“Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, tiba-tiba saya mendengar anak saya menangis.
“Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”
Itu yang dikongsikan oleh seorang bapa yang juga pelakon, Meor Mohd apabila berdepan saat cemas setelah anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, baru-baru ini.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan stabil walaupun masih dalam pemantauan doktor.
Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.
Ads
Katanya lagi, selepas di bawa ke hospital untuk rawatan, pihak hospital memintanya untuk memaklumkan jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.
“Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.
Ads
“Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan,” ujarnya yang turut berkongsi kejadian itu menerusi Instagram.
Ular yang mematuk Puteri ketika bermain bersama adiknya di belakang halaman rumah.
Menerusi perkongsiannya itu, Meor turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.
Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermacam-macam perisa dan warna, kebanyakan lolipop antara yang menjadi kesukaan kanak-kanak tak kira berapa harganya.
Ada juga ibu bapa yang menjadikan ia sebagai hadiah untuk pujuk anak dari tak buat perangai dengan niat untuk beri kegembiraan pada anak. Tapi anda harus juga berhati-hati kerana ia mungkin boleh membawa maut.
Perkongsian dari Dr Nor Aniza Ali mengenai bahaya lolipop pada kanak-kanak sehingga tertelan sekali dengan batang plastiknya.
Awas lolipop, bukan selalu membawa keseronokan kepada anak-anak.
Ibu bapa dan penjaga perlu beri perhatian betapa BAHAYAnya makanan ringan ini.
Antara kes yang berlaku baru-baru ini akibat bergurau dengan kawan-kawan sewaktu menikmati lolipop, seorang kanak-kanak tertelan lolipop bersekali dengan stick ( batang plastik).
Doktor menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan batang yang tersengkang di peti suara. Amat berisiko tinggi masuk ke salur pernafasan dan paru-paru.
Namun semuanya selamat, apabila pasukan doktor berjaya juga mengeluarkan lolipop tersebut dengan scope.
Jadi berhati-hatilah kepada semua ibu bapa. Apa yang kita beri anak makan, pantaulah dulu. Kadang-kadang ia akan menjadi punca yang tak dijangka.
Pengalaman setiap ibu bersalin berbeza-beza. Ada yang mengalami kontraksi lama sehingga rasa perit untuk bersalin lagi, ada juga yang sakit sekejap, terus bersalin. Selain fasa kelahiran itu, yang buatkan ibu trauma juga adalah waktu berpantang.
Waktu berpantang sebenarnya masa untuk ibu berehat. Bagaimanapun, ada ibu yang terpaksa berulang alik bawa anak ke klinik untuk periksa jaundis anak sehingga satu tahap rasa penat. Itu belum lagi memikirkan berat tak turun, sembelit, anak menangis, susu tak keluar banyak dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu, Jururawat, Bel Nawhen menasihatkan ibu bersalin sama ada normal atau czer jangan fikir bukan-bukan sehingga diri stres. Perlu rasa enjoy dan orang sekeliling pun harus memahami.
Biasalah tu lepas bersalin:
1. Badan tak ikut shape. Iyalah, hampir 40 minggu mengandung, kulit meregang semua. Makan masa nak kembali ke keadaan asal. Jangan sibuk bandingkan ibu tu dengan ibu lain.
2. Nampak payudara penuh dengan susu. Itu biasa. Nak pakai baju liplap liplap pun susah sebab baby anytime nak menyusu kan. Jadi, pakailah baju khas untuk ibu menyusu.
3. Ada orang, kulit pun nampak kusam, muka nampak letih. Iyalah, proses melahirkan bagi setiap ibu kan berbeza-beza. Belum lagi tak cukup tidur sebab baby berjaga malam. Nanti lama-lama dia biasa dengan keadaan sekeliling, dapatlah ibu berehat dengan baik.
4. Ada ibu, nak duduk pun nampak payah. Jalan pun pegang abdomen bagi ibu caesarean, janganlah aspect ibu boleh jadi flash balik awal-awal melahirkan. Sebab tu, amat kejam kalau datang rombongan cik kiah melawat baby yang ibunya melahirkan secara caesarean, ibu kena buat macam-macam.
Bila tak menolong dikatanya lemmahhhhh. Sebelum mai melawat, tanya dulu bersalin lagu mana. Normal delivery pun kadang-kadang ibu ada koyakan, pun sama makan masa untuk sembuh.
Sebab itu, bila nak menziarahi ibu lepas bersalin, jaga lisan. Masuk rumah orang jadi buta, keluar darinya jadi bisu. Fahami keadaan ibu-ibu yang baru melahirkan, dalam pantang sehingga ibu sedang journey breastfeeding. Bentuk badan perempuan ni perkara sensitif.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik-baik nama yang ingin diberikan kepada anak adalah yang ringkas tetapi mempunyai pengertian yang elok. Tidak perlulah berjela panjang, sekadar mahu sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang maksud. Paling ditakuti, kita tersalah pilih nama yang mempunyai maksud yang tidak baik.
Menurut perkongsian dari Ustaz Nik Nizam Nasir dari Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, tentang pemilihan nama untuk anak, memadailah hanya satu atau paling panjang pun, dua patah perkataan. Di dalam perkongsiannya, turut dikongsikan adab pemberian nama kepada anak.
Ikuti perkongsian berguna ini, semoga membantu kita ketika memilih nama terbaik untuk anak yang akan dilahirkan.
Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam
Kebetulan ada seorang pelangan dtg ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payoh la nak tukar².
Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu pk² lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang².. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapiiiiii bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee… Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sbnrnya penting krn nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Antara nama² elok yg boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi², dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada org tanya sy, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dpt syafaat di akhirat kelak. Sy kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawaT dan buatla sprt mana yg nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : 1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki. 2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih. 3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat. 4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok . 5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf. 6. Tak payah la letak nama sprt Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani. 7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat blkg tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL. 8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati² lah ye.
Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.
Nik Nizam Nasir Pej Agama Jajahan Tumpat.
Sekiranya anda di dalam proses memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan, bolehlah jadikan perkongsian dari Ustaz Nizam ini sebagai panduan. Carilah nama dengan pengertian yang indah dan mudah untuk disebut serta diingati. Semoga tip yang disenaraikan ini dapat membantu anda dan pasangan dalam membuat pilihan nama anak yang terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!