Kanak-kanak ini menjadi lumpuh dan tidak boleh bercakap secara tiba-tiba. Seekor kutu kenyang di kepalanya menjadi punca.
Ibu kanak-kanak yang bernama Kaylin, iaitu Jessica Griffin menyedari ada kutu yang sedang kenyang dengan darah, melekap pada kulit kepala anak perempuannya. Malam sebelumnya, Kailyn bermain bola lisut dan dia kelihatan baik-baik saja. Dia mandi selepas itu dan tidak ada tanda-tanda lain kelihatan.
Griffin mengeluarkan kutu itu dan memasukkannya ke dalam beg ziplock plastik dan kemudian membawa anak perempuannya ke Pusat Perubatan Universiti Mississippi. Di hospital, ujian darah dan imbasan CT mendedahkan diagnosis kelumpuhan berlaku akibat kutu atau tick paralysis.
Ads
Kami melalui perkara yang menakutkan pagi ini! Kailyn bangun dan tidak mampu untuk berjalan! Saya terfikir bahawa kakinya ‘sedang tidur’ sehingga saya perasan bahawa dia alami kesukaran untuk bercakap!
Selepas pelbagai ujian darah dan ujian CT kepala, pihak UMMC telah mengesahkan ia adalah yang disebabkan oleh kutu atau tick paralysis! Tolong periksa anak-anak anda sekiranya mereka ada dihinggapi kutu! Ia lebih biasa berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa! Kami dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan kami berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik! Doakan anak saya ini! Ia amat menakutkan! Kaylin sungguh kuat sepanjang kesukaran ini.
Ads
Menurut CDC, tick paralysis boleh berlaku kepada haiwan dan manusia adalah disebabkan oleh neurotoksin yang terdapat dalam kelenjar air liur kutu,
Ads
Serangan neurotoksin pada sistem saraf dan menyebabkan lumpuh yang akut dan lumpuh yang lemah pada otot. Lumpuh biasanya berlaku bermula dari bahagian bawah badan dan secara beransur-ansur merebak.
Lumpuh dan gejala-gejala lain biasanya hilang dalam masa 24 jam selepas kutu dikeluarkan atau dikutip dari badan. Tick paralysis sering dikelirukan dengan gangguan neurologi lain yang melibatkan lumpuh sebagai gejalanya seperti botulisme atau sindrom Guillain-Barré.
Bila dengan datuk atau nenek, anak bukan main lagi manja. Semua nak dapat. Siapa ada pengalaman macam ni? Haa boleh katakan semua ibu bapa akan alami situasi ini kan.
Bagi isteri pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri, gelagat anak sulungnya Jeanelle Nika Mandagie yang sangat manja dengan atok dan neneknya ternyata buat mommy dan daddy tak boleh nak buat apa.
Menurut Nina di instagramnya, masa dengan atok dan nenek, anak perempuannya ibarat ada lesen besar. Mommy dan daddy tiada kuasa nak marah atau bantah.
Menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya, Nina menjelaskan bila nampak atok dan nenek anak sulungnya terus gembira kerana apa yang dimahukannya terus dapat.
Jika sebelum ini Nina hadkan penggunaan gajet pada Nika tapi bila dengan atok, apa yang cucu mahu terus dapat.
Masa ni mommy boleh senyum je dan tak boleh nak buat apa. Nak marah pun tak boleh,” kongsinya.
Melalui ruangan komen, rata-rata peminatnya beritahu mommy kena reda.
Sementara itu, dalam instagram ayah Nina, Datuk Ismail Sabri beliau juga mengakui bila dengan cucu mesti akan kalah.
Betul la agak nya orang kata.. Atuk lah yang biasanya over manjakan cucu.Dengan mommy dan daddy mesti tak akan dapat makan cookies tu tapi bodek atuk mesti dapat punya.
Hari ini ramai ibu bapa agak kalut untuk cepat menjadikan anak mereka pandai. Seawal usia setahun dah diajar membaca. Semuanya sebab nak anak jadi orang yang boleh membaca seawal usia dan kalau boleh terus pandai menulis. Nanti sekolah boleh jadi pelajar paling cemerlang. Betul ke cara tu?
Maka berlumba-lumbalah para ibu bapa untuk mengajar anak mereka membaca, menulis dan menghafal seawal usia mereka setahun. Masing-masing tak mahu anak mereka ketinggalan dan tercicir berbanding anak orang lain yang sudah boleh membaca seawal usia 3 tahun!
