Cepatnya membesar. Anak kepada pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin, si comel Nur Fatima Aisya kini rupanya sudah pun bersekolah.
Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 ini kini sudah pun berusia empat tahun.
Menerusi perkongsian Fazura di Instagram, si comel Fatima yang menjadi kesayangan ramai ini rupanya sudah memulakan persekolahannya pada 1 April lalu.
Melalui detik pertama itu kata Fazura, ia merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi dirinya begitu juga dengan Fatima yang kelihatan cukup tenang dan teruja.
“1hb April 2024. Hari yang ditunggu-tunggu, hari pertama Fatima di prasekolah.
Ads
“Dah tentu mommy dan daddy hantar dan ambil dia,” tulisnya.
Menerusi kapsyen yang dikongsikan Fazura, Fatima turut bersekolah bersama sepupunya Amanda dan kedua-duanya cukup seronok memulakan hari persekolahan mereka.
“Membesar dalam sekelip mata dan benar-benar menikmati hari pertama bersama kakak Amanda. Alhamdulillah,” tulisnya.
Ads
Apa yang menarik perhatian pastinya aksi Fatima yang kelihatan cukup bersedia dan bersemangat untuk ke sekolah. Malah menerusi perkongsian video, anak kesayangan Fazura dan Fattah ini dilihat cukup tenang dan ceria ke sekolah.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut si comel Fatima turut memberikan kata-kata semangat dan doa yang baik-baik buat Fatima.
Terdahulu, Nur Fatima Aisya dilahirkan pada Jumaat, 2 Oktober 2020.
Pelakon Imran Aqil timang cahaya mata sulung, Dahlia Rizal tahan sakit kontraksi hampir 15 jam. Imran Aqil kini bergelar bapa selepas isterinya, Dahlia Rizal, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 10.35 malam semalam.
Menurut Imran, anak sulung mereka yang diberi nama Yusra pada awalnya dijangka lahir secara normal. Namun, setelah hampir 15 jam menanti tanpa sebarang bukaan walaupun air ketuban telah pecah, pihak doktor menyarankan agar kelahiran dilakukan melalui pembedahan.
Imran turut berkongsi berita kelahiran bayi sulungnya itu di laman Instagramnya.
“Selepas menunggu lebih 15 jam dan masih tiada perkembangan pada bukaan, doktor mencadangkan agar Dahlia menjalani kaedah pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya juga diberi kesempatan untuk menemani isteri dalam bilik pembedahan walaupun saya agak takut melihat darah,” kata Imran.
Imran turut meluahkan rasa terharu dapat menyaksikan sendiri detik kelahiran cahaya mata pertama mereka dan mengakui pengalaman itu membuatkan beliau lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.
“Saya sangat bersyukur dapat melihat sendiri proses pembedahan yang membawa kelahiran anak kami. Ia benar-benar membuka mata saya tentang betapa besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa demi anak,” tambahnya.
Dalam pada itu, Dahlia yang juga dikenali sebagai pempengaruh media sosial turut berkongsi kegembiraan di akaun Instagram miliknya, mendedahkan bahawa puteri mereka akan memanggilnya ‘mommy’.
Mama boleh ‘mengajak’ bayi untuk bersenam seawal usia 1 tahun. Kanak-kanak sememangnya suka berlari dan bermain. Itu merupakan sifat semula jadi mereka di samping rasa ingin tahu yang mendalam.
Sebenarnya anak-anak yang masih kecil juga perlukan aktiviti senaman. Bagaimanapun berapa lama ibu bapa perlu biarkan anak-anak mereka bermain? Pasti ibu bapa ingin tahu mengenai faedah senaman kepada anak bukan?
Sebenarnya ada faedah senaman kepada bayi dan kanak-kanak selain membantu mengeluarkan peluh yang mama dan papa mungkin tidak tahu!
Aktiviti fizikal berbeza mengikut usia
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa senaman yang diperlukan oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Namun, secara umumnya, kanak-kanak dan remaja perlu lakukan dua jenis senaman setiap minggu iaitu senaman aerobik serta senaman yang boleh menguatkan otot dan tulang.
Menurut The Australian Parenting Website, bayi yang berumur 1 tahun ke bawah perlukan banyak masa bermain. Jika mereka masih belum berjalan, sudah memadai jika mereka meniarap lebih dari 30 minit sehari.
