Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Tak dinafikan bergelar suri rumah tangga terus membuatkan kita stress dan mula memikirkan pelbagai perkara. Tak perlu stress melampau sehingga memudaratkan diri sendiri. Cari aktiviti apa jua untuk me time dan terapi untuk diri sendiri.
Namun jangan lupa persiapkan rohani untuk kekuatan dalaman untuk menjadi muslimah sejati. Tip dan cara yang dikongsikan oleh Pn Siti Suryani Yaakob ini ibu-ibu perlu contohi.
Jadikan tahun baru 2023 tahun penuh bersemangat untuk kita. Kita ubah diri kita sebaiknya untuk keluarga.
Menjadi muslimah berhemah.
1. Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.
2. Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
3. Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.
4. Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.
5. Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.
6. Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.
7. Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.
8. Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.
9. Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.
10. Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?
11. Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
12. Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.
13. Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.
14. Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.
“Cuti sekolah dah start, manalah nak bawak budak-budak ni bang!” si suami pun buntu nak bawa anak-anak kemana dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa baik. Tak bawa berjalan kesian pula tengok anak-anak. Sebelum rasa bersalah pada diri sendiri, baca dulu perkongsian ini. Nak bahagia tak perlu berhabis ribuan ringgit, yang penting creative.
Bila bercakap tentang cuti sekolah, Ibu cenderung untuk berkongsi bagaimana untuk menggunakan cuti sekolah ini bagi menguatkan ikatan kasih-sayang dengan anak-anak.
Bagi yang telah merancang cuti dan mempunyai peruntukan untuk bercuti di tempat percutian, Ibu rasa that is taken care of. Bermakna sudah tiada isu disitu.
So, fokus Ibu adalah mengenai bagi yang tidak sempat merancang atau kekurangan wang untuk bercuti di luar.
Ingatlah, mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak-anak TIDAK memerlukan wang. Tidak perlu untuk beri mereka untuk bercuti hebat bagai. Yang penting adalah aktiviti bersama yang menyeronokkan dan memandaikan anak-anak kita.
Kita boleh camping dalam rumah, cat rumah bersama, buat kuih dan beri anak-anak yatim atau sesiapa yang memerlukan, buatlah aktiviti yang akan menjadi ingatan mesra di minda anak-anak kita.
Ibu pernah juga kongsikan berkenaan topik ini dan ajak follower Ibu di facebook kongsikan pengalaman mereka. Woww..Ibu juga rasa teruja dengar aktiviti mereka.
Di sini Ibu kongsikan antara apa aktiviti mereka:
1. Solat jemaah sekeluarga 2. Tadarus dengan anak-anak 3. Tasmik 1 jam seorang dengan anak-anak yang sedang hafiz/zah 4. Riadah sekeluarga lepas subuh 5. Masak bersama anak-anak 6. Anak-anak ambil tugas masing-masing untuk cuci rumah bersama 7. Baca novel & tukar-tukar2 novel dengan anak-anak 8. Bawa bercuti ke kebun nenek 9. Bercucuk tanam dan menyiram pokok. 10. Memasak bersama 11.Riadah petang di padang permainan seperti bermain badminton, basketball atau kasut roda. 12. Makan tengahari menggunakan dulang sekeluarga. 13. Memancing bersama 14. Beri haiwan ternakan makan sama ada di kampung / belaan sendiri. 15. Ajak anak buat kuih dan jualkan. Beri sedikit upah atas usahanya.
Begitulah tadi antara perkongsian follower Ibu. Pada Ibu, semua idea itu menarik.
Memanglah kita mahu mengembirakan anak-anak kita, tetapi kita tidak wajib dan semestinya membawa mereka bercuti hebat hingga perlu berhabis duit tambah lagi berhutang. Apa yang anak-anak mahukan ialah perhatian dan masa yang sangat memorably happy dengan ibu bapa dan keluarga mereka. So, just be creative 😊
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.