Isteri Angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr Halina berkongsi di mana dia terpaksa memberikan susu formula kepada bayi kembarnya, Emelia dan Eusoff disebabkan susu badanya mula berkurang.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga tidak pernah memaksa Dr Halina untuk menyusukan anak selama 2 tahun kerana memahami kerjaya isterinya yang menjadi barisan hadapan untuk merawat pesakit Covid-19.
Menurut Dr Halina, ketika dia bertugas dia perlu memakai PPE. Setiap kali sesi pam dia mengakui agak tidak selesa untuk pam susu dengan berpakaian PPE kerana risau dengan keadaan Covid dan juga tidak selesa dengan keadaan berpeluh.
Dia terpaksa bersihkan diri sebelum mulakan sesi pam dan ianya sangat merumitkan.
Ads
Kata kena shake well before use…
I recently started Eusoff and Emelia on formula milk. My milk supply has reduced dramatically since I’m back to work.. especially in Covid ward. I just can’t bring myself to pump milk in my PPE.. its just ewwwww… Covid is one thing.. sweat in PPE is another thing.. Everytime I want to pump, I have to clean myself and change the whole set of PPE.. too time consuming.
So, susu pun dah kurang.. but I still pump as much as I can now.. I have enough to supply both for daytime.. but last susu session before bedtime, I don’t have enough for two anymore.. so malam-malam before tido, Eusoff with drink formula..
Ads
Tambahnya lagi, Eusoff tiada masalah menerima susu formula, asalkan kenyang tetapi lain pula bagi Emelia yang sememangnya menolak susu formula.
Nasik baiklah Eusoff has no problem accepting formula milk.. that boy asalkan kenyang, semua ok.. Emelia on the other hand.. refused formula..
Earlier, she refused bottle but after a while, she is getting more comfortable with it. Now, she refused formula pulak… memang tak nak langsung.. bertungkus-lumus lah mommy pump lagi selagi ada.. I’m now struggling with milk supply.. wish me luck. Share your tips ok!
Rata-rata warga maya memberikan semangat serta nasihat buat Dr Halina dalam penyusuan dan tak kurang juga yang mendoakannya semoga dipermudahkan urusan memandangkan Dr Halina kini bertugas sebagai barisan hadapan untuk menyelamatkan pesakit Covid-19.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pernah tak terfikir bila sakit kulit, ada sayur yang tak boleh makan kalau nak sembuh cepat. Bunyinya memang kedengaran pelik. Dah namanya sakit kulit, kenalah banyak makan sayur.
Siap orang akan label orang sakit kulit ni kena sakit kulit sebab kurang makan sayur lah tu, kulit tak cukup vitamin, maka kena sakit kulit. Senang sungguh kan untuk buat hipotesis umum begini.
Melalui pengalaman yang dikongsikan oleh Mizhana Padzi, dan pernah melalui masalah ekzema kronik ini tip yang baik buat ibu bapa yang mungkin ada anak mengalami masalah kulit ini. Berikut antara perkongsiannya.
Padahal saya sendiri sudah melalui pahit getir derita radang kulit ekzema kronik, dan dah rasai derita silap makan sayur, sampai merana kulit.
Dah lama saya teragak agak nak share kepada umum tentang sayur-sayur yang bagus dimakan untuk cepatkan pemulihan kulit yang selama ini saya hanya beritahu kepada klien program ekzema rasmi saya saja.
Hari ini saya sedekahkan ilmu sayur ekzema PEP untuk anda yang derita cuba makan selalu dan jangan terkejut kalau ekzema yang meradang tu boleh reda semalaman hanya sebab makan sayur yang betul.
Saya tak nak cakap pasal feedback klien program saya, lebih baik saya share sendiri pengalaman saya. Pernah tak anda sapu krim steroid malam hari dan anda bangun esok pagi tengok kulit anda reda dan tenang?
Begitulah kulit saya setiap kali saya makan salah satu sayur ekzema PEP iaitu stir fry kacang buncis dan carrot tumis dengan minyak kelapa, tanpa bawang merah dan hanya 1 ulas bawang putih.
Saya belajar ilmu sayur ekzema ni dari kelas nutrisi semasa sedang cari penawar untuk ekzema saya sendiri. Sebelum tu saya dah buntu sayur apa boleh makan dan tak boleh makan sebab akibat tiada ilmu yang betul, silap sayur je siap lah merana kulit saya berminggu.
Mak saya pula cadang makan sayur orang pantang iaitu sawi. Dah makan sawi saja pulak ekzema dok gitu je tak baik-baik.