KANAK-KANAK YANG BERUMUR 1 TAHUN KE ATAS PULA PERLU KEKAL AKTIF SEKURANG-KURANGNYA 3 JAM SEHARI. JUMLAH JAM INI TERMASUKLAH MASA YANG MEREKA GUNAKAN UNTUK BERMAIN. SAMA JUGALAH DENGAN KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN.
Bagi kanak-kanak 5 hingga 18 tahun pula, mereka perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam dan diikuti pula dengan aktiviti yang ringan selama beberapa jam setiap hari. Lebih baik jika mereka boleh lakukan aktiviti yang boleh menguatkan tulang dan otot 3 kali seminggu.
Nampak seperti banyak senaman yang perlu dilakukan bukan? Jangan risau, sebahagian besar kanak-kanak dan remaja telahpun melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.
Cuba sesuaikan senaman mengikut umur anak-anak anda
Aktiviti seperti lompat tali dan bermain di tapak permainan antara contoh senaman yang bagus untuk mereka. Dua aktiviti ini sebenarnya sudah cukup untuk memenuhi tuntutan 1-2 jam senaman setiap hari.
Selain itu, anda juga boleh galakkan anak yang lebih dewasa untuk bermain bola sepak, badminton ataupun futsal untuk kekal cergas. Namun, kebaikan bersenam bukan terhad kepada aktiviti sukan sahaja! Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh seperti menari, mendaki, berbasikal, bermain papan luncur dan macam-macam lagi.
Ibu bapa perlu lebih kreatif memilih aktiviti fizikal kanak kanak!
Bagaimana jika anak seorang yang pendiam dan tidak suka bersenam? Ketika inilah ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif dalam mengajak mereka bersenam.
Sebagai contoh, jika anak sukakan alam sekitar, cuba ajak mendaki bersama-sama sambil menghayati keindahan alam semula jadi. Jika anak suka melukis pula, mungkin anda boleh bawa mereka melawat pameran seni secara berkala. Gunakan pengangkutan awam untuk banyak berjalan.
Ini juga boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Selain itu, jika anda ingin bersenam, cuba ajak ahli keluarga untuk turut serta. Selain memastikan anak anda kekal sihat, ibu bapa juga perlu menjadi teladan yang baik untuk anak-anak.
Ibu bapa yang cergas dan sihat adalah contoh yang terbaik untuk mereka. Terapkan dalam diri anak-anak anda bahawa kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dan sangat bernilai.
Kanak-kanak dan remaja yang kerap bersukan bukan sahaja akan bertambah cergas, malah mempunyai kekuatan otot dan stamina yang baik.
Tambahan lagi, senaman juga boleh membuatkan fungsi kognitif jadi bertambah baik. Mereka akan lebih mudah untuk belajar dan mengingat jika melakukan senaman pada masa yang sama.
Bagaimana ibu bapa boleh pastikan anak kekal aktif?
Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda bersenam dengan baik. Ada beberapa cara yang boleh diamalkan supaya anak faham tentang faedah senaman.
Antaranya ialah:
*Mulakan ketika mereka masih kecil. Disebabkan kanak-kanak sememangnya suka bermain, tunjukkan galakan anda kepada mereka dengan menyediakan peralatan dan tempat yang selamat untuk bermain.
*Pastikan anda boleh jadi contoh yang baik kepada mereka. Jangan abaikan senaman dan lakukannya secara berkala supaya anda kekal sihat dan cergas.
*Lakukan aktiviti fizikal bersama ahli keluarga anda. Terangkan kepada mereka mengenai kebaikan bersenam.
*Berikan anak hadiah berbentuk alatan permainan seperti basikal, bola sepak, raket, kasut roda dan sebagainya untuk menggalakkan mereka bermain secara aktif.
*Bawa anak anda ke tempat yang sesuai untuk bersenam seperti taman permainan, padang bola, ataupun gelanggang badminton.
*Kekal selamat ketika bermain. Ibu bapa jangan lupa untuk membelikan anak-anak peralatan perlindungan seperti helmet jika anak anda melakukan aktiviti yang mempunyai risiko kecederaan yang tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu masak apa pun anak-anak akan cakap sedap walaupun hanya telur goreng. Melalui masakan juga ibu boleh ambil peluang untuk mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anak.
Banyak doa-doa dan surah yang boleh diamalkan untuk kebaikan terutamanya dalam mendidik anak-anak. melalui doa dan surah yang diamalkan ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan kepada keluarga.
Ini 11 doa dan zikir yang boleh ibu amalkan ketika memasak, moga bermanfaat!
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati Allah SWT disamping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!