Dah masuk setahun, anak dara Fazura dan Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila dah mula pandai berjalan. Walaupun masih takut-takut, tetapi Fatima tetap berani dan cuba nak berjalan sendiri.
Lahir 2 Oktober 2020, di usianya setahun sebulan, kira agak cepat jugalah Fatima boleh berjalan. Lepas ni mommy dan daddy tak terkejarlah nak jaga Fatima ya! Maklumlah orang baru dapat kaki, terujanya lain macam sikit.
Menerusi perkongsian video beberapa saat itu, gelagat Fatima yang tak mahu dipimpin itu mencuri perhatian ramai.
Dalam video tersebut, nampak Fatima begitu seronok berjalan ke sana ke sini dan nak berjalan sendiri. Gayanya tu kalah orang dah besar. Dahlah laju pula dia berjalan. Comel sungguh!
Ads
Bukan itu saja, ramai yang menyatakan, cara Fatima macam Fazura kecil berjalan. Comel dengan gaya terkedek-kedeknya!
Sementara itu, dalam posting yang lain pula, gelagat comel Fatima peluk kaki daddynya cute sangat. Anak manja daddy sungguh ni.
Bak kata peminat mommy daddynya, Fatima ni anak manja daddy. Tak boleh tengok daddy, asyik nak melekat je.
Ads
Kalau orang cakap anak perempuan manja dengan ayah, memang betullah. Seolah-olah macam ada chemistry dan tak boleh berenggang kalau nampak ayah depan mata.
Ads
Apa pun, semoga Fatima Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membahagiakan mommy daddy.
Kredit: fattzuralovelife
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat yang akan melengkapi kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta. Tapi bukan semua yang berkahwin itu terus dikurniakan cahaya mata, ada yang bertahun-tahun menunggu barulah dapat rezeki anak.
Tapi itulah asam garam dalam meniti sebuah kehidupan yang dipanggil rumah tangga. Yang penting jangan pernah putus asa dan terus berusaha berserta doa dan tawakal. Rezeki Allah pasti akan tiba tepat pada masanya.
Dalam perkongsian seorang ibu Noraini Md Nawi, setelah 4 tahun berkahwin barulah dia dan pasangannya dikurniakan sepasang kembar yang comel. Sungguh nikmat Allah itu indah, meskipun kehilangan ibu tercinta, Allah hadirkan pula dengan zuriat kembar yang tidak disangka-sangka.
Kini kedua kembarnya itu baru sahaja menyambut ulang tahun yang keenam, perkongsiannya ibu ini tentang tempoh kehamilan dan saat melahirkan kedua puteri kembarnya itu mengundang penuh sebak. Pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sepanjang kehamilan hinggakan hospital bagaikan rumah kedua untuknya. Tak cukup dengan itu, dia juga kritikal selepas melahirkan bayi kembarnya.
SELAMAT ULANG TAHUN DINA DAN DINI.
Selamat Ulang Tahun yang ke enam my nyawa, Zara Nur Irdina dan Zara Nur Ardini.
Selama 4 tahun ummi menanti kamu berdua, Allah Maha Adil, disaat ummi masih berduka kerana kehilangan arwah nenek kalian. Allah kurniakan dua pertama di dalam rahim ummi.
Masih ummi ingat pada malam tahlil yang pertama, ummi rasa penat sangat. Pikir ummi mungkin kerana terlalu penat kerana semalamam mencari flight untuk balik ke Kelantan untuk ketemu arwah tok mek buat kali terakhir, rupanya kamu berdua telah bersama ummi menghadapi semuanya itu sayang.
Ummi dapat rasa kan arwah tok mek tahu, kalian sudah ada dalam rahim Ummi, tanpa ummi ketahui. Arwah minta untuk tidur dengan ummi semasa ummi menjaganya di hospital,dipeluknya ummi.
Sayang – sayang ummi, pengalaman membawa kalian di dalam rahim ummi sehinggalah lahirnya kalian suatu pengalamaan yang cukup berharga. Hospital menjadi rumah kedua, namun disaat 3 bulan kalian di dalam rahim ummi, alhamdulillah kita telah ke rumah Allah. Bersama kalian menunaikan umrah. Manis ya pengalaman itu sayang.
