Raya adalah waktu untuk bergembira, berkumpul bersama keluarga, dan meraikan tradisi. Tahun ini, apa kata tambah keseronokan dengan pengalaman yang lebih bermakna untuk anak-anak anda? Dengan adanya WiFi yang kencang di rumah, anda boleh memeriahkan sambutan Raya dengan cara yang menyeronokkan dan mudah. Berikut adalah empat idea kreatif untuk memastikan anak-anak anda gembira dan terhubung semasa musim perayaan.
Strim Video Bersama Anak Tersayang, Banyak Yang Best-Best !
Tiada cara yang lebih baik untuk mengeratkan hubungan keluarga semasa Raya selain strim rancangan dan video kegemaran anak-anak secara dalam talian. Dengan WiFi yang kencang, anda boleh strim pelbagai kandungan menarik untuk kanak-kanak seperti Didi & Friends, Upin Ipin, Makania, dan banyak lagi. Bukan itu saja, terdapat juga banyak program yang menarik dan ceriasesuai untuk tontonan seisi keluarga. Pasti raya lebih meriah!
Ajak keluarga berkumpul dan nikmati masa berkualiti bersama sambil menari dan bermain mengikuti gerak lagu atau cerita dari rancangan tersebut. Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk kekal aktif dan menikmati suasana Raya. Dengan sambungan WiFi, anda tidak perlu risau tentang masalah penstriman atau sangkut-sangkut.
Nak lebih meriah, tonton video muzik “Nyam Nyam Ketupat”, “Meriah Lain Macam,” dan “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut“nyanyi dan menari bersama anak-anak. Rumah lebih meriah, hati pun terhibur!Janji ada WiFi yang stabil dan tak sangkut-sangkut,muzik boleh dimainkan serentak di seluruh rumah menggunakan pelbagai peranti. Tambahan pula, tetamu boleh terus sambung WiFi hanya dengan imbas kod QR melalui aplikasi WiFi dengan mudah dan pantas tanpa tunjuk password.
Main ‘Game’ Dalam Talian Bersama Keluarga
Raya bukan hanya tentang makanan dan acara perayaan; ia juga tentang berseronok bersama. Anda boleh bermain permainan dalam talian bersama anak-anak.
Sama ada permainan yang menyeronokkan di pelbagai aplikasi atau permainan interaktif di platform penstriman kegemaran, anda boleh mencipta kenangan manis sambil bersaing atau bekerjasama sebagai satu pasukan.
Dari permainan pendidikan yang membantu perkembangan anak-anak hingga permainan kasual yang semua orang boleh nikmati, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Janji ada WiFi tapi kena kencang jugak, jika tidak anak-anak akan mengamuk dan semua berebut WiFi menjadikan semuanya sangkut-sangkut. Susah nanti!
‘Shopping’ Barang Anak, Tak Payah Susah Keluar Rumah!
Sempena Raya kali ini, hilangkan kesulitan membeli-belah dengan membeli secara dalam talian. Tidak perlu lagi risau tentang mencari tempat letak kereta atau menghabiskan berjam-jam di pusat membeli-belah!
Ibu bapa boleh meneliti kedai dalam talian dan membeli pakaian Raya atau hadiah untuk anak-anak tanpa meninggalkan rumah. Selain itu, membeli-belah secara dalam talian memberi anda lebih banyak pilihan dan tawaran menarik, menjadikannya lebih mudah dan jimat masa. Anda juga boleh membeli hamper Raya atau hidangan istimewa untuk mengejutkan anak-anak!
Janji ada WiFi yang kencang, jika tidak sangkut-sangkut akan menyebabkan transaksi gagal dan kena ulang semula semua proses tu. Renyahnya!
Ikut Trend Media Sosial Bersama Anak
Biar anak-anak update media sosial dengan merakam detik-detik Raya mereka. Sama ada buka hamper, memperagakan busana Raya (OOTD), atau bersolek, anak-anak pasti seronok berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Anda boleh merakam video, menggunakan pelekat dan filter Instagram yang menarik, dan memuat naiknya di platform seperti Instagram, Facebook, atau TikTok.
Melihat reaksi mereka dan kegembiraan mereka untuk berkongsi momen perayaan ini pasti akan membuatkan mereka semakin ceria!