Akibatnya ramai ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan proses perkembangan yang sepatutnya dilalui oleh si anak kerana merasakan ia tidak penting dan lebih fokus kepada kemahiran membaca dan menulis. Kepandaian dan kehebatan seorang anak diukur pada kemahiran membaca dan menulis mereka seawal usia!
Rupanya jika sikap anda sebagai ibu bapa adalah sedemikian maka bersedialah untuk melihat kesengsaraan dan kegagalan anak anda di masa depan. Kupasan terperinci daripada saudara Hazhari Ismail selaku Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah sangat bagus untuk dijadikan panduan oleh semua ibu bapa yang sedang sibuk mempersiapkan anak kecil mereka menjadi orang yang hebat.
Macam mana nak ajar anak menulis?
6 tahun lalu, saya ada tanya kepada seorang so called
pakar, macam mana nak bagi kanak-kanak membaca dan menulis.
Jawapan mudah beliau,
“Kalau nak bagi anak baca cepat, suruh anak baca!”
“Kalau nak bagi anak tulis cepat, suruh anak tulis!”
Dalam nada gurauan.
Dan saya tak pasti adakah beliau bergurau atau serius. Tapi, bagi insan yang naif ketika itu, saya anggap ia satu benda yang serius sambil melihat peserta yang terdiri daripada ibu bapa mengangguk setuju.
Bagaimana nak suruh si kecil menulis dan membaca pada sesuatu kemahiran yang belum dikuasai.
Dia belum pernah menulis dan kita suruh dia menulis. Ini salah faham terbesar masyarakat.
Saya membantu mengedarkan satu kertas A4 kosong dan sebatang pensel untuk kanak-kanak umur 5 tahun. Menjadi pemerhati kepada guru tadika.
Malangnya, pemerhatian saya membuat saya sedih. Kanak-kanak itu bukan sahaja tidak bersedia untuk menulis, malah mereka mempunyai masalah untuk memegang pensel dengan betul, apatah lagi untuk menulis.
Lagi menyedihkan, si guru juga percaya hanya ada satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk menulis, iaitu biarkan mereka menulis.
Si guru terlupa, dalam proses menulis, di situ terletak konsep pra-menulis atau pre-writing.
Pentingnya kukuhkan kemahiran motor anak!
Untuk memahami perkembangan kanak-kanak, ia berkembang melalui proses. Di dalam kemahiran menulis, ia amat berkait rapat dengan kemahiran motor halus (fine motor skill) di bawah perkembangan fizikal.
Untuk membenarkan kanak-kanak menulis, ia merangkumi proses memanipulasi pensel. Ia memerlukan proses dan peringkat tertentu.
Kemahiran motor (motor skill) bermula dari inside to outside. Dari large muscle ke small muscle. Di situ konsep gross dan fine motor skill wujud.
Maksudnya, tanpa kemahiran large muscle seperti lengan (arms and trunk), maka jangan bermimpi jari dan tangan akan menjalankan dengan sempurna.
Bergayut & merangkak itu penting
Kembali kepada pre-writing, benar, proses terawal untuk membenarkan jari itu menulis dengan baik, maka guru dan ibu bapa perlu memberi aktiviti yang berasaskan large muscle.
Teringat supervisor saya sempat berpesan ketika memerhati kanak-kanak 4 tahun di playground sekolah,
“Biarkan anak itu bergayut di monkey bar.”
Atau bergayut di pokok.
Proses bergayut itu merangsang large muscle untuk bergerak dan menguatkan tangan seterusnya menjadikan proses menulis dengan mudah.
Begitu juga dengan aktiviti merangkak.
Lagi bagus, biarkan si kecil merangkak di outdoor berbanding indoor. Perbezaan surface antara indoor dan outdoor itu sendiri memberi pengalaman berbeza kepada mereka untuk berkembang.
Jadi, dah boleh tulis ke belum? Belum lagi. Perbanyakkan aktiviti pra menulis untuk menguatkan both large and small muscles.
Suruhlah anak menggali tanah, bermain play doh, main dengan pasir, aktiviti ikat kasut and variety of buttons, crayon etc.
Sebelum bagi pensel dan kertas.
Tolong jangan bagi gajet!
Bahana gajet.
Beberapa findings research membuktikan kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan gajet yang melebih tanpa kawalan, akan beri kesan buruk kepada perkembangan motor halus.
