Bukan senang kita hendak mengajar anak-anak di rumah, ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah kita hilang sabar dan marah-marah kononnya kita merasakan anak tidak beri tumpuan apa yang telah kita ajarkan kepadanya.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff. Semoga bermanfaat.
Cara Uruskan Emosi Ibu Ayah Ketika Bantu Anak Belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Ketika membeli barangan dapur, kita sering kali melihat label “Use By” dan “Best Before” pada bungkusan makanan. Namun, tidak semua orang benar-benar memahami maksud di sebalik istilah-istilah ini. Mengetahui perbezaannya bukan sahaja penting untuk keselamatan makanan, tetapi juga membantu mengurangkan pembaziran.
Label “Use By” merujuk kepada tarikh terakhir makanan itu selamat untuk dimakan. Ia biasanya digunakan untuk makanan yang mudah rosak seperti susu, daging segar, atau makanan yang perlu disimpan sejuk. Jika makanan telah melepasi tarikh ini, ia tidak lagi selamat dimakan walaupun kelihatan, berbau atau rasa masih baik. Makanan seperti ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
Contoh makanan berlabel “Use By”:
Susu segar
Yogurt
Daging mentah
Makanan siap masak sejuk beku
Selepas tarikh ini, makanan tidak lagi selamat dimakan walaupun ia mungkin masih kelihatan baik atau tidak berbau.
Sementara itu, label ini merujuk kepada kualiti makanan, bukan keselamatannya. Tarikh ini menunjukkan sehingga bila makanan itu berada dalam keadaan terbaik dari segi rasa, tekstur dan nutrisi. Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan tetapi mungkin tidak lagi mempunyai kualiti terbaik.
Contoh makanan berlabel “Best Before”:
Biskut
Pasta kering
Bijirin sarapan
Coklat
Selepas tarikh ini, makanan masih boleh dimakan, selagi ia tidak berkulat, berbau pelik, atau berubah rasa drastik.
Gunakan akal dan deria: bau, rasa dan lihat.
Simpan makanan di tempat kering, sejuk dan gelap (pantry atau almari makanan).
Tahukah anda? Sejuta tan makanan dibazirkan setiap tahun di seluruh dunia kerana salah faham tentang label ini. Dengan memahami perbezaan ini:
Anda boleh kurangkan pembaziran makanan.
Jimat wang dengan guna makanan secara bijak.
Elakkan keracunan makanan dengan ikuti panduan penyimpanan.
Semak tarikh sebelum beli, terutama untuk makanan segar.
Gunakan makanan yang berlabel “Guna Sebelum” dulu sebelum tarikh tamat.
Labelkan makanan dengan tarikh buka, jika tiada.
Bekukan makanan sebelum tarikh “Guna Sebelum” jika tak sempat guna.
Amalkan sistem FIFO (First In, First Out) di dapur, guna stok lama dahulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa anak trauma waktu makan? Elak kesilapan ini. Dalam dunia keibubapaan, setiap detik bersama anak adalah peluang untuk mendidik, membentuk emosi, dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salah satu waktu yang sangat penting dalam sehari ialah waktu makan.
Malangnya, ada ibu bapa yang tanpa sedar melepaskan kemarahan ketika anak sedang makan, satu tindakan yang boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada perkembangan anak.
Berikut dikongsikan mengapa ibu bapa perlu mengelakkan marah anak semasa makan, dan menawarkan pendekatan alternatif yang lebih positif.
Waktu makan seharusnya menjadi masa yang tenang dan menggembirakan. Ia bukan sahaja berkaitan dengan pemakanan, tetapi juga suasana emosi yang mendampingi proses tersebut.
Jika anak dikasari, dimarahi, atau dipaksa semasa makan, ia boleh mencetuskan trauma kecil yang menyebabkan anak:
*Hilang selera makan.
*Mengaitkan waktu makan dengan tekanan.
*Mengembangkan tabiat makan yang buruk (seperti makan terlalu sedikit atau terlalu banyak)
*Menunjukkan masalah tingkah laku atau emosi dalam jangka masa panjang.
Kanak-kanak, terutamanya pada usia awal, sangat sensitif terhadap nada suara dan ekspresi muka ibu bapa. Ketika dimarahi, mereka mungkin tidak memahami sebab dimarahi, tetapi mereka pasti merasakan ketegangan itu. Ini boleh mengganggu kepercayaan mereka terhadap ibu bapa, sekaligus mengganggu proses membina hubungan yang sihat.
Terlalu kerap memarahi anak ketika makan boleh menjadikan mereka takut dengan waktu makan.
Akibatnya:
*Anak mungkin menolak untuk makan bersama keluarga.
*Mereka mungkin berpura-pura kenyang.
*Ada juga yang mungkin makan secara tersembunyi atau menunjukkan ketagihan makanan apabila besar kelak.
Daripada memarahi, ibu bapa boleh mencuba pendekatan berikut:
Bercakap dengan lembut: Tanya anak jika mereka kenyang, tidak suka rasa makanan, atau ada hal lain yang mengganggu mereka.
Berikan pilihan: Jika anak menolak makan, beri dua pilihan sihat dan biarkan mereka pilih.
Jadikan waktu makan masa berkualiti: Gunakan waktu ini untuk berbual ringan dan mendengar cerita mereka.
Tunjuk contoh yang baik: Anak belajar melalui pemerhatian. Jika ibu bapa makan dengan sopan, bersyukur, dan tenang, anak juga akan meniru sikap tersebut.
Kadangkala ibu bapa marah bukan kerana anak, tetapi kerana tekanan harian. Belajar mengenali punca emosi sendiri adalah langkah penting dalam keibubapaan. Jika merasa letih atau marah, ambil masa untuk bertenang sebelum menghadapi anak. Latih diri untuk berkata, “Mama/Papa perlukan masa sebentar,” sebelum bertindak.
Keibubapaan bukan tentang menjadi sempurna, tetapi tentang kesanggupan untuk belajar dan membentuk hubungan yang sihat dengan anak. Elakkan memarahi anak ketika mereka makan kerana impaknya jauh lebih besar daripada apa yang kita sangka. Sebaliknya, gunakan waktu makan sebagai peluang membina kasih sayang, membentuk disiplin secara halus, dan memperkukuh ikatan keluarga.
Elak penyakit ain, ustaz Kazim Elias kongsi amalan lindungi diri terkena ‘pandangan jahat.’ Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias baru-baru ini berkongsi kaedah untuk melindungi diri daripada terkena penyakit ain iaitu gangguan yang berpunca daripada pandangan penuh hasad atau kagum yang melampau.
Dalam satu temu bual bersama usahawan kosmetik ternama, Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa penyakit ain sering berlaku secara senyap tanpa kita sedari, dan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan kehidupan seseorang.
Menurut beliau, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah dengan membalas setiap pujian yang diterima dengan lafaz zikir.
“Kalau orang puji kita, jangan hanya balas dengan kata-kata seperti ‘biasa je’. Itu boleh membuka ruang untuk ain berlaku, sebab kita tak tahu apa niat orang yang memuji,” ujar beliau.
Sebaliknya, Ustaz Kazim mencadangkan agar zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, dan Hazamin Fadli Rabbi diamalkan sebagai respons kepada pujian yang diberikan.
Meninjau respon di kalangan warga maya, ramai yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan kesan penyakit ain, yang disifatkan sebagai menyakitkan dan memudaratkan. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur atas perkongsian ilmu dan peringatan yang dianggap sangat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.