“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.”
Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Memetik laporan Harian Metro, Emma tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri dan enggan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada biarpun isu rumah tangganya menjadi bualan hangat di forum gosip.
Lantaran itu, ia juga menjadi penyebab Emma masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial hingga ramai pihak mula berteka-teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak.
“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.
“Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.
PERPISAHAN BUKAN UNTUK DIBANGGAKAN
Ads
Alasan Emma enggan berkongsi butiran terperinci kerana ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.
“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.
“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.
“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya.
Ads
HUBUNGAN BAIK DENGAN BEKAS SUAMI
Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.
“Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.
Ads
“Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik
Sudah Berpisah Emma dan Bekas Suami Tetap Buat Aktiviti Bersama Anak
“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami”katanya.
Sementara itu, Shazli ketika dihubungi menyifatkan urusan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan.
“Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan.
“Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,” katanya.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lapan pasangan kembar buat cikgu selalu keliru gara-gara semua belajar satu sekolah. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
Sekejapnya masa berlalu, kini giliran anak lelaki Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang bakal menginjak 4 tahun pula masuk sekolah. Sebagai seorang bapa, Sharnaaz akui dia berasa sebak dan baru faham perasaan tersebut yang selalu dikongsikan oleh ibu bapa lain sebelum ini.
Menerusi perkongsian OB, Sharnaaz, 37, memilih untuk menghantar Jebat ke ‘Children’s Discovery House’.
“Sekarang baru faham perasaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah. Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macam tu dia dah nak balik. Dia kata dia nak sleep dekat rumah dengan mummy (Nabila).
“Rasa kejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.
Dalam rakaman video itu turut kelihatan Noor Nabila yang bersama menemani anak kesayangan.
Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Gelagat anak pelakon, Intan Ladyana dan Harris Alif, Evie Khadeeja yang kini baru berusia 1 tahun lebih menarik perhatian ramai. Ada sahaja aksi comel Evie yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Terbaru, menerusi Instagramnya, Intan memuat naik video Evie yang memberi tindak balas menolak pelawaan bapanya dengan keras ketika berada di rumah.
“Evie girl is so garang,” tulis Intan menerusi kapsyennya.
Mana tidaknya, aksi comel Evie yang begitu garang ketika dipanggil bapanya, ketika keluarga kecil ini berada di meja makan mengundang perhatian.
Evie bukan sahaja tidak mahu mendekati bapanya bahkan menyebut perkataan NO berkali-kali. Memang comel!
Namun si comel Evie kembali reda bila mana bapanya mula menangis. Cute!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan di Instagram cukup teruja dengan gaya Evie yang bersahaja bersama bapanya.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumahtangga pada 4 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Evie Khadeeja yang kini berusia setahun lebih.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.