Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak-anak. Mereka tak tahu apa perlu dilakukan, terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam, atau di majlis keramaian.
Tantrum adalah cara anak-anak mengambil perhatian kita, dan memberitahu bahawa mereka mahukan sesuatu. Oleh kerana mereka tak tahu cara yang sesuai, sebilangan anak-anak menggunakan cara ganas, atau sering disebut sebagai menunjuk perasaan.
Ada yang menangis berguling-guling di lantai, menjerit-jerit hingga tegang urat leher, menghentak barangan, malah ada yang memukul ibubapa serta diri sendiri.
1. TAK USAH MARAH: dalam keadaan begini, anak tidak akan dengar apa yang anda marahi dan nasihat padanya kerana emosi dah pemikirannya pada masa itu adalah tidak rasional.
Anda harus kekal tenang. Jika anda turut naik marah, maka anak-anak ini mendapat signal bahawa emosi marah ini adalah cara yang betul untuk meminta.
Yalah, ibubapa mahu anak hentikan tantrum dan cara yang digunakan untuk sampaikan mesej itu adalah melalui marah.
Jika kita perasan, ia tak beza daripada kelakuan anak kita tu. Dia nak sesuatu, dan dia gunakan emosi marah anda berontak. Sama, kan?
Jadi tak usah marah, apatah lagi memaki atau gunakan kekerasan fizikal. Silap hari bukan anak kita ikut gunakan kekerasan fizikal ketika tantrum kelak.
2. TAK USAH TURUTI: adakalanya ibu bapa malas hendak melayan kerana tantrum anak, maka ibu bapa hanya turuti sahaja kemahuan dan permintaan anak. Hentikan amalan ini.
Ads
Amalan ini akan menyebabkan anak merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara lazim dan efektik untuk menyampaikan dan mendapatkan kemahuan.
Mereka tak akan sedar bahawasanya memberontak itu adalah salah, dan selesa melakukannya di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Malah, amalan menuruti kemahuan anak ketika tantrum adalah sesuatu yang menggalakkan lagi anak ulang kelakuan itu.
Jadi tak usah menuruti kemahuannya ketika anak sedang tantrum jika tak mahu ia menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
3. ABAIKAN TANTRUM ANAK: Perkara terbaik untuk mengatasi masalah komunikasi ini adalah tak mengendahkan perlakuan tantrum anak anda dengan syarat-syarat berikut: ▪️Berada di kawasan selamat ▪️Tiada objek yang berbahaya ▪️Anak tidak mencederakan diri
Jangan beri perhatian: jangan pandang, jangan pujuk, jangan bercakap dengannya. Ini beri mesej pada anak bahawa kelakuannya tidak akan dilayan.
Jika anda di rumah, tinggalkan bilik/kawasan di mana anak sedang tantrum. Teruskan aktiviti anda sebelum itu. Namun, pastikan anak selamat.
Jika anda di tempat awam, cuba bawa anak ke tempat yang kurang orang seperti di lorong antara kedai atau ke dalam kereta. Biar mereka.
Ads
Biasanya, jika tak diberi perhatian, mereka akan berhenti setelah 10 minit kerana kepenatan mencuba dapatkan perhatian.
4. ABAIKAN KATA ORANG: Orang persekitaran akan mengkritik serta mengecam perbuatan ibubapa mengabaikan perilaku anak. Namun, ketahuilah apa yang dibuat adalah perkara terbaik buat anak.
Jangan makan hati bila kawan-kawan kritik. Jangan makan hati jika emak dan mertua sindir. Jangan juga biarkan pasangan kita “kasihan” pada anak.
Lagipun orang dulu pun ada gunakan cara begini. Bila anak tantrum mereka akan kata “Kau mengaruklah situ sorang-sorang” dan kemudian buat tak tahu.
Sebagai pihak ketiga(penonton) pula, tak usahlah kita berprasangka buruk pada ibu bapa yang sedang mendidik anak-anak mereka.