Rahsianya mudah saja, gunalah Astro Fibre WiFi Kencang 500Mbps. Bukan sahaja kerana kelajuan yang kencang, tetapi ia boleh digunakan pada pelbagai peranti untuk pengalaman penstriman, pelayaran, permainan, dan sosial yang terbaik tanpa sangkut-sangkut.
Raya jadi lebih meriah dan bermakna dengan Astro Fibre WiFi Kencang seperti kempen terbaharu dengan kerjasama Didi & Friends dan Kakak Kencang, Hawa Rizwana melalui lagu sing-along “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” untuk menyerlahkan pengalaman penstriman dan aktiviti-aktiviti WiFi yang terbaik.
Dapatkan tawaran eksklusif untuk pelanggan Astro: 500Mbps hanya RM90/sebulan.
Tunggu apa lagi? Sertai sekarang dan nikmati pengalaman tanpa sangkut-sangkut.
Whatsapp “Hi” ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my/fibresekarang untuk info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ancaman virus Covid-19 yang melanda dunia banyak membuka mata kita bahawa simpanan sememangnya begitu diperlukan kala kita ditimpa kesusahan hidup. Menyemai budaya menabung dan membuat simpanan sejak kecil atau sebaik sahaja kita mula bekerja sememangnya kini perlu diteruskan semula dengan sebaiknya.
Sekurang-kurangnya apabila kita dilanda kecemasan atau permasalahan yang tidak terduga, kita sudah pun mempunyai simpanan untuk anak-anak. Inilah yang seharusnya difikirkan lebih awal oleh ibu bapa.
Bukan sahaja ketika anak bakal menginjak ke sekolah, pelan simpanan untuk anak-anak kecil kita sebenarnya perlu lebih awal dilakukan iaitu sebaik anak pertama lahir ke dunia.
PTPTN seharusnya menjadi pilihan simpanan terbaik untuk anda sekeluarga. Mengapa?
Melalui Simpan SSPN, PTPTN menyediakan dua produk simpanan dengan pelbagai keistimewan iaitu Simpan SSPN Prime dengan simpanan serendah RM20 dan Simpan SSPN Plus dengan komitmen simpanan serendah RM30 sebulan. Bukan sekadar menyimpan di saat kesusahan bahkan Simpan SSPN menjadi tabung pendidikan yang memberi manfaat untuk ibu bapa dan anak.
Sebaik anak berusia 18 tahun, ibu bapa pastinya tidak akan berdepan dengan masalah apabila anak bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Simpanan inilah yang membantu anak kelak tanpa perlu meminjam dari sumber yang lain kerana simpanan sudah pun mencukupi. Jika perlu meminjam sekalipun, mungkin jumlahnya tidaklah besar dan tidak membebankan. Amat berbaloi.
Tabungan dengan pulangan dividen berbaloi
Tidak hanya sekadar menyimpan, bahkan paling utama ibu bapa juga bakal menerima pelbagai manfaat dari simpanan untuk anak. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi.
Kadar dividen yang diberikan melalui Simpan SSPN adalah kompetitif berbanding simpanan pendidikan di institusi kewangan lain. Pada tahun 2020 kadar dividen yang diberikan kepada pendeposit Simpan SSPN adalah 4%. Cukup lumayan!
Bukan itu sahaja, bahkan sebagai pendeposit, apa yang cukup istimewa, Simpan SSPN merupakan satu-satunya pelan simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun. Jadilah ibu bapa yang bijak dengan memulakan simpanan anak-anak anda di Simpan SSPN sekarang!
Pendapatan yang dianggap sedikit bagi kita boleh dimanfaatkan sebaiknya bila mana kelebihan yang diberikan oleh Simpan SSPN sangat berbaloi kepada ibu dan bapa sebagai pendeposit.
Selain itu, sebagai galakan bagi ibu bapa yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah untuk turut serta menabung, mereka layak untuk mendapat Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak apabila membuat simpanan dalam Simpan SSPN Prime.
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan apabila anak- anak diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Melalui Simpan SSPN Prime juga, perlindungan takaful secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,000.
Jadi mulakanlah penabungan dengan Simpan SSPN dari usía anak seawal satu hari. Walaupun jumlahnya sedikit namun teruslah menyimpan secara disiplin. Jadikan Simpan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan yang terjamin.