2/10/2013,detik keramat sayang setelah berjam jam menahan sakit kalian lahir melalui pembedahan, 1.56 pagi lahirnya Dina, 1.57 Dini melihat dunia. Kalian tahu sayang ummi dan abah telah memanggil kamu Dina dan Dini sejak kalian di dalam rahim lagi sayang. Doktor yang menyambut kamu tergelak bila ummi memberitahu nama kamu saat kamu disuakan pada ummi saat kamu dikeluarkan dari perut ummi sayang. Ohh, sudah ada nama katanya, sambil tergelak.
Sayang – sayang ummi, maaf kan ummi, ummi tak mampu susu kan kamu, sejurus kamu dilahirkan, ummi tak mampu belai kalian, kalian alhamdulillah sihat, comel, tapi ummi kritikal, rahim yang kalian huni tak mahu mengecil. Darah keluar tanpa henti. Lama ummi diasingkan dari kalian, maaf kan ummi sayang.
Namun Allah Maha Pengasih, akhirnya setelah melalui detik itu akhirnya kalian dalam dakapan ummi, saat pertama menyusukan kamu berdua bahagianya rasa.Kamu berdua tak mahu berenggang ingin tidur bersama di atas katil hospital. Nurse terpaksa menahan bantal di keliling katil.
Sayang, saat gambar kamu di upload di Facebook ramai yang memberi komen rupa kalian berdua seiras arwah nenek kamu, ada yang kata Mok tuo junior, Dini sayang, kamu suka tidur gaya arwah tok mek kamu.
Kehadiran kalian terlalu membahagiakan ummi dan abah serta ahli keluarga Seremban dan Kelantan.Kalian anak yang terlalu baik. Semua sayang kamu.
Sayang – sayang doa ummi dan abah, semoga kamu menjadi insan yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi insan yang mempunyai hati yang mulia, yang tahu membezakan baik dan buruk, semoga kamu jauh dari segala kejahatan dan niat buruk.
Sayang – sayang ummi, jadilah permata yang mampu menyinari hidup kalian dan orang – orang disekeliling kalian.
Ummi dan abah, serta adik kalian Dhiya terlalu menyayangi kalian.
Selamat Ulang Tahun Dina dan Dini, semoga kalian bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi kasih sayang, tetapi mereka juga bertanggungjawab dalam membentuk nilai, moral, dan tingkah laku anak-anak. Setiap perbuatan ibu bapa, baik dari segi percakapan atau tindakan, akan memberi impak yang mendalam kepada perkembangan mental dan emosi anak-anak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga tingkah laku dan percakapan mereka di hadapan anak-anak agar mereka dapat menjadi contoh yang baik.
Tingkah laku anak-anak banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekitar mereka, terutama dalam keluarga. Ibu bapa adalah figura utama yang memberikan pengaruh kepada anak-anak. Apa yang mereka lakukan dan cakap akan dijadikan sebagai rujukan oleh anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak berhati-hati, anak-anak mungkin meniru perilaku negatif, yang boleh menjejaskan perkembangan mereka. Melalui percakapan dan tindakan yang bijaksana, ibu bapa dapat menunjukkan kepada anak-anak cara berkomunikasi dengan baik, menghormati orang lain, serta mengatasi masalah dengan cara yang positif.
a) Pembentukan Peribadi Anak Anak-anak cenderung meniru apa yang mereka lihat daripada orang dewasa, terutama ibu bapa mereka. Percakapan dan perilaku ibu bapa adalah asas pembentukan karakter anak. Menjaga percakapan yang penuh hormat, sopan santun, dan penyelesaian masalah yang bijak, anak-anak akan belajar untuk mengamalkan nilai-nilai yang sama.
b) Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Apabila ibu bapa menunjukkan sikap positif dan yakin dalam percakapan dan tindakan, anak-anak akan merasa lebih selamat dan berkeyakinan. Mereka akan belajar untuk mempercayai diri mereka sendiri dan bertindak dengan penuh keyakinan dalam kehidupan seharian.
c) Mengelakkan Penyebaran Perilaku Negatif Sebagai ibu bapa, penting untuk memastikan tidak ada ruang untuk perilaku atau kata-kata yang negatif, seperti makian, kata-kata kasar, atau pemikiran yang prejudis, kerana anak-anak mungkin akan menganggap ini sebagai norma dan meneruskannya ke dalam kehidupan mereka.
