Bayi yang masih kecil, jangkitan mudah berlaku. Cium & didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit.

Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa. Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelbagai infeksi. Apatah lagi dalam kemeriahan hari raya nanti, ramai yang mungkin akan berkunjung.

Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist Centre ini boleh anda jadikan panduan. Dia sendiri yang pernah melahirkan tiga cahaya mata pada usia pramatang memberikan 7 tips menghadapi musim perayaan bersama bayi baru dilahirkan / bayi pramatang.

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti
Gambar hiasan.

Sebelum kedatangan hari raya tak lama lagi.  

Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti perasaan teruja nak bergambar raya dengan si kecil, ada pertambahan ahli keluarga baru, bercampur baur dengan perasaan berdebar kan?

Bayi terdedah penyakit berjangkit

Apatah lagi sekarang semakin banyak kes penyakit berjangkit seperti demam campak, diphtheria, dan sebagainya akibat ramai orang tidak memvaksinkan anak-anak kerana terpengaruh dengan golongan anti vaksin.

Bayi pramatang mudah jatuh sakit

Bayi yang belum mendapat imunisasi yang lengkap, terutamanya bayi pramatang, amat terdedah kepada jangkitan kuman, dan jika jatuh sakit, amat mudah mendapat komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan selaput otak iaitu meningitis, malah keadaan mata mereka boleh menjadi teruk iaitu retinopathy of prematurity semakin merosot.

Saya ingin kongsikan sedikit tips bagi ibu ayah yang ada bayi baru lahir, dan juga orang ramai menjelang hari raya ini.

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti

#1. ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT ORANG BERKUMPUL

Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, imunisasi bayi anda belum lengkap lagi.

Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya

Faham, raya setahun sekali. Tetapi bayi anda juga kecil sekali seumur hidup sahaja. In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?

#2. ELAKKAN BAYI DIDUKUNG TETAMU

IKLAN

Jika tetamu datang ke rumah, sebaiknya mereka tidak perlu mendukung bayi kecil anda. Pakaian dari luar belum tentu bersih. Mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.

Sebaiknya biar si ibu sahaja yang mendukung bayi. Anggap sahaja bayi itu permata berharga di dalam kaca display ya.

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti

#3. SEDIAKAN PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)

Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu, letakkan di sebelah katil bayi.

Untuk lebih comel, letakkan tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.

Kita tak tahu tangan pengunjung sudah menyentuh dan bersalaman berapa ramai orang lain, sebelum mereka mahu menyentuh pipi comel bayi kita yang masih merah ini, kan?

#4. TETAMU SAKIT JAUHKAN DIRI DARI BAYI

Para tetamu juga, mesti mengambil tanggungjawab jika ada batuk, selsema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak, jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Paling baik, jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada bayi kecil.

IKLAN

Iyalah takut terbatuk di wajah bayi itu, terkena jangkitan, kasihan bayi itu.

Batuk biasa pada kita, jika terkena pada bayi pramatang, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti

#5. ELAKKAN CARI CIUM BAYI

Para tetamu, elakkanlah mencium bayi baru lahir pada wajah mereka, terutamanya jika anda ada batuk dan selsema. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:

وَإِنِّي أُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

“Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk”

Hadith Riwayat Al-Bukhari (3/110 –As-Sindi) dan Muslim (15/128 Nawawi)

Lebih selamat, pahala pun dapat, kan 🙂 Doa ini adalah dari Surah Ali Imran ayat 36.

IKLAN

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti

#6. CEGAH LEBIH BAIK DARI RAWAT

Pastikan anak-anak kita divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya.

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

#7. JANGAN TAKUT UNTUK MELINDUNGI BAYI

Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya.

Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”, tapi memanglah kita seorang sahaja yang ada bayi kita kan!

In shaa Allah kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.

Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti

Teruskan penyusuan susu ibu untuk memberikan imuniti pasif kepada permata hati kita, di samping mengambil langkah-langkah penjagaan di atas demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita in shaa Allah.

Walaupun di musim perayaan, jika anak-anak ada sebarang simptom tidak sihat seperti demam yang berpanjangan, sesak nafas, batuk yang berlarutan dan sebagainya, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.

Semoga Allah melindungi keluarga kita sentiasa in shaa Allah, amin.

Sumber: Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI