Ads

Fasha Sandha Reda Hasrat Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, “Terkejut Sebab Tiada Pendarahan”

Keguguran yang dialami pelakon, Fasha Sandha sekali lagi mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat dan para ibu yang pernah melalui pengalaman sama. Namun Fasha memilih untuk berkongsi kisah ini dengan penuh ketenangan dan reda, sekali gus memberi kekuatan buat wanita lain yang mungkin melalui situasi serupa.

Fasha Sandha Reda Hasrat Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, “Terkejut Sebab Tiada Pendarahan”

Berpantang Cara Moden Demi Tuntutan Kerja

Selepas melalui prosedur dan rawatan susulan akibat keguguran kata Fasha, dia memilih untuk berpantang secara moden. Katanya, pilihan itu dibuat kerana komitmen kerja dan rutin harian yang masih perlu diteruskan seperti biasa.

“Bila berlaku keguguran ini, saya berpantang cara moden. Saya masih lagi bekerja dan menguruskan tugas harian seperti biasa.

“Selama ini saya memang berpantang secara moden,” ujarnya lagi.

Ads

Fasha Sandha Reda Hasrat Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, “Terkejut Sebab Tiada Pendarahan”

Tiada Tanda Awal, Degupan Jantung Berhenti Pada Minggu Ke-10

Berkongsi lanjut mengenai kegugurannya, akui Fasha kehilangan kali ini agak mengejutkan kerana tiada sebarang tanda awal seperti pendarahan atau kesakitan yang ketara.

“Ketika saya sedar yang diri saya hamil, usia kandungan waktu itu sudah pun sembilan minggu dan ada degupan jantung. Namun pada minggu berikutnya degupan jantung itu sudah tiada lagi.

Ads

“Kata doktor bayi di dalam kandungan tidak sihat. Saya anggap tiada rezeki. Mungkin rezeki saya pada masa akan datang. Saya terima dengan hati terbuka malah kami berdua reda.

“Saya agak terkejut kerana tiada sebarang pendarahan yang berlaku. Saya tahu tentang kehamilan pada minggu kesembilan kerana kitaran haid saya tidak teratur,” kongsinya.

Fasha Sandha Reda Hasrat Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, “Terkejut Sebab Tiada Pendarahan”

Ads

Reda Dengan Ketentuan Ilahi

Sebagai seorang wanita yang pernah melalui pengalaman sama sebelum ini, pastinya perasaan sedih tetap hadir. Namun Fasha dan suami memilih untuk melihatnya sebagai ketentuan Ilahi yang perlu diterima dengan hati terbuka.

“Ketika tahu diri hamil saya pun tidak pasti sama ada kandungan ini okay atau tidak memandangkan sebelum ini saya pernah beberapa kali mengalami keguguran. Jadi kami tidak terlalu berharap,” ujarnya lagi.

Dalam setiap ujian, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sikap positif dan reda yang ditunjukkan dalam menghadapi keguguran wajar dijadikan contoh.

Semoga Fasha terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Rezeki zuriat adalah rahsia Allah, dan setiap doa yang dipanjatkan pasti didengari pada waktu yang paling tepat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bahaya ‘Overdue Pregnancy’ Untuk Bayi, Ini Ibu Kena Tahu

Bahaya overdue pregnancy untuk bayi bukan perkara kecil. Ketahui risiko kehamilan melebihi 40 minggu, tanda amaran dan langkah penting yang ibu perlu tahu untuk keselamatan si manja.