“Ish mama sibuk ni, jangan kacau mama” berlalu lah si kecil bermain sendiri. Si kecil ini hanya mengimpikan sedikit perhatian dari si ibu dan juga si ayah. Tahukah anda sebenarnya anak mempunyai 2 fasa penting dalam hidup mereka. Jika fasa pertama berlalu begitu sahaja tanpa dibantu oleh ibu dan ayah, anak akan berlalu ke fasa kedua tanpa asas nilai dan keperibadian.
2 FASA PENCARIAN ‘RESTU’ DAN ‘PENERIMAAN’.
1) FASA 0-10 TAHUN
Restu dan penerimaan (approval and acceptance) IBUBAPA merupakan perkara paling penting dicari oleh anak-anak pada usia ini.
Semakin awal (muda) usia seorang anak, semakin penting elemen penerimaan ibubapa ini bagi anak tersebut.
Inilah sebabnya anak usia ini rapat dan ingin sentiasa rapat dengan ibubapa.
Ads
-Mereka suka didampingi oleh ibubapa.
-Mereka suka mencari perhatian dan diberi perhatian oleh ibubapa.
-Mereka suka dilihat dan diperhatikan.
-Mereka suka bercerita dan mendengar cerita.
-Mereka suka menyoal dan disoal.
-Mereka juga menerima arahan dan panduan dengan lebih mudah tanpa tentangan.
-Inilah fasa di mana saluran komunikasi yang kukuh mula terbina di antara ibubapa dan anak.
2) FASA 10 TAHUN KE ATAS.
Semakin anak meningkat usia, restu dan penerimaan ibubapa menjadi semakin kurang penting bagi seorang anak.
Kepentingan restu daripada RAKAN SEBAYA semakin memuncak dan mengatasi keperluan untuk mendapatkan restu daripada ibubapa.
Ads
Pada fasa kedua ini ibubapa perlu terus memainkan peranan untuk membantu anak menilai yang baik dan yang buruk agar anak dapat membuat keputusan berasaskan nilai yang murni apabila berada di persimpangan.
Sekiranya ibubapa MENGABAIKAN FASA PERTAMA anak dengan mengandaikan bahawa ‘Anak kecik lagi” dan tidak menggunakan peluang itu untuk menerap nilai murni dan akhlak yang baik ataupun tidak melatih anak untuk berbuat kebaikan dan mengikut aturan, maka anak akan beralih ke fasa yang seterusnya TANPA ASAS NILAI DAN KEPERIBADIAN yang kukuh.
Sekiranya ibubapa meluangkan MASA dan TENAGA bersama anak, merapati mereka pada usia awal dan membina perapatan dan hubungan yang kukuh dengan anak, ia membantu untuk melindungi anak dari godaan dan cabaran rakan sebaya pada fasa yang kedua.
Peranan yang kita mainkan pada fasa pertama dapat bertindak sebagai perisai dari tekanan rakan sebaya dan dari dipengaruhi dan terikut-ikut dengan ‘trend’ secara membabi-buta.
MASA dan TENAGA yang diluangkan ini merupakan pelaburan yang memberikan pulangan yang sangat berbaloi kepada keluarga kita.
Ads
Insya Allah.
Restu dan penerimaan ibubapa bukan hanya penting sewaktu anak ingin melangsungkan perkahwinan sahaja, malah ia diharapkan jauh lebih awal dari itu.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular isu seorang ibu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila ada yang memandang serong kepadanya kerana anak-anak bising ketika makan di kedai.
Setelah tular, Cikgu Ayu memohon maaf di atas ‘statement’ yang diberikan. Pelbagai pendapat yang diberikan ekoran isu yang timbul ini. Perkara ini turut menarik perhatian ibu anak lapan, Puan Mcyah Joanjett. Menurutnya, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mengatur anak-anak ketika berada di luar.
Kalau bab isu anak ramai/anak kecik ni aku sensitip betholl.. anak-anak tak pernah salah. Anak tu amanah & rezeki daripada Allah swt.
Anak ramai bukan penghalang untuk makan di kedai. Kita dan anak-anak pun ada perasaan nak hangout macam orang lain. Tapi kena ingat, kedai makan ni tempat umum. Bukan tempat kita bayar private untuk family kita je. Jadi parent kena bijak kawal suasana.
Macam dikyah dan suami, kami takkan makan selagi anak-anak tak setel. Kalau anak lapar, for sure dorang meragam. So kenyangkan mereka. Lepas anak dah setel, kami makan bergilir-gilir dengan cepat. Siap semua, kami cepat-cepat keluar dari kedai.
Bukan kata bertenggek lepak-lepak. Andai kata ada anak yang meragam, salah seorang akan dukung bawa keluar dari kedai atau bawa masuk kereta untuk tenangkan.
Sape je tak nak makan santai-santai, feeling in love, suap menyuap, kunyah 40x ikut sunnah. Tapi tula kena faham dan hormat orang sekeliling. Kita tak boleh nak kawal orang lain dari mencebik kita, tapi kita boleh kawal suasana dan keadaan anak kita di kedai makan.
Nanti korang besar lah mami dengan papa makan pelan-pelan ye nak. Buat masa sekarang memang kene makan gaya ular sawa. Ngap! Telan tanpa kunyah.
Selain kulit bawang, kulit nanas juga boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah. Kalau biasanya kulit nanas kita anggap sebagai sampah dan dibuang begitu sahaja, selepas ini jangan buang lagi ya!
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Kulit Nanas Boleh Buat Baja
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Buah Tanaman Jadi Lebat & Cantik
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.