Kehamilan

Emosi Tak Stabil Selepas Keguguran, Yatt Hamzah Kongsi Bukan Mudah Berpantang Tanpa Bayi Di Sisi

Share

Meskipun sudah mempunyai cahaya mata yang lain, apabila berlakunya keguguran emosi seorang ibu pasti akan terkesan dan terganggu ditambah pula perlu menjalani proses berpantang tanpa kehadiran bayi.

Pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah mengakui emosinya terganggu selepas mengalami keguguran anak kelima pada 15 September yang lalu.

Akui Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ia bukan satu perkara mudah untuk jalani proses berpantang tanpa kehadiran cahaya mata di sisi.

“Alhamdulillah harini dah habis tempoh berpantang 2 minggu selepas keguguran pd 15 September lalu. Ada appointment dengan Dr Asmah Yun di Hospital Pusrawi. Wallahi bukan mudah berpantang tanpa bayi, emosi tak stabil..

“Sangat rapuh. Sebab itu perlu ada support dari keluarga terutama dari Suami. Terima kasih suami Syurgaku.. @zulfadhli_khiruddin

“Namun Alhamdulillah masih ada kakak-kakak baby. Hawa pun masih lagi baby. Hari ini baru masuk 9 bulan. Happy 9 months old anak Bonda Suci Hawa Zulaikha.”

Baca: “Tunggu Bonda, Abah & Kakak Di Pintu Syurga Ya Anak”, Yatt Hamzah Kongsi Nama Indah Buat Janinnya!

Walau masih sedih dengan dugaan yang menimpa, Yatt tetap bersyukur kerana masih mempunyai 4 cahaya mata lain untuk dibesarkan dan dididik dengan sempurna.

“Alhamdulillah Bonda bersyukur walaupun tiada rezeki nak menimang anak kelima, Bonda masih ada 4 lagi anak yang perlu diberikan perhatian utk dibesarkan dan dididik dengan sempurna. In shaa Allah amanah Allah ini akan tetap jadi keutamaan.

Yatt juga berdoa agar dia dan ibu-ibu lain terus diberikan kekuatan dan kesabaran setiap kali diduga dengan pelbagai ujian. Dia juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat ibu lain yang mengalami nasib yang sama dengannya.

“Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat Bonda dan semua ibu-ibu di luar sana yang tak pernah sunyi diduga dengan pelbagai ujian.

Buat ibu-ibu yang pernah dan sedang mengalami keguguran seperti Bonda, jangan bersedih. Percayalah inilah yg terbaik buat kita. Mungkin kehamilan itu akan membawa mudarat yang lebih buruk buat si ibu atau bayi itu sendiri.

“Sebab itulah Allah menjadikannya sebegini. Kerana Allah lebih tahu sedangkan kita manusia tiada daya upaya dan tak tahu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015. Yatt kemudian mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Media Hiburan & IG Yatt Hamzah

Baca: Ada Perbezaan Marah & Marah-Marah, Jangan Sampai Anak Hilang Yakin Diri & Berubah Jadi Degil!

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

IKLAN