“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”
“Dulu, asal tak nampak saya melalak kemain, sekarang macam-macam perangai yang mengeramkan saya. Mana taknya, mainan orang dia rebut, kongsi..emm jangan haraplah. Kadang tu tolak kawan. Geram betul saya. Dah cakap baik-baik tak nak dengar. Berbuih dah mulut ni pesan kat dia. Buat juga.”
“Orang kata jangan dibiarkan perangai macam ni. Nanti jadi budak degil. Tapi, kesian pula bila dah pukul. Tapi kalau tak buat gitu, menjadi-jadi plak perangainya.”
Dalam perkongsian oleh Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan, Ibu Rose sebelum ini umur 1 tahun 6 bulan macam ni tak boleh pukul atau hukum. Jadi apa nak dilakukan sebenarnya.
Baik, demi meredakan keresahan, biar Ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Ads
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Ads
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Ibu mana yang tidak gembira melihat perkembangan anak kecilnya satu demi satu. Meniarap, merangkak dan kini sudah pandai berjalan. Pelakon Fasha Sandha turut sama berkongsi perkembangan anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini sudah pun berusia 10 bulan.
Jika sebelum ini Aisha sudah diberikan makanan pejal pada usia lima bulan selepas disarankan oleh doktor. Kini walaupun baru memasuki usia 10 bulan, si kecil Aisha sudah pun pandai berjalan. Satu perkembangan yang cukup cepat. Pastinya satu kegembiraan bagi Fasha melihat perkembangan anak ketiganya itu.
Menerusi Instagramnya, Fasha berkongsi satu video anaknya berjalan. Bila ‘dapat kaki’ makin aktiflah pergerakan Aisha lepas ini.
“10 bulan dah dapat kaki. Syukur Alhamdulillah,” kongsi Fasha ringkas.
Malah kata Fasha, anak ketiganya itu merupakan baby PKP yang lahir ketika negara berdepan PKP di fasa pertama. Pastinya seribu satu pengalaman baru bagi Fasha membesarkan anak dalam keadaan negara berdepan pandemik.
“Baby 2020, lahir time pkp, lagi sebulan lebih dah masuk setahun.
“Masih PKP lagi ka kita…stay safe everyone. #iburayfalrayshaaisha,” kata Fasha berkongsi mengenai anaknya.
Menerusi video yang dikongsikan Fasha, seronok melihat aksi lincah Aisha yang berjalan perlahan-lahan selepas di agah ibunya.
Fasha sebelum ini turut berkongsi beberapa menu kegemaran Aisha yang cukup berselera makan terutama nasi lembut yang dikisar bersama lobak, kentang dan juga sup ayam.
Kata Fasha, menu campuran nasi lembut dan sup ayam itu merupakan kegemaran anaknya malah tidak pernah jemu-jemu.
Semoga Aisha terus membesar dengan sihat malah melengkapkan bahagia ibu, ayah, kakak dan abangnya.
Terdahulu, Aidil dan Fasha Sandha mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2019 dan selepas mengalami keguguran, Fasha selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fashasansha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gigi susu juga mempunyai kepentingannya sendiri. Jadi jom ikuti perkongsian doktor gigi ini untuk tahu lebih lanjut.
KEPENTINGAN GIGI SUSU YANG IBU BAPA PERLU AMBIL TAHU
Minggu lepas, datang pasangan muda, bawa anak pertama umur dlm 2 tahun++ Umur 2 tahun, tapi gigi depan habis hilang! Hilang?
Bukan hilang apa, gigi ada tapi tinggal tunggul dalam gusi..so nmpk flat jek depan dia. Kita biasa panggil gigi rongak
Maknya sibuk suruh cabut tunggul-tunggul tu semua. Gigi lain pun disuruh cabut katanya mulut anaknya tu busuk sebab gigi banyak rosak!! Iskk dari kesian, jadi geram pula CheAh dengan maknya ni. Orang dewasa cabut gigi pun mengelak-ngelak. Ni baby 2 tahun suka-suka hati suruh cabut gigi anak.
Jadinya, mari CheAh nak cerita kepentingan gigi susu.
Gigi susu ni hayatnya tak lama, biasanya sampai umur belasan tahun sahaja.
Kenapa penting gigi susu ni? Terutamanya gigi susu depan yang hanya akan berganti bila usia umur 6-8 tahun
Gigi susu penting sebagai ‘space maintaner’ untuk gigi kekal.
Jika gigi susu tiada, sebab dicabut terlalu awal, gigi akan bergerak dan menyebabkan gigi kekal tidak cukup ruang untuk tumbuh.
Jelaslah, kalau gigi susu tidak dijaga akan menimbulkan masalah pada masa hadapan.
Bayangkan, kalau umur 2 tahun gigi dah rosak. Umur anak 5 tahun, habis hilang gigi depan!
1. Tidak boleh makan dengan betul seterusnya mengganggu penghadaman. 2. ‘Self-esteem’ kurang (sebab ramai kawan-kawan termasuk orang dewasa akan cakap gigi depan takde tak cantik)
3. Gangguan pada sebutan huruf
Kesian kan? Hanya kerana GIGI anak kecil tu kurang ‘confident level’
Kebanyakan punca utama karies gigi susu ni adalah disebabkan penggunaan botol susu lebih dikenali juga ‘Nursing bottle caries’
Biasanya berlaku pada gigi hadapan atas dan gigi geraham belakang.
Semua susu tepung di pasaran pada masa ini mengandungi gula penyebab utama karies gigi.
Jika botol susu dibiarkan di dalam mulut anak anda semalaman, kandungan gula dalam susu tersebut penyebab utama terjadinya karies gigi.
Dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius sebagai contoh gusi bernanah dan jangkitan kuman
Semua ini boleh dicegah!!!
Ibu bapa memainkan Peranan utama. Bukan doktor gigi 1. Tiada botol susu dalam mulut semasa tidur. 2. Elakkan memberi makanan manis dan ‘junk food’ kepada anak.
3. Elakkan memberi biskut-biskut manis.
4. Sentiasa berus gigi anak anda (anak kecil tidak akan boleh membersihkan satu mulut,
selalu akan berus gigi depan sahaja) 5. Boleh gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sedikit (setelah anak anda
pandai untuk meludah) 6. Bawa anak anda berjumpa Doktor gigi seawal 6 bulan pertama kelahiran.
Kesihatan mulut anak anda bermula dari anda. Jaga gigi susu anak anda sehingga tempoh untuk digantikan dengan gigi kekal.
Ingat!!! KARIES GIGI BOLEH DICEGAH Dr Asiah Bahagian Kesihatan Pergigian Johor
Otak kanan memainkan peranan penting mendapat anak bijak! Semua ibu bapa mesti mengidamkan anak membesar dengan bijak kan? Sebenarnya semua anak dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza.
Ibu ayah boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Intuisi (gerak hati)
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif.
Ibu bapa dinasihatkan melakukan rangsangan seawal usia 6 bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.
Otak anak pada 6 tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
Lakukan di rumah!
Ibu ayah boleh buat aktiviti bersama anak di rumah. Teruskan usaha merangsang otak kanan anda secara konsisten dengan cara yang betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga).
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang).
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah).
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil).
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi).
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu).
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan).
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.
Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
Tonton video kanak-kanak tadika ini yang bijak memberikan pendapat masing-masing. Tentu ibu ayah mereka rajin buat aktiviti merangsang otak kanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!