Sebagai ibu bapa yang cakna dengan pendidikan dan masa hadapan anak, anda merupakan ‘super hero’ kepada mereka. Masih tidak terlambat untuk anda memulakan simpanan di dalam Simpan SSPN. Satu isi umah, satu akaun Simpan SSPN!
Jom jadi Superhero Anak Anda dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN. Info lanjut di www.lovesspn.com atau hubungi Careline di 03-2193 3000.
Simpan SSPN merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Tabungan Masa Depan Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN dan Simpanan Pendidikan Anak-Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membeli belah di satu lokasi yang lengkap dengan semua peralatan anak sememangnya dicari oleh ibu-ibu. Mana tidaknya dalam satu masa sahaja, semua barangan dan kelengkapan anak yang dicari boleh diperolehi di bawah satu bumbung.
Jimat masa dan jimat kos. Lagi teruja bila mana semua yang dinginkan ibu iaitu kelengkapan ibu dan anak begitu mudah di dapati. Di Mom’s House, semua kelengkapan untuk ibu dan bayi tersedia mudah untuk anda.
Mom’s House yang bernaung di bawah syarikat Faby Famy Sdn Bhd ini ditubuhkan pada 21 September 2015 oleh pengasasnya, Tuan Hilmi Hamid. Bermula dengan menguruskan sebuah perniagaan runcit dengan jenama Mom’s House kini Mom’s House semakin berkembangan maju malah turut mempunyai beberapa rangkaian cawangannya di seluruh Malaysia.
“Pada mulanya, Mom’s House memberi tumpuan untuk menjual sebarang produk yang berkaitan dengan keperluan ibu dan bayi di satu kedai di Shah Alam dan di laman web kami sendiri www.momshouseshop.com.
“Berdasarkan pengalaman semasa menguruskan perniagaan runcit, kami sedar bahawa permintaan produk ibu adalah lebih banyak daripada produk bayi. Sejak itu, kami telah mula menghasilkan produk kami sendiri bagi menampung permintaan dan meningkatkan margin keuntungan kami,” kongsi pengasasnya, Tuan Hilmi Hamid.
Tidak hanya berpuas hati mendapatkan kelengkapan bayi baru lahir hingga anak-anak yang semakin membesar, ibu juga bertambah selesa dengan ruang kedai yang besar dan cukup selesa untuk memilih barangan anak pada tempoh yang lama. Selesa!
Produk Seri Mama, Chu Chu dan Mom’s House
Mom’s House lengkap dengan segala yang diinginkan. Antara jenama di bawah jenama Mom’s House yang begitu mendapat perhatian pastinya produk Seri Mama, Chu Chu, Bairnboo, LaBoo dan jenama Mom’s House sendiri yang merangkumi produk bersalin, berpantang, penyusuan, rangkaian pakaian dan barangan kekabu untuk ibu serta bayi.
Seri Mama adalah merupakan rangkaian produk terawal Mom’s House yang telah menambat hati para ibu bagi memenuhi keperluan berpantang mereka. Sebahagian operasi penghasilan produk ini dibuat di kawasan luar bandar.
Chu Chu pula merupakan rangkaian produk penyusuan untuk para ibu yang berkerjaya. Ini termasuklah barangan keperluan asas untuk bayi yang diberi nama Chu Chu Baby.
Manakala, Bairnboo adalah merupakan rangkaian produk untuk pengurusan bayi yang mana merangkumi produk cucian khas untuk bayi. Seterusnya adalah rangkaian pakaian sedondon untuk keluarga di bawah jenama LaBoo.
Mom’s House pula telah menjadi jenama untuk perniagaan runcit kami di samping jenama untuk barangan kekabu untuk keperluan ibu dan bayi. Barangan ini merangkumi tilam dan bantal bayi, bantal untuk ibu mengandung dan bantal sokongan untuk ibu yang menyusu.
Semua produk-produk tersebut dan yang berkaitan dengan keperluan ibu serta anak boleh didapati di semua rangkaian kedai Mom’s House di seluruh Malaysia serta boleh juga di dapati secara online di www.momshousehq.com.
Tidak hanya di website Mom’s House, bagi memudahkan ibu membeli belah dengan mudah, produk Mom’s House ini juga boleh di dapati di Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook https://m.facebook.com/MomsHouseHQ.
Mom’s House merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Kedai Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.