Farmtastic Hunt, kerjasama Farm In The City bersama Pa&Ma berlangsung meriah semalam dengan suasana cukup meriah dan gamat dengan para peserta yang begitu sporting sepanjang acara.
Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu disertai lebih 10 keluarga terpilih dan bertuah memenangi peraduan Farmtastic Hunt FITC X Pa&Ma yang diadakan secara atas talian.
Farmtastic Hunt yang diperkenalkan oleh Farm In The City yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor ini diadakan bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia serta turut mengisi aktiviti sepanjang cuti sekolah ini.
“Farmtastic Hunt” yang berkonsepkan pencarian harta karun berorientasikan keluarga ini dimulakan dengan pelbagai tugasan dan cabaran di setiap stesen.
Ads
Sepuluh keluarga terpilih nyata begitu teruja untuk turut sama menyertai acara ini. Suasana tambah gamat bila mana masing-masing berlumba untuk menang dan sampai lebih awal.
Ads
Setiap kumpulan terdahulu diberikan petunjuk, menjawab pelbagai persoalan serta teka-teki dalam masa yang singkat.
Ads
Kumpulan yang menyelesaikan teka-teki serta tugasan dalam pencarian harta karun berorientasikan keluarga dalam masa yang paling singkat berjalan pulang dengan hadiah menarik.
Antara hadiah yang dimenangi peserta adalah dua tiket ke Bentong Farm, baju serta cenderahati dari Farm In The City bernilai lebih RM300.
Kesemua peserta pulang dengan penuh kegembiraan dan kepuasan disamping meluangkan masa dengan anak-anak menikmati haiwan peliharaan yang bebas di Farm In The City.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal pemilik nama Eriyca Baiduri, usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu yang merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan wargamaya.
Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Seiring populariti dan kejayaannya, Madammu tampil berkongsi perjalanan kisah kehidupan dan kejayaan dirinya dalam sebuah program sendiri bersama Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv yang menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit bertajuk “Diari Madammu”.
“Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023 nanti, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.
Berkongsi kisah kehidupan peribadinya menerusi program itu, pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017.
Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty.
Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan.
Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya.
Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga.
Fitrah kehidupan seorang wanita seakan lengkap sebaik bergelar ibu. Rumah tangga yang dibina juga terasa semakin berseri dengan kehadiran cahaya mata pelengkap bahagia.
Demikianlah yang berlaku kepada Fazura dan Fattah Amin yang kini melalui hari-hari yang cukup membahagiakan selepas kelahiran puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya yang kini sudah pun berusia empat bulan.
Sebaik mendedahkan wajah anak kesayangan mereka pada malam tahun baru lalu, wajah Fatima mula kerap melewati Instagram ibu dan ayahnya.
Wajah mulus, comel dan gebu milik Fatima sering dikatakan seiras dengan daddynya, Fattah.
Sama cantik dan comel macam ibu
Namun menerusi video yang dikongsikan oleh satu akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat Fazura dan Fattah, wajah Fatima dilihat cukup seiras dengan ibunya sewaktu kecil.
Bukan hanya bentuk muka, bahkan gaya rambut, hidung dan bibirnya sama seperti Fazura. Malah ramai yang melihat senyuman manis Fatima sama manis seperti ibunya.
Kecomelan Fatima sememangnya diwarisi dari kecantikan semulajadi ibunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Fazura turut bersetuju persamaan wajah Fatima dengannya. Paling menarik, perkongsian itu turut menarik perhatian Fazura yang dilihat turut meninggalkan komen.
“Aww… Anak mommy sayangggg,” kongsi Fazura.
Dalam pada itu, di ruang kapsyen dipenuhi dengan pujian malah turut bersetuju akan kebersamaan ini. Patutlah Fatima cukup comel!
“Rambut sama cam mommy”
“Memang sama macam ibunya, mata hidung”
“Haha muka penuh macam Faz, lawa”
“Patutlah Fatima comey sangat..mommy dia masa kecik pun comey sangat”
“Fazura ke tu, sama laa”
“Sebijik betul muka dan senyuman Fatima dan mommy”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SNS Products Sdn Bhd buat pertama kalinya berkerjasama dengan Pa&Ma melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘mifold Family’ di Malaysia semalam di The Pearl, Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak di Malaysia, SNS Products sangat berbangga menjadi pengedar rasmi bagi jenama mifold di Malaysia dan produk mifold telah berada di dalam pasaran Malaysia semenjak Mac 2017 lalu.
‘mifold Family’ terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold di mana ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan 15kg ke atas.
Majlis yang berkonsepkan high-tea juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Lebih 80 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini termasuk selebriti popular.
Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, pihak SNS Products Sdn Bhd sangat bebesar hati bekerjasama dengan Pa&Ma untuk memperkenalkan jenama mifold di Malaysia.
mifold Family
Direka dengan bentuk yang sangat kompak, ringan dan selamat digunakan kerana ianya memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah yang terkini iaitu ECE R44/04.
mifold Family sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletakkan 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang, senang untuk di bawa bercuti, digunakan semasa berada di dalam kenderaan persendirian seperti teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah
mifold:
mifold Sport:
hifold:
Ms May Hwong, Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd berkata “Kami cuba menyelesaikan masalah ibu bapa di Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenis car seat yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan masing-masing kerana kami sangat mengambil berat akan keselamatan penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan. Kami berharap dengan kedatangan mifold di Malaysia akan memberi solusi kepada ibu bapa, terutamanya yang mengahadapi cabaran untuk meletakkan 3 car seat di bahagian penumpang belakang. Dengan reka bentuk yang kompak dan sangat ringan mifold Family boleh dibawa bercuti dan digunakan semasa berada di dalam teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah. Untuk pengetahuan, sebanyak 900,000 unit mifold telah dijual di 150 buah negara dalam masa 3 tahun.”
Selain itu, mifold Malaysia juga turut berbesar hati menyumbang tiga buah kerusi keselamatan kanak-kanak dalam acara cabutan bertuah untuk ibu bapa yang menghadiri majlis ini.
Pelancaran program tersebut turut dihadiri oleh selebriti terkenal termasuklah Datin Rebecca Nur Al Islam, Irma Hasmie, Syaheera & Fad Bocey.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!