a) Perilaku Negatif yang Ditiru Anak-anak yang terdedah kepada perbualan negatif atau tingkah laku yang tidak baik mungkin akan meniru apa yang mereka lihat. Ini boleh merosakkan hubungan mereka dengan orang lain, menyebabkan masalah disiplin di sekolah, dan mengurangkan kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara efektif.
b) Kehilangan Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Apabila anak-anak melihat ibu bapa bertindak dengan cara yang tidak sesuai atau bertentangan dengan nilai yang diajar, mereka mungkin kehilangan kepercayaan kepada ibu bapa. Ini boleh menyebabkan mereka berasa keliru dan tidak yakin tentang bagaimana mereka perlu bertindak dalam situasi tertentu.
c) Kesan Emosi yang Negatif Percakapan atau tindakan yang kasar dan negatif boleh memberi impak buruk kepada perkembangan emosi anak-anak. Mereka mungkin berasa takut, rendah diri, atau kurang dihargai, yang mempengaruhi kesihatan mental mereka pada masa hadapan.
a) Membina Hubungan yang Kukuh dengan Anak Apabila ibu bapa menjaga percakapan dan perbuatan mereka, anak-anak akan merasa lebih dihargai dan disayangi. Ini akan memperkuatkan hubungan ibu bapa dan anak, serta membantu anak-anak merasa lebih selamat dan lebih dekat dengan ibu bapa mereka.
b) Meningkatkan Perkembangan Sosial Anak Anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran yang penuh dengan komunikasi positif dan tindakan yang baik cenderung lebih bijak dalam berinteraksi dengan orang lain. Mereka akan belajar cara bergaul dengan rakan-rakan, guru, dan orang dewasa lain dengan cara yang sopan dan beradab.
c) Mempersiapkan Anak untuk Masa Depan Apabila ibu bapa menunjukkan tingkah laku yang betul, anak-anak akan mempelajari cara untuk mengatasi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar dengan sikap yang positif, yakin, dan bertanggungjawab.
a) Berkomunikasi dengan Positif Ibu bapa perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang sopan dan positif di hadapan anak-anak. Ini termasuk mengelakkan penggunaan kata-kata kasar, menghina, atau berbicara dengan nada yang tinggi. Mengajar anak-anak untuk berkomunikasi dengan cara yang penuh hormat akan membantu mereka membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain.
b) Menunjukkan Empati dan Kesabaran Anak-anak sering belajar bagaimana untuk menghadapi situasi yang sukar dengan melihat reaksi ibu bapa mereka. Menunjukkan empati dan kesabaran dalam mengatasi masalah akan mengajar anak-anak bagaimana untuk menangani cabaran dengan cara yang matang dan bijaksana.
c) Jadilah Teladan dalam Berkelakuan Baik Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam setiap tindakan mereka, baik di rumah mahupun di luar. Ini termasuk bersikap jujur, bertanggungjawab, dan menghormati orang lain. Anak-anak akan memerhatikan dan meniru tingkah laku ini, yang akan membantu mereka mengembangkan nilai-nilai yang betul.
d) Menggalakkan Perbualan Terbuka Ibu bapa perlu mencipta suasana yang membolehkan anak-anak berbicara dengan bebas tentang apa yang mereka lihat dan rasakan. Ini akan memberi peluang untuk ibu bapa memberikan bimbingan dan nasihat yang membina apabila anak-anak menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.
Sebagai ibu bapa, peranan kita dalam membentuk tingkah laku dan nilai anak-anak sangat penting. Apa yang kita lakukan dan cakap di hadapan mereka bukan sahaja mempengaruhi perasaan mereka, tetapi juga membentuk perwatakan dan pandangan hidup mereka. Dengan menjaga percakapan dan perbuatan, kita dapat menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dan memastikan mereka tumbuh menjadi individu yang positif, bertanggungjawab, dan penuh kasih sayang. Jadi, mari kita jadikan diri kita sebagai teladan yang baik dan pastikan setiap perbuatan kita adalah langkah menuju pembentukan generasi yang lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak biasanya menyebut perkataan pertama pada usia 1 tahun ke 1 tahun 3 bulan. Kita semestinya sangat teruja dan mula mencatat apa yang disebut oleh anak-anak. Tetapi ada kemahiran yang kurang menjadi tumpuan kita untuk dipantau adalah kebolehan kanak-kanak untuk menggabungkan perkataan dan membuat ayat.
