Bersalin secara caesar tidak menjadi masalah buat Elisya Sandha untuk kembali langsing. Malah ibu jelita ini sudah mula aktif bersenam selepas tiga bulan bersalin. Pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly ini memang aktif bersenam.
Bercerita tentang amalan yang dilakukan selepas bersalinkan anak sulungnya setahun yang lalu, Elisya rajin menjaga kesihatan diri. Elisya Sandha antara selebriti cantik yang kekal menawan meskipun sudah bergelar ibu.
Elisya Sandha Buktikan Bersalin Caesar Bukan Alasan Tak Boleh Bersenam
Ibu kepada Bunga El-Haq ini mengamalkan senaman berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sekitar kawasan perumahan. Elisya juga sering melakukan senaman regangan.
Biarpun melalui proses melahirkan secara pembedahan, namun Elisya dilihat sangat cergas melakukan senaman untuk memastikan badannya kekal fit setelah dua bulan berpantang. Elisya hanya berjogging beberapa langkah sahaja kerana hampir tiga bulan kakinya lembik seperti mahu terjatuh dan tidak kuat.
Ads
Kongsi Rahsia Langsing
Sebenarnya tidak salah melakukan senaman selepas melahirkan anak tetapi ada beberapa panduan perlu diikuti.
*American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.
Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki.
*Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.
Ads
*Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan.
*Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.
Ads
Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera.
Pa&Ma Gala Award 2024 telah mengumumkan sepuluh selebriti yang terpilih sebagai penerima anugerah Best Papa & Mama Millennial. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan perkongsian tip keibubapaan yang berguna serta persona mereka yang memberi impak positif kepada pengikut di media sosial.
Kesemua penerima anugerah ini memiliki kisah tersendiri sebagai ibu atau ayah, menjadikan mereka inspirasi kepada ramai orang.
Hebatnya Kisah 5 Penerima Anugerah Best Papa Millennial!
Untuk kategori Best Papa Millennial, barisan pemenang terdiri daripada Achey yang berkongsi kisah hidupnya yang berubah sepenuhnya selepas kehadiran Nur Tiara Zinnirah. Cerita ahli perniagaan serta pelawak ini lagi, Tiara membuatkan dirinya dan isteri sebagai ibu ayah yang terbahagia di dunia selepas kehadirannya serta menjadi asbab rezeki keluarga mereka bertambah ‘murah’.
Syamel pula semakin matang dan bahagia selepas kelahiran Nur Khawla Soleha yang membuatkan hubungannya bersama isteri, Ernie Zakri tambah bahagia dan bermakna. Bukan itu sahaja, Syamel juga berkongsi yang dirinya kini bahagia dengan adanya penyeri dalam hidupnya iaitu isteri tercinta serta Khawla yang dikasihi.
Biarpun tidak pernah menyangka akan mejadi seorang ayah, namun kehadiran Hawra Uqaira telah membuka mata Kamal Adli tentang tanggung jawab untuk menjaga cahaya mata serta menghargai isteri. Biarpun pada awalnya agak kekok, tetapi menjadi seorang ayah ternyata membuatkan dirinya bertambah bahagia bersama isteri, Uqasha Senrose.
Mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen membuatkan perkahwinan Nabil Mahir dan Ayda Jebat semakin bahagia dan diserikan rasa cinta. Nabil turut berkongsi kisah bagaimana kehadiran kedua-dua anaknya itu membuatkan dirinya menjadi lebih matang dan menghargai isteri tercinta.
Menjadi seorang ayah pada usia yang muda tidak menghalang Harris Alif untuk terus menjadi yang terbaik buat Evie Khadeeja dan Harris Umayr. Pelakon dan penyanyi ini juga mengakui hidupnya kini lebih bermakna dan dia lebih matang berbanding dahulu. Harris juga memberitahu dia sangat menghargai pengorbanan isteri, Intan Ladyana, yang melahirkan zuriat mereka berdua.
Terinspirasi Dengan Perkongsian 5 Penerima Anugerah Best Mama Millennial!
Pengorbanan yang dilakukan oleh Elfira Loy demi membesarkan anak-anaknya sendiri menjadikan dia salah seorang penerima anugerah ini. Kelahiran Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla menjadikan dirinya lebih matang dan bersemangat untuk memastikan hanya yang terbaik buat mereka berdua. Ain Edruce, Wany Hasrita, Bella Astillah, dan Dr. Fie Tawfek.
Biarpun mempunyai personaliti yang happy go lucky, tetapi Ain Edruce sangat memandang serius peranannya sebagai ibu buat Soraya. Cerita Ain, dia dan suami sangat mementingkan keluarga dan sentiasa mahu meluangkan masa berkualiti bersama-sama untuk menguatkan jalinan kasih sayang dalam keluarga.
Biarpun sentiasa sibuk dengan tugas sebagai doktor gigi, Dr. Fie Tawfek akan pastikan dirinya untuk mengambil tahu perkembangan anak-anaknya. Bahkan menurut ibu beranak tiga ini, dia akan pastikan untuk mengajar Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan mengaji serta bermain dengan Afzan Nayille setiap hari.
Ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini sangat cekal dan tabah dalam menjalani ujian hidupnya. Bella Astillah tidak pernah menunjukkan kelemahannya tetapi terus bangkit demi membesarkan Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Selebriti berbakat besar ini tidak memandang ke belakang dan mengakui anak-anak adalah sumber kekuatan dirinya.
Wany Hasrita sukakan kehidupannya sebagai seorang ibu dan bahagia membesarkan Aishah Al Iman yang kini sudah menginjak usia satu tahun lebih. Biarpun terpaksa berjauhan dengan suami disebabkan keperluan bekerja, namun ibu muda ini tidak kekok dan menganggap perjalanan sebagai seorang ibu sesuatu yang membahagiakan.
Terima Kasih Rakan Strategik!
Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa & Mama Millennial tahun ini tidak akan lengkap tanpa sokongan rakan strategik yang telah menyerikan sesi penggambaran bersama penerima-penerima anugerah tahun ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada The Westin Kuala Lumpur yang telah menaja lokasi penggambaran untuk episod Best Mama Millennial serta AngelsGift.My yang telah mengukir senyuman di wajah semua penerima anugerah dengan jambangan bunga istimewa.
Sedikit info, The Westin Kuala Lumpur menawarkan lokasi yang hebat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Dengan bilik-bilik yang moden dan mewah, hotel ini dilengkapi dengan kolam renang luar dan para tetamu boleh menikmati hidangan dari tiga pilihan restoran di dalam hotel atau bersantai di bar. WiFi percuma tersedia di seluruh kawasan hotel.
Terletak dalam jarak berjalan kaki dari The Westin Kuala Lumpur, terdapat pusat membeli-belah seperti Pavilion, Lot 10, dan Sungei Wang. Kemudahan lain di dalam hotel termasuk pusat kecergasan. Tempah rawatan spa di dalam bilik atau hubungi kaunter penerimaan tetamu 24 jam hotel untuk perkhidmatan dobi atau pengaturan lawatan.
Para tetamu boleh menikmati hidangan antarabangsa di restoran The Living Room. Snek dan minuman juga disediakan di restoran tepi kolam, Splash.
Anugerah ini bukan sahaja meraikan pencapaian para selebriti, tetapi juga menggalakkan penglibatan dan sokongan dalam komuniti keibubapaan di kalangan generasi milenial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Lain orang lain lain kisah hidupnya, ada yang sememangnya dari kecil dah terbiasa hidup senang dan ada pula disebaliknya. Namun, tiada siapa mahu untuk duduk di takuk yang sama, hidup dalam serba kekurangan.
Kisah keluarga ini yang cuba keluar daripada kepayahan hidup sememangnya boleh menjadi inspirasi semua orang!
Itulah perjalanan hidup bagi pemuda bernama Adi Putera Mohd Rashidy yang awalnya memulakan perniagaan dengan modal RM2,000 hasil pinjaman dari rakannya untuk memulakan perniagaan painting, kini memiliki perniagaan yang gah dalam bidang gift industrial dengan jenama Kola Gift.
Jika diimbas kembali kehidupan dahulu, sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, ayahnya, Mohd Rashidy Hamid hanyalah bekerja sebagai pemandu teksi, manakala ibu, Hanizah Hasbullah pula mengumpul pakaian dari rakan-rakan dan menjual bundle di Anggerik Mall.
Ketika ditanyakan saat paling sukar yang diingati sejak dulu, Adi Putera yang merupakan anak kedua dari tiga beradik ini menceritakan semula ketika di bangku sekolah, tatkala rakan-rakan lain membawa duit sekolah sebanyak RM5 dan RM10, dia hanya membawa duit sebanyak 50sen sahaja.
“Masa sekolah, saya sekolah di Subang. Subang Jaya ni tempat orang kaya. Masa tu semua orang bawa duit pergi sekolah Rm5, Rm10. Saya hanya bawa 50 sen..
“Tak boleh nak pergi kantin, saya pergi ke koperasi, beli aiskrim sarsi masa tu, so benda tu bukan satu perkara yang mudah.
“Bukan untuk ambil simpati ke apa, cuma bila orang cakap good time bring a bad people. bad time bring a good people. Saya harap walaupun masa tu good time, jangan rasa terlalu selesa untuk masa akan datang.
“Bila saya tengok orang lain, contoh pakai kereta mewah, sikit pun tak ada rasa sakit hati. jadikan perkara tu sebagai motivate kita untuk jadi macam diorang.” katanya.
Perancangan terkini, mereka dalam proses untuk membuka kilang di Tasik Puteri, Rawang.
Harapan Adi pada masa akan datang, dia berharap untuk menjadi usahawan jutawan sebelum umur 30 bersama-sama syarikat iaitu syarikat menjadi largest E-Commerce Gift Shop.
Di samping itu, harapan untuk keluarga, of course dapat membantu keluarga lebih baik, menjadi kehidupan lebih baik, dan dapat membantu lebih ramai orang.
Untuk video penuh, boleh tonton di bawah ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.