Ahli keluarga hilang secara tiba-tiba menjadi satu mimpi buruk yang tak boleh dibayangkan dengan kata-kata. Tentunya misteri kehilangan tersebut ingin dirungkai secepat mungkin dan menemui jawapan yang pasti.
Namun inilah yang terjadi pada sebuah keluarga di mana polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian baru-baru ini.
Memetik kenyataan di Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa iaitu dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.
“Siasatan telah dijalankan dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan dua anak, ibu serta adik lelaki pengadu telah pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September lalu dan telah menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar jam 8 pagi pada 1 Oktober lalu.
“Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu dan pengendali bot memaklumkan telefon ibu dan adik pengadu telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Abdul Rozak berkata, mangsa telah menaiki bot sekitar jam 8 pagi dan tiba di jeti Kuala Besut sekitar jam 9 pagi.
Ads
Katanya, mangsa juga ada memberitahu akan ke Batu Buruk di Kuala Terengganu setelah keluar dari Pulau Perhentian.
Keratan tiket menunjukkan mangsa telah keluar dari Pulau Perhentian pada 1 Oktober lalu. FOTO: Ihsan Polis
“Pihak polis diberitahu mangsa menggunakan kereta jenis Proton Saga BLM warna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380.
“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan yang digunakan mangsa telah dikesan bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke arah jambatan Seberang Kastam sekitar jam 10.06 pagi pada 1 Oktober lalu.
“Bagaimanapun, sehingga kini kesemua mangsa masih gagal dihubungi dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua mangsa,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nur Izzati Arina di talian (017-3792157) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut (09-6956222) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Ads
Katanya, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan.
Pada Isnin, tular hantaran oleh seorang pemilik akaun Facebook yang meluahkan kebimbangan mengenai kehilangan dua anak, ibu serta seorang adik lelakinya yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu.
Akhirnya Ditemui Selamat
Ads
Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang selepas bercuti di Pulau Perhentian sebelum ini dilaporkan sudah ditemui selamat.
Berita berkenaan dikongsikan oleh ayah kepada dua orang kanak-kanak, iaitu antara yang dikhuatiri hilang melalui perkongsian Facebooknya, Ah Pek.
”Alhamdulilah ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai”.
”Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan, menyampaikan.
”Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulilah, syukur,” katanya lagi.
Setakat ini, pengguna Facebook tidak memberitahu sebab semua ahli keluarganya gagal dihubungi dan apa yang berlaku terhadap mereka dalam beberapa hari ketika kehilangannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cakap pasal rezeki, ramai antara kita terus bayangkan duit masuk, sales padu atau job datang bertubi-tubi. Tapi kadang-kadang kita lupa, salah satu pintu rezeki paling powerful sebenarnya datang dari senyuman ibu dan reda seorang ayah.
Kongsi walau sedikit, tapi penuh ikhlas
Menurut Tn. Haji Hushim, Kaunselor dan Pakar Motivasi Kekeluargaan, anak-anak yang selalu berkongsi rezeki dengan ibu ayah akan melihat rezekinya bertambah—bukan saja dari segi harta, tapi juga ketenangan hidup.
“Kalau kita bagi pada mak bapak kita, in sha Allah mereka akan doakan hari-hari untuk anak. Dia doa tak tunjuk dalam FB, IG atau Whatsapp sebab kita ‘beri’ pada mereka. Anak bagilah berapa pun, mereka akan doakan sama rata semuanya.”
Tak perlu tunggu jadi jutawan baru nak hulur. Kadang-kadang, RM10 pun cukup untuk buat mak ayah rasa dihargai, dan doa mereka itu yang membuka pintu-pintu keberkatan.
Rezeki kadang tak nampak, tapi kesannya jelas
Kadang-kadang kita naik pangkat, dapat pelanggan baru, atau gaji tiba-tiba bertambah. Kita anggap itu nasib baik… tapi mungkin itu hadiah dari Tuhan kerana kita tak berkira dengan orang tua.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya keredaan Allah itu terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Hadiah dari langit yang kita tak sangka
Bila kita beri dengan ikhlas, Allah akan ganti dalam bentuk yang kita tak sangka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’, ayat 23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…”
Rezeki bukan semata-mata duit. Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk kesihatan, perlindungan dari bala, dan jiwa yang rasa cukup walau sederhana.
Mak ayah tak harap banyak, cukup kita ingat dan tak berkira
Tn. Haji Hushim pesan, mak ayah ni bukan nak kita beri ribu-ribu. Yang penting, jangan jadi kedekut dengan mereka. Bila kita ikhlas beri pada orang tua, bukan saja rezeki bertambah… tapi hidup pun jadi lebih lapang dan tenang.
Apa yang kita tanam hari ini, akan dituai oleh anak-anak nanti
Setiap sen yang kita beri pada ibu dan ayah, ibarat benih yang tumbuh jadi pohon rezeki yang subur. Tak nampak hari ini, mungkin Allah balas esok. Atau mungkin anak-anak kita nanti akan belajar untuk buat perkara yang sama.
Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.