Tak perlu masuk campur dengan menawarkan untuk beri apa yang budak itu mahu, atau sibuk memburukkan ibubapa berkenaan.
Ads
5. RASIONALISASI: ini langkah yang hanya boleh dilakukan setelah anak bertenang serta berhenti menunjukkan perasaan. Ketika ini emosinya dah stabil dan pemikirannya dah sedikit waras.
Pada waktu ini, barulah tunjukkan empati dan kasih sayang. Peluk ada dan tanya elok-elok apa dia mahu. Beri masa anak untuk beritahu apa kemahuannya.
Jika perkara yang dia minta itu tak boleh ditunaikan segera, berilah alasan yang rasional. Namun, jangan sesekali janji perkara yang tak mampu kita tunaikan.
Jika perkara yang diminta tu boleh ditunaikan segera, maka tunaikan dan perlu beritahu anak bahawa cara meminta begini adalah cara yang sihat(betul).
Terakhir sekali, nasihatkan dia bahawa perilaku tantrum adalah perilaku yang tak elok dan ia tak akan membuatkan kemahuannya ditunaikan.
Follow t.me/NotaDrKamarul untuk dapatkan nota kesihatan yang ringkas dan padat.
Nota: Jika anak ada masalah lain, seperti autism, ADHD, maka cara tangani tantrum mereka mungkin lain sedikit. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Degil sungguh anak awak ni, saya ni berpuluh kali larang dia jangan buat” pernah tak kita mengeluarkan kata-kata sedemikian?
Mudah sungguh nak buruk sangka dengan anak yang “Strong Will” ni. Patut la sebab dari luaran memang mereka nampak macam
– degil
– susah dengar kata
– tak makan di pujuk
– suka melawan
– biadab
Tapi di dalam diri mereka ada ciri ciri anak yang paling taat sekali kalau pandai gali.
Yang sebenarnya mereka bukan suka sangat pun melawan mak ayah, cuma mereka tak berdaya nak melawan emosi membuak buak bila dengar perkataan “tidak”
Ini kerana anak Strong Will Allah dah jadikan ada Azam Yang Kuat. Sekali dia dah letak azam, dia akan kejar sampai dapat. Itu la kelebihan anak Strong Will ni.
Bertuah siapa ada anak begini, ini ciri ciri orang hebat. Tak mudah mengalah dan buat sesuatu kerja sampai berjaya.
Tapi awas!
Anak Strong Will ni mudah sangat jadi pemberontak;
– bila terlalu berkeras dengan dia
– bila tak percaya pada kemampuan dia
– bila paksa dia buat sesuatu yang dia tak suka
– bila selalu nampak keburukan dia
– bila dia rasa tidak di sayangi & di hargai
Itu la bibit bibit anak yang paling taat boleh jadi anak yang paling kuat memberontak.
Sesungguhnya anak yang hebat bukan sejak lahir terus hebat tapi di bentuk oleh mak ayah yang hebat.
Begitu juga la sebaliknya.
Wallahu A’lam,
– kita wajib kenal karakter dan personaliti anak sendiri
#PositiveParentingFhais
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, Tomok berkongsi kisah lucu mengenai anak sulungnya, Arrianshah Akid yang kini sedang belajar di tahun satu.
Menerusi perkongsian Tomok di instagramnya dia ada berkongsi salah satu kertas peperiksaan Arrian yang mendapat keputusan cemerlang .
Bagaimanapun, niat Tomok berkongsi kertas peperiksaan Arrian bukan untuk menunjuk markah yang diperoleh tetapi cara Arrian menulis nama penuhnya dan letak nama ayahnya Tomok.
Bila anak buat perangai, jangan cepat naik angin tapi ibu ayah kena tahu cara untuk ‘handle’ situasi tersebut. Kalau sama-sama mengamuk, makin teruklah keadaan nanti.