So ibu-ibu atau penderita ekzema dewasa cubalah makan hari-hari senarai sayur di bawah ni kalau dah buntu mahu tidurkan ekzema tak jumpa cara
1. Kacang buncis mix carrot 2. Taugeh mix carrot 3. Petola 4. Labu air 5. Labu kuning 6. Timun 7. Bok choy mix carrot 8. Bendi 9. Kacang peas @ baby peas sejuk beku bebas bahan pengawet dan pewarna 10. Lobak putih
ELAKKAN tomato, sawi, kangkung, bayam, kubis, brokoli, lada benggala atau capsicum dan ulam.
Dan pastikan sayur dimasak penuh, bukan separa masak kecuali timun. Masak sayur tu juga lebih baik tanpa bawang merah dan jikalau petua masak sayur sedap kena banyakkan bawang putih, untuk ekzema pulih hanya guna 1 ulas bawang putih.
Semua tips dan list sayur ini adalah kerana ia tenangkan usus untuk proses penghadaman. Tak semua sayur mudah dihadam dan proses penghadaman yang lama akan buat usus tertekan, maka keradangan tubuh akan activated dan bila usus radang, kulit meradang.
Cuba amalkan dulu baru anda rasa perbezaannya terhadap eczema healing. Saya lebih suka praktikal dari teori. Dan saya tak suka bazir masa cakap tips ekzema yang tidak berikan high impact healing result.
Apa pun, sentiasa minta izin dari Allah swt sebelum nak cuba tips ekzema apa apa semoga diizinkan penyembuhan anda❤️
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak penghidap hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak) dan spina bifida (kecacatan tulang belakang), Mardhiyah Hanum Mas Hezrin, akan menjalani pembedahan mengeluarkan implan besi di belakang tubuhnya dijangka pada 25 November ini.
Bapanya, Mas Hezrin Md Salmi, 37, berkata pembedahan itu akan dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
“Apa yang diharapkan pembedahan kali ini berjalan lancar dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya yang berusia tiga tahun itu.
“Rasa gementar tetapi kalau boleh, biarlah cepat (pembedahan) kerana kasihan melihat Hanum (nama singkatan) yang sebelum ini tidak begitu selesa dengan besi di belakang badannya.
“Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan buat masa ini, Hanum ditempatkan di wad untuk pemantauan sebelum menjalani pembedahan.
“Saya tidak pasti berapa lama Hanum akan ditahan di wad selepas pembedahan tetapi jangkaannya adalah dalam tempoh satu hingga dua minggu,” katanya.
Terdahulu, pada 30 Oktober lalu, kisah adik Hanum ini yang lumpuh separuh badan pernah dikongsikan kerana mengalami kecacatan tulang belakang.
Keadaan itu menyebabkan belakang badannya dimasukkan besi bagi menyokong serta meluruskan tulang yang bengkok.
Bagaimanapun, pergerakan Hanum perlu dipantau selepas implan besi di belakang badannya terkeluar.
Diharapkan urusan adik Hanum dipermudahkan dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.
Pernahkah anda pegang tangan anak dan mengayunkan mereka ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak, ini punca sendi siku teralih.
Keadaan sendi siku teralih
Keadaan sendi siku teralih ini adalah kecederaan biasa pada peringkat awal kanak-kanak.
Dalam istilah perubatan, kecederaan pada anak tersebut dikenali sebagai subluksasi kepala radius (radial head subluxation).
Kecederaan tersebut juga turut dipanggil sebagai pulled elbow kerana ia berlaku apabila bahagian siku anak tertarik dan terkehel.
Antara sebutan lain yang menggambarkan kecederaan ini adalah sebagai nursemaid’s elbow atau babysitter’s elbow.
Akan tetapi, pernahkah anda terfikir kenapa ia boleh terjadi kepada si kecil? Situasi tersebut cenderung berlaku kerana tulang dan otot anak kecil masih berkembang.
Masalah subluksasi kepala radius paling kerap berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun.
Pun begitu, ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa bermula selepas kelahiran hingga usia anak 6 atau 7 tahun.
Ia biasanya hanya memerlukan sedikit daya (kekuatan) untuk menarik tulang siku dari tempatnya, menjadikan kecederaan sendi siku teralih ini mudah terjadi.
Memahami anatomi sendi siku
Umumnya, sendi siku manusia terbentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang lengan (humerus), radius dan ulna.
subluksasi kepada radius
Tulang radius dan ulna ini dipegang oleh satu ligamen nipis yang dikenali sebagai annular ligament berhampiran sendi siku.