Selepas menyebut perkataan, kanak-kanak akan menggabungkan 2 perkataan untuk menceritakan tentang 2 idea seperti “Mama susu” – menunjukkan kanak-kanak meminta susu dari ibunya. Apabila kanak-kanak berkembang, mereka seterusnya akan menyambung perkataan menggunakan kata kerja pula seperti “nak makan” atau “kereta jalan”. Kombinasi ini adalah kombinasi asas yang menunjukkan kanak-kanak mula mempelajari tentang struktur asas ayat dan juga sebagai asas untuk membentuk ayat yang lebih panjang. Kanak-kanak akan mula menyambungkan perkataan pada usia 2 tahun.
Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang lambat menyambungkan perkataan adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kelewatan bahasa berbanding kanak-kanak yang lambat mengeluarkan perkataan pertama. Ungkapan seperti ‘terima kasih” atau “bye-bye” tidak dikira sebagai 2 perkataan kerana biasanya kanak-kanak akan mengingati perkataan tersebut sebagai 1. Gabungan 2 perkataan yang sebenar adalah apabila kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam ayat tersebut.
Anak saya sudah bersedia ke menggabungkan perkataan?
Sebelum kanak-kanak menggabungkan perkataan, mereka perlulah mempunyai kebolehan:
Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Dalam ayat yang mudah, apabila kanak-kanak sudah menyebut perkataan selain kata nama dalam kosa kata mereka atau sudah mula menggunakan gesture, ini menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk menggabungkan ayat.
Jika anak saya belum menyambungkan ayat macam mana?
Jika anak anda sudah berusia 2 tahun dan lebih dan masih belum menyambungkan perkataan, anda boleh berjumpa dengan Speech Therapist untuk penilaian lanjut mengenai masalah-masalah yang mungkin pada kanak-kanak.
Apa yang boleh saya buat untuk tolong anak menggabungkan perkataan?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
Tengok dan tunggu – Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan untuk mereka menggabungkan perkataan. Untuk menggalakkn mereka menggunakan perkataan, anda perlu melihat dan menunggu anak untuk menyampaikan sesuatu mesej. Dengan membenarkan mereka memulakan perbualan, mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi. Jika anak anda cuba untuk menyampaikan apa-apa mesej yang mungkin menarik perhatiannya, anda perlu respon dengan menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan mesej mereka.
Pelbagaikan perkataan – apabila anda berinteraksi atau bermain dengan anak-anak, cuba gunakan pelbagai perkataan yang berkaitan dengan situasi. Tekankan juga perkataan-perkataan lain selain nama objek seperti kata kerja/perbuatan, kata sifat dan juga posisi. Kata kerja adalah yang paling penting sekali untuk peringkat awal pembentukan ayat.
Modelkan ayat – kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak akan mempunyai kesukaran untuk membuat ayat dengan struktur yang betul terutamanya bagi ayat Bahasa Inggeris seperti “want milk, go car”, anda boleh memodelkan ayat yang betul seperti “you want some milk or you want to go in the car” dan lain-lain. Bagi Bahasa Melayu pula, mungkin ada anak-anak yang menyebut perkataan secara terbalik seperti “makan nak, jalan kete” dan lain-lain, anda hanya perlu membetulkan ayat tersebut dengan memodelkan ayat yang betul pada anak
Kembangkan perkataan – kembangkan perkataan anak jika mereka menyebut 1 perkataan sahaja. Contohnya seperti “laju” semasa menolak kereta, anda boleh menyebutkannya dalam ayat seperti “wow..kereta laju”. Ataupun mereka sedang makan biskut dan menyebut biskut, anda boleh berkata “biskut sedap atau adik makan biskut” dan lain-lain.
Tambahkan gesture – apabila anda menggunakan gesture semasa bercakap dengan anak, ia memudahkan kanak-kanak untuk faham dengan lebih baik dan pada masa yang sama anda sedang mengajar anak anda untuk menggunakan gesture tambahan untuk berkomunikasi.
Sila rujuk kepada Speech Therapist jika anak anda mengalami kesukaran untuk menyambungkan ayat selepas usia 2 TAHUN.