Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya. Malah hasil kajian yang dilakukan ini memerlukan anak pramatang perlu sentiasa dipantau tahap kesihatan.
Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.
Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka? Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?
Apa itu kelahiran pramatang?
Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.
Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.
Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu. Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).
Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup. Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.
Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan. Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.
Ads
Jangka hayat bayi pramatang
Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.
Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang. Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.
Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu. Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.
Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.
Ads
Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa. Kerana tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun, jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.
Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.
Risiko kematian awal dewasa 1: 1000
Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan, kebanyakan bayi pramatang menjalani hidup sihat. Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.
Ads
Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.
Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. .
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain. .
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi. Nak bawa ke klinik semua dah tutup. Tak sampai hati nak tengok anak menangis, meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah. Tak keruan mak ayah dibuatnya.
Ada beberapa langkah awal yang boleh dibuat sebelum bawa anak ke klinik keesokkan harinya.
Anak sakit gigi, langkah awal ibu ayah boleh buat!
ANAK SAKIT ibu yang paling susah hati, ayah mungkin tak boleh tidur,
Sebak rasa hati bila tengok anak asik menangis dan meraung kesakitan
Rasa tak senang duduk bila anak enggan makan waima minum susu
Mana tak nya, gigi berlubang, gusi bernanah, memang berdenyut teramat sakit
Apa langlah awal ibu ayah patut lakukan segera untuk kurangkan kesakitan pada anak?
1️⃣ Berus gigi dan gusi seperti biasa, lebihkan masa untuk bersihkan kawasan yang sakit
2️⃣ Kerap berkumur dengan air garam suam jika anak sudah pandai berkumur atau sapukan air garam suam di kawasan terlibat
3️⃣ Beri anak air suam yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi badan
4️⃣ Monitor suhu badan anak, sekiranya demam, beri anak ubat demam paracetamol mengikut kesesuaian umur dan dos
Ps: Langkah di atas boleh diambil sekiranya anak sakit pada waktu klinik tutup atau di tengah malam, sebaik-baiknya segera bawa ke klinik gigi untuk pemeriksaan
Bagi ibu yang menyusu bukan mudah untuk bercerai susu. Lebih 2 tahun menyusukan si kecil pastinya moment ini paling indah. Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui semata-mata ingin menyusukan bayi secara ekslusif selama 2 tahun.
Begitu jugalah yang dilalui oleh Puan Eyqa dimana dia berkongsi bagaimana cara untuk ‘wean off’ dengan mudah. Walaupun perasaanya sedih namun atas nasihat doktor maka tamatlah perjalanan penyusuan selama 2 tahun 4 bulan ini.
ALHAMDULILLAH SYUKUR
Dengan ini maka berakhirlah BF Journey ibu dan Aisyah selama 2tahun 4bulan 🥺.
Actually since dia dalam perut lagi memang niat nak fully bf dia sampai umur 2tahun jika ada rezeki tapi Allah kasi lebih sampai 4bulan. Itu pun atas nasihat doc kalau tak mungkin sampai 3tahun. Bonding anak dengan mak yang bf ni mmg susah sangat nak leraikan rasa macam nak nangis bila terpaksa kena wean off Aisyah. Tp ibu kena kuat juga sebab aisyah dah big girl 🥲
Day 1 wean off ibu try cakap-cakap dengan dia tapi tak jalan. Ibu plan tanak push dia utk stop. Then ibu ada letak minyak kapak pun dia stop kejap je tapi dia telan jugak walaupun rasa berangin 😂 dah sapu EO YL pun masih tak berjaya sbb ada satu EO ni paling dia benci sangat tp juga tidak berjaya
Sampailah satu hari ibu gigih baca tips nak wean off cara yg mudah iaitu main psychology dia.Cuma pasangkan video tu berserta alunan bacaan Al-quran as background vid tu and ada lah cakap sikit2 dkt dia terus malam tu jugak dia tanak susu. Bila dia nak jugak susu kita bagi video tu balik terus dia geleng kepala. Masa tu dah rasa sebak. Kenapa senang sangat nak wean off kalau tahu macamni dari dulu dah buat.
Ingatkan sehari dua je dia tgk terus tak mintak tp Alhamdulillah walaupun tak tgk vid tu dia memang tak mintak langsung. Selera makan dia pun makin naik Syukur Alhamdulillah.
Since Aisyah 1Y dia tak minum susu dlm botol @ EBM (taktahu kenapa) dan dia tak suka FM (dah pernah try tp reject) so ibu hanya DF je dgn dia. Dah takde jadual pam susu kt ofis since dia setahun lebih. Masa tu pun ragu2 ada ke tak susu ni, tp dia elok je tak lapar lps susu. So just bg dia fresh milk/UHT dgn susu ibu je. Ramai org kata anak kecik ok ke minum susu fresh milk ni compare tu FM yg kita tgk iklan dasat2 kt tv. Ketahuilah sy dah jumpa doc dan atas nasihat dia susu tepung lah banyak kandungan gula. Wallahualam
Sepanjang 2tahun 4bulan ni lah tidur terpaksa dikorbankan sebab kena banyak mengiring, perut sentiasa lapar dan susah nak kurus 🥴 haha! Kenangan yang takkan dilupakan.
