Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI