Jangan ajar anak jadi derhaka. Maaf cakap, tapi kadang tu ya, kita sendiri yang buatkan anak-anak kita jadi derhaka.
Bila mak ayah suruh anak buat sesuatu, dipanggilnya sampai dua tiga kali. Diulang dan dipanggil, tapi anak tak sahut. Kenapa?
Kerana anak tak dengar, atau lebih tepat, anak tak sedar. Kadang tu anak-anak ini berada dalam dunia mereka sendiri, hinggakan tak sedar yang dirinya telah dipanggil.
Bayangkan dari kecil anak perlu dicakap dua tiga kali. Nanti sampai ke besar, begitulah jua keadaannya.
Dipanggil sekali tak jalan, kena dipanggil dua tiga kali, baru disahut. Kita tak nak anak kita jadi derhaka. Tapi masalanya, bila mak ayah cakap sekali, tapi anak tak ikut, Solusinya?
Ada beberapa cara yang mak ayah boleh cuba buat.
Ads
Anak kecil ini secara psikologinya, bila disentuh badannya, maka akan pecah degilnya.
Macam yang disebutkan tadi, anak ini kadang tak sedar dirinya dipanggil.
Jadi, mak ayah perlu datang ke arah anak, tunduk atau rendahkan badan kita, biar muka kita selari dan sama tinggi dengan muka anak. Pegang bahu mereka. Pandang mata mereka. Ketika itu, barulah kita cakap dengan anak.
Sebenarnya kalau kita panggil anak dari dapur, panggilan kita mungkin sia-sia. Lebih menakutkan, kita takut kita ajar anak kita jadi anak derhaka tanpa kita sedar.
Benar, ada masanya kita tak boleh datang dekat dengan anak. Tapi jika mampu, pergilah ke arah anak, tundukkan kepala, atau rendahkan badan agar kepala kita sama level dengan kepala anak, dan kemudian barulah bercakap dengan mereka.
Ads
Memegang tubuh anak ketika sedang bercakap contohnya, perbuatan sebegini sebenarnya mampu memecahkan kedegilan anak kita.
Sebabnya doa ibu bapa,
Air tangan ibu bapa,
Ada terapi,
Ada magik,
Untuk memecahkan kedegilan tersebut.
Ads
Mendidik anak itu perlulah kena dengan caranya agar kita tidak melatih anak kita menjadi anak derhaka tanpa kita sedar.
Menjadi seorang ibu bukan mudah. Dari pagi hingga malam, fikiran penuh dengan tanggungjawab menjaga anak, mengurus rumah dan pelbagai perkara lain. Tapi percayalah, mencintai diri sendiri bukan satu kemewahan ia satu keperluan untuk ibu kekal kuat dan bahagia.
Kalau ibu tidak sayang diri sendiri terlebih dahulu, bagaimana mahu memberikan kasih sayang terbaik kepada anak dan keluarga? Cinta diri bukan sekadar manjakan diri dengan spa atau membeli-belah, tetapi lebih kepada menerima diri seadanya, menghargai usaha yang telah dilakukan dan memberi ruang untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Kadang-kadang, ibu rasa bersalah untuk meluangkan masa bagi diri sendiri kerana takut dikatakan mengabaikan anak. Ada juga yang terbeban dengan komen dan tekanan dari orang sekeliling. Namun, apabila ibu sudah letih dan stres, ia boleh memberi kesan kepada anak dan keluarga juga. Jadi, cinta diri adalah cara untuk mengembalikan tenaga dan emosi.
Terima Kekurangan Diri Tiada ibu yang sempurna. Maafkan diri apabila melakukan kesilapan atau kekurangan.
Sediakan Masa Untuk Berehat Jangan rasa bersalah untuk mengambil masa berehat walaupun seketika.
Jaga Kesihatan Mental dan Fizikal Luangkan masa untuk aktiviti yang memberikan ketenangan seperti berjalan-jalan, membaca atau berzikir.
Berani Meminta Pertolongan Jangan malu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau rakan-rakan.
Mencintai diri bukan bermakna pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keluarga. Ia adalah proses membina kekuatan dari dalam supaya ibu boleh menjadi versi terbaik untuk keluarga tercinta. Apabila ibu sayang diri, ibu juga mengajar anak dan keluarga tentang pentingnya menghargai diri sendiri.
Ibu, ingatlah, mencintai diri sendiri bukan satu dosa atau keegoan. Ia satu cara untuk terus memberi yang terbaik, bukan sahaja kepada orang lain, tetapi juga pada diri sendiri. Mulakan langkah kecil hari ini untuk belajar cinta diri kerana ibu yang bahagia adalah hati keluarga yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kalau pergi ke kedai alat tulis, si kecil ada yang cenderung memilih pelekat atau sticker yang comel-comel. Kadang kala kita tak bagi beli maklumlah takut habis bersepah dan entah mana-mana ditampalnya pelekat tu. Sampaikan beg tangan mama pun boleh jadi mangsa.
Menurut satu perkongsian yang dibuat oleh Najmi Nawawi menerusi laman Facebook miliknya, bermain sticker untuk anak-anak kecil banyak kebaikannya. Salah seorang Occupational Therapist yang dia temui menyatakan sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus. Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
1. Bagus untuk motor halus Bukan senang untuk mencabut sticker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan sticker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis. Itu belum lagi kita bercerita tentang size-size sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.
2. Koordinasi tangan Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku sticker dan satu lagi untuk mencabut sticker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.
3. Kemahiran visual dipertingkat Bukan semua sticker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku sticker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sticker mana yang mahu dimain. Kalau ada sticker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.
4. Eksplorasi daya sensori Sticker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, anda yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.
5. Kiri dan kanan Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu sticker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.
Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker. Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.
p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.
Dahla murah bagus pula tu untuk perkembangan si kecil. Lepas ni mama papa boleh beli banyak-banyak dan main Bersama anak-anak di rumah. Sepah sikit takpe la kan asalkan boleh bantu perkembangan si kecil tersayang.
Tanpa kita sedar kita terdorong untuk melabelkan anak-anak. Kata-kata seperti anak nakal, anak lasak, anak lambat dan sebagainya, semuanya datangnya daripada mulut kita sendiri. Bukan dari orang lain.
Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Cubalah ubah kata-kata ini kerana ada kesannya buat mereka.
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.” Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengaruhi perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif. Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik.
Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Panduan Ringkas Penjagaan Bayi Untuk Ibu Bapa Baru
Menjadi ibu bapa baru adalah pengalaman yang paling menggembirakan tetapi kadang boleh jadi kelam-kabut juga. Mulakan dengan...