepatutnya dia perlu tidur. Pola tidur yang tak konsisten ini antara punca anak susah tidur malam.
Tip Pa&Ma: Cuba latih anak tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
Bilik terlalu panas, lampu terlalu terang atau bising boleh ganggu anak nak lena. Kadang-kadang tilam tak selesa pun jadi punca si kecil merengek tengah malam.
Tip Pa&Ma: Pastikan bilik tidur selesa, gelap, dan suhu bilik sesuai untuk anak tidur lena.
Mama papa, bila anak cukup tidur, mood dia pun lebih ceria, perkembangan otak dan emosi pun lebih baik. Paling penting, kita pun tak jadi ‘zombie’ siang hari! Jom sama-sama ubah tabiat harian dan cipta rutin tidur yang sihat untuk si manja.
Nak anak tidur lena, mama papa pun tenang… Barulah hidup lebih bertenaga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!