Tangan-tangan akan terketar atau menggigil.
Sebab seawal usia, mereka tidak didedahkan dengan aktiviti menguatkan large muscle. Kita sua kan mereka ipad, tab, smart phone – yang berkehendakkan mereka menggunakan jari untuk menyentuh.
Jadi, ingat proses tadi? Large muscle kemudian baru small muscle. Tapi, ia tidak terjadi kepada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menjadi hamba gajet.
2 tahun kepada no gajet adalah perkara serius.
2 jam maksimum untuk bawah 6 tahun juga adalah perkara serius.
Otak anak bukan macam span!
Maka, janganlah kita salah faham yang mengatakan otak kanak-kanak ibarat sponge. Ajar mereka sebanyak mungkin untuk menjadi anak yang hebat.
Tapi , ada proses-proses yang kena ikut. Nama pun development/ perkembangan.
Maka ada peringkat demi peringkat.
Kalau kita masih berdegil untul menyuruh anak-anak accomplish any task sebelum development mereka bersedia, maka ia adalah cara yang terbaik dan terpantas untuk menggagalkan anak.
Rupanya, semua masalah berlaku berpunca dari kita sendiri yang tak menyabar.
Dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan ini, muncul seorang bintang kecil yang sedang bersinar terang—Laila, atau Alia Laila, 10 tahun, model cilik berbakat dalam industri fesyen dan peragaan. Siapa sangka, pada usia yang begitu muda, Laila sudah menjadi wajah kepada pelbagai jenama terkenal?
Namun di sebalik sinaran lampu sorot dan lensa kamera, ada satu kekuatan besar yang menjadi tunjang kejayaannya—sokongan penuh dari ibu bapanya.
Kejayaan Laila tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula dengan pengiktirafan kecil—mungkin dari cara dia bergaya, berposing, atau hanya keberaniannya di hadapan kamera. Tetapi yang paling penting, ibu bapanya melihat potensi itu dan tidak memadamkan cahaya impiannya. Sebaliknya, mereka meniup angin ke layar perahunya, membantunya belayar lebih jauh.
Apabila ditanya apa yang membuatkan Laila begitu sukakan bidang ini, jawabnya ringkas tetapi penuh makna:
“Sebab saya dapat jumpa kawan baru, cipta pengalaman baru dan saya seronok.”
Jawapan ini mengingatkan kita bahawa dunia kanak-kanak itu kaya dengan rasa ingin tahu dan keghairahan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia bukan tentang glamor, tetapi tentang pengalaman dan persahabatan yang dia bina.
Menariknya, walaupun Laila tidak pernah menghadiri mana-mana kelas modelling secara formal, dia tetap menyerlah dengan caranya tersendiri.
Ramai mungkin menyangka dunia modelling hanyalah tentang bergambar dan berjalan di atas pentas. Tapi Laila membuktikan bahawa untuk menjadi seorang model cilik, disiplin harian sangat penting.
“Selalunya saya akan bangun pagi dan sediakan semuanya sendiri, seperti gosok baju, kasut, beg dan kadang-kadang ada buat sarapan sendiri. Tapi ada masa tak sempat, jadi saya makan di tempat penggambaran sahaja.”
Kematangan Laila terserlah dalam setiap kata. Walaupun masih muda, dia sudah mempraktikkan tanggungjawab dan berdikari—satu ciri yang patut dibanggakan oleh ibu bapanya.
Apa yang lebih menyentuh hati, adalah apabila ditanya tentang harapannya pada masa depan. Walaupun aktif dalam dunia modelling, Laila tetap punya impian yang besar dan mulia:
“Saya nak tambah baik saya punya ‘catwalk’ dan di masa hadapan saya nak jadi doktor haiwan.”
Jawapan ini membuktikan bahawa anak-anak kita boleh punya lebih dari satu impian—dan mereka boleh berjaya dalam pelbagai bidang jika diberi ruang, bimbingan, dan semangat.
Jadikan kisah Laila sebagai cermin untuk kita semua. Anak-anak kita mungkin tidak akan jadi model seperti Laila, tetapi mereka pasti ada sesuatu yang mereka minat dan mahu cuba. Sebagai ibu bapa, peranan kita bukan untuk memilih jalan mereka, tetapi untuk berjalan di sisi mereka.
Bakat adalah anugerah, tetapi sokongan ibu bapa adalah sayap yang membolehkan anak-anak terbang tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.