Ia membentuk bulatan, meliliti kepala dan leher tulang radius, seterusnya membolehkan pergerakan memusingkan tangan dengan bebas.
Sebarang hentakan atau tarikan secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius ini terkeluar daripada annular ligament.
Ini akan menyebabkan tulang ini terkeluar, rasa sakit dan pergerakan siku dan tangan menjadi terbatas.
Punca kecederaan pada anak
Nursemaid’s elbow lebih biasa terjadi pada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun kerana ligamen (tali elastik yang menyatukan tulang) agak longgar.
Oleh itu, mudah bagi ligamen di siku untuk masuk ke sendi dan tersekat.
Antara beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan pada anak ini adalah seperti:
1. Menarik anak dengan tangan boleh memberi tekanan pada siku.
Jangan sekali-kali mengangkat anak kecil atau bayi dengan tangan atau pergelangan tangan. Sebaliknya, angkat mereka dengan memegang bahagian bawah ketiak.
2. Elakkan daripada mengayunkan anak dengan memegang tangan atau pergelangan tangan.
Ini kerana perbuatan tersebut boleh memberi tekanan pada sendi bahagian siku dan meningkatkan risiko kecederaan pada anak.
Perbuatan mengayun anak sebegini yang boleh menyebabkan sendi siku teralih
3. Menyentakkan lengan ketika menarik si kecil atau dengan cepat menggenggam tangannya boleh membuat ligamen lari.
Sentiasa bersikap lembut ketika ingin memegang tangan anak.
4. Situasi terjatuh tanpa perlindungan pada bahagian lengan boleh menyebabkan kecederaan berlaku pada lengan anak.
Kesannya wujud risiko untuk sendi pada siku terkehel.
5. Berguling dalam posisi yang canggung di tempat tidur atau pada lantai boleh menyebabkan berlakunya subluksasi kepala radius pada si kecil.
Apabila anak semakin membesar, bahagian ligamen akan semakin ketat.
Tetapi masih ada risiko untuk mengalami keadaan sendi siku teralih sehinggalah berusia 7 tahun. Jadi ibu bapa perlu sentiasa memantau anak, okay?
Mengenal pasti simptom kecederaan sendi pada siku
Kebiasaannya, anak yang mengalami pulled elbow tidak akan mahu menggunakan lengan yang cedera kerana pergerakan yang berlaku akan menyebabkan kesakitan.
Jika anak anda mengalami kecederaan ini, mereka akan membiarkan lengan berada pada kedudukan lurus atau sedikit membengkok pada bahagian siku.
Seringkali keadaan sendi siku yang terkehel sukar dikesan kerana ia tidak menyebabkan bengkak atau kecacatan.
Sebaliknya, jika kecederaan lengan atau siku menyebabkan kesakitan teruk, ia mungkin merupakan tanda patah tulang siku (patah tulang) atau lebam teruk.
Ibu bapa selalunya sukar untuk mengetahui sama ada kecederaan pada anak adalah disebabkan sendi pada siku teralih atau patah tulang.
Jadi amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya anak anda mengalami kecederaan pada bahagian siku.
Kaedah rawatan kecederaan
Selalunya, doktor akan memeriksa lengan anak dan bertanya mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku.
Tidak terdapat sebarang ujian khas yang diperlukan untuk mendiagnosis kecederaan subluksasi kepala radius.
Ujian X-ray dilakukan hanya jika disyaki patah tulang.
Sekiranya tidak ada pembengkakan atau tanda-tanda kecederaan lain, doktor akan melakukan manuver lembut – pergerakan yang memerlukan kemahiran – yang disebut reduction.
Sewaktu prosedur dijalankan, anak akan duduk di pangkuan ibu atau bapa.
Manakala, doktor dengan lembut akan memegang lengan pada posisi lurus dan membengkokkannya ke atas atau meluruskan lengan sambil memusingkan tapak tangan ke lantai.
Biasanya prosedur tersebut hanya memerlukan tempoh beberapa saat.
Cegah risiko sendi siku teralih
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa anak yang pernah mengalami kecederaan ini, masih mempunyai risiko untuk melaluinya kembali.
Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan risiko kecederaan pada anak yang boleh terjadi. Hindari daripada menarik, menyentap, atau mengayunkan anak anda dengan tangan atau lengannya.
Anda disarankan untuk memberitahu keadaan tersebut kepada pengasuh atau ahli keluarga untuk turut melakukan perkara yang sama. Namun, apa yang pasti, ada sesetengah anak yang sememangnya lebih terdedah dengan kecenderungan mendapat kecederaan sendi pada siku walaupun ibu bapa telah berusaha mencegahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.