Klik posting ini untuk video
Eyqa dapat video dari sini dan kemudian cuba buat untuk anak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dahulu, dirinya pernah berasa kecewa lantaran dihempap dengan dugaan yang dibebankan di bahu sejurus melahirkan anak kedua. Namun kini Nurul Ain tekad berubah menjadi ibu yang sentiasa berdiri teguh di belakang anaknya Muhammad Al Qhalef bin Mohd Hafidzul, dua tahun yang disahkan mengalami sindrom Down. Mari baca luahan hatinya.
Saat mengandungkan kamu, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sangkaan mama, kamu bakal lahir dalam keadaan yang sihat dan selamat, sama seperti bayi normal lain yang menjadi dambaan setiap ibu.
Pemeriksaan antenatal saban bulan, mama lalui seperti kelazimannya. Menurut kata doktor, si ibu dan si anak dalam kandungan disahkan sihat. Mama langsung tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan. Malah mama sering diberi pujian daripada doktor kerana semua hasil ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan yang sangat memuaskan.
Semasa usia kandungan lebih kurang tujuh ke lapan bulan, mama menjalani ujian imbasan 4D. Hasil ujian itu pun langsung tidak dapat mengesan sebarang permasalahan yang menyelubungi diri kamu sejak dari dalam kandungan. Paling mama ingati, mama teruja apabila dapat menyaksikan iras wajah kamu saling tak tumpah, sama seperti kakak sulungmu yang dilahirkan normal.
Musibah ini hanya mama ketahui setelah kamu dilahirkan, sayang. Doktor yang menyambut kelahiran mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lantaran kamu tidak menangis. Tambahan pula keadaan fizikal kamu agak lembik dan bentuk muka pula berbeza daripada kanak-kanak normal.
Siapa sangka mama yang berumur 28 tahun saat mengandung dan melahirkan kamu boleh terjebak memiliki anak sindrom Down. Sungguh mama tidak menyangka dugaan ini menimpa kita.
Bila difikirkan sejenak, mama beranggapan hal ini mungkin ada kaitan dengan faktor keturunan. Hal ini lantaran kakak mama pun turut mempunyai anak sindrom Down dan usia sepupu kamu kini sudah tujuh tahun.
Sesungguhnya mama akui dugaan ini sangat mencabar. Mama mengambil masa hampir enam bulan untuk menerima diri kamu seadanya. Dahulu, saat melihat kamu, mama rasa malu untuk menjaga dan membawa kamu di khalayak ramai. Maafkan mama, Qhalef.
Lama-kelamaan mama sedar tiada apa-apa yang patut mama malukan. Kamu darah daging mama! Manakan mungkin mama melakukan sedemikian kepada kamu. Naifnya mama saat itu.
Syukur Alhamdulillah, doktor dan keluarga kita terutamanya papa banyak menyedarkan dan memberi semangat padu kepada mama. Mama mendapat kaunseling dan ilmu yang betul tentang cara penjagaan dan pengendalian anak istimewa. Ya! kamu memang sangat istimewa pada pandangan mama, sayang.
Perkembangan kamu agak lambat dan sangat mudah terkena jangkitan semasa masih bayi. Hospital umpama rumah kedua disebabkan mama dan papa kerap keluar – masuk hospital demi menjaga kamu yang diduga dengan masalah batuk berpanjangan.
Kini, kamu dan mama sama-sama menjalani rutin fisioterapi. Di rumah pun mama selalu berikan kamu urutan khas saban pagi. Mujurlah mama ada sesikit bekal ilmu lantaran turut memiliki spa D’Layla Beauty di Seksyen 7, Shah Alam.
Mama akui, masa kita berdua lebih banyak berbanding apa yang seharusnya mama peruntukkan untuk kakak. Harap dia faham tentang dugaan yang sedang kita sekeluarga lalui. Sungguh mencabar buat mama tetapi mama perlu terus kuat untuk menempuhi semua ini.
Ya! Mama akan terus kuat dan bertahan sama seperti kamu yang kini semakin banyak menampakkan peningkatan perkembangan diri. Bila kamu mula faham apa yang diarahkan dan tahu memberi beri isyarat saat memerlukan sesuatu, pencapaian itu sudah cukup hebat di mata mama.
Harapan mama terhadap kamu tidaklah menggunung tinggi. Mama selalu berdoa Allah panjangkan usia mama agar dapat terus membimbing dan melihat kamu berupaya untuk berdikari di masa hadapan.
Mama sayang kamu,
Nurul Ain Mohd Rosly
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.