Penat memandu pulang dari kerja tak hilang lagi, tapi sampai di rumah anak sudah menangis minta ke taman permainan. Dalam fikiran terbayang banyak tugas menanti di dapur. Mana satu nak didahulukan? Layan anak mengamuk nak ke taman permainan atau biarkan sahaja sebab tengah mengejar masa yang semakin suntuk?
Itu mungkin dilema kebanyakan ibu bekerja yang ada anak kecil berusia antara 2 hingga 3 tahun. Si kecil usia ini memang biasa menggunakan senjata mereka paling ampuh iaitu menangis dan mengamuk untuk memenuhi apa yang dikehendaki. Oleh kerana papa dan mama ‘tak kuasa’ nak layan tangisan dan amukan mereka maka biasanya semua kehendak si kecil akan dipenuhi.
Tetapi perlu diingat, jangan sampai anak menjadikan senjata ini untuk melemahkan anda dan menguasainya. Jangan sampai tantrum menjadi sebahagian daripada rutin harian si kecil. Paling penting sekali papa dan mama kena tahu apa punca anak mengamuk. Bila faham karektor anak dan punca dia suka mengamuk, maka mudahlah nak kawal situasi tersebut. Taklah sampai anak menangis dan mengamuk, papa atau mama pun sama naik angin.
Apa punca si kecil mengamuk
Apa yang mencetuskan anak anda kerap mengamuk? Anda sebenarnya boleh bantu mengelakkan sesi jerit pekik yang berpanjangan jika tahu apa yang menyebabkan anak anda kecewa hingga mengamuk. Apa pun, sebagai ibu bapa anda sebenarnya lebih faham perangai anak dan cuba elakkan daripada mencetuskan kemarahan anak dengan buat beberapa perkara ini.
1. Elak situasi menyebabkan anak mengamuk
Anak belajar daripada reaksi anda sendiri. Kalau anda biasa belikan dia gula-gula di pasaraya bila dia menangis mahukannya, maka tahulah dia yang teknik menangis boleh bantu dapatkan apa yang dia mahu.
2. Jangan jadikan ia ‘pertunjukan’
Kalau anak nak buat perangai di tempat awam, cepat-cepatlah cari tempat yang lebih tersorok. Bukan apa kalau nak tegur anak tak adalah dapat perhatian daripada orang lain. Tapi kalau tak ada pilihan, buatlah sesuatu supaya anak boleh berhenti menangis atau berguling di lantai. Tak payah risaukan orang lain sebab percayalah yang ibu bapa lain pun faham situasi ini kerana mereka pun ada anak kecil.
3. Bercakap bila anak sudah bertenang
Bila anak dah bertenang sikit, anda pun kena kekal bertenang dan jangan cuba ‘menjolok’ kemarahan anak semula. Bila emosi mereka sudah di bawah kawalan, inilah masa untuk menasihat, mendidik dan tetapkah had.
4. Cuba teknik mengalih perhatian
Contoh kalau anak ada ciri-ciri hendak mula buat perangai, anda cepat-cepatlah buat muka kelakar atau lawak yang boleh menyebabkan dia ketawa lalu terlupa hal sebelum ini. Tapi kalau dia tengah mengamuk, biarkan dia “lepaskan” dulu perasaan marahnya dan bila sudah selesai baru anda alihan perhatiannya.
5. Selalu puji anak untuk bersikap baik
Kanak-kanak usia ini memang suka kalau dipuji. Selalulah puji mereka jadi anak yang baik, yang pandai, mendengar kata dan lain-lain lagi ayat-ayat positif. Sedikit sebanyak ia dapat menyuntik semangat dalam diri si kecil bahawa pentingnya bersikap baik supaya disayangi oleh semua ahli keluarga.
Tak mudah hendak faham perangai anak usia ini tapi bila sudah berjaya memahaminya, mudah sebenarnya untuk anda elakkan mereka daripada buat perangai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa kepada bayi 8 bulan yang maut, Muhammad Al-Fateh Amri, selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka terharu apabila ditawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).