Emma Maembong Kongsi Nama Anak Kedua, Reaksi Comel Shariq Pertama Kali Jumpa Adik Curi Tumpuan

Share

Pelakon, Emma Maembong berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.

Emma dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak kedua mereka.

Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2 tahun, pelakon kacukan Melayu-Scotland berkongsi video reaksi Shariq saat pertama kali bertemu dengan adiknya.

“Meeting my new baby brother @shakilaryanshah”

Menerusi video tersebut, rata-rata warga maya terharu melihat momen manis Emma bersama anak-anak.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

IKLAN