Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu dah besar adik Fattah Anas yang pernah viral satu ketika dulu bila gelagat comelnya masuk ke sangkar kucing dahulu mendapat perhatian ramai. Waktu tu adik Anas masih kecil dan kalau tak silap sudah enam tahun berlalu selepas videonya tular.
Adik Anas sudah semakin besar dan kini bersekolah rendah di Kuantan, Pahang. Kalau dahulu kecomelannya menjadi perhatian, terbaharu adik Anas mendapat perhatian di atas kebijaksanaannya pula.
Terbaharu, sebuah video dimuatnaik melalui akaun Tiktok @papaanas31 menunjukkan aksinya yang bersahaja membaca surah al-Kahfi sambil memakai kasut sekolah.
“Nak pergi sekolah dah, hari ni hari Jumaat. Boleh baca surah al-Kahfi 10 ayat pertama?”
Pada ketika itu, adik Anas sedang bersiap untuk ke sekolah apabila ibunya meminta dia membacakan surah tersebut bermula ayat 1-10. Bagusnya!
Tonton video ini;
Ads
@papanas31 JOM BACA ✨.. mesti da ramai hafal kn? jgn lupe baca nah.. insyaAllah percayalah Allah akan bg protection pd hambaNya yang mengharap.. laaani yg tak betui depa ejah sembang bg nampak betui.. sampai tahap solat pun ada yang pegang tak solat tak pa..bukan paksaan.. perhhh.. sbb tu ramai x tutup aurat pun, xde hal.. duk pegang cerita2 tak habis cth pelacur masuk syurga bg minum kt anjing..dasyattttt..REALITI HAKIKAT yang berlaku sampai ke hujung2 lorong kampung.. for me, besar nau fitnah nye.. takpalah.. sebab tu kt sana ada 2 tempat.. Moga kite selamat dunia akhirat insyaAllah..amin ya Allah.. #fattahanas#family#ceritakita#insyaallah#loveallah#lovemuhammadsaw#alhamdulillah❤️#fyp#spreadislam#samasamakitaamalkan♬ original sound – F’s family
Selesai membacakan surah tersebut, ibunya mengucapkan syukur sambil memberinya makan buah mangga. Comel sungguh adik Anas makan buah mangga dengan adiknya.
Bacaannya lancar dan mendapat pujian ramai. Tidak ketinggaln ramai yang meninggalkan komen positif terhadap cara didikan kedua orang tuanya.
Ads
Semoga adik Anas akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah anak kerap ‘di body shaming’ Erni Zakri ambil langkah kurang kongsi gambar anak. Penyanyi Ernie Zakri telah mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian mengenai anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, di media sosial selepas wajah anak kerap jadi bahan hinaan.
Menurut Ernie, yang juga dikenali dengan nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, netizen tidak mempunyai hak untuk mengutuk anak kecil yang tidak berdosa.
“Sebagai seorang ibu, adalah normal untuk berasa sedih apabila ada segelintir netizen yang saya boleh katakan tidak berakal, tetapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang memilih untuk berkongsi tentang anak saya,” katanya.
Ernie menegaskan bahawa dia tidak mengharapkan pujian, tetapi juga tidak menerima dengan hati terbuka apabila ada orang mengutuk anaknya. Oleh itu, apabila dia menyedari bahawa perkongsian tersebut membawa kepada reaksi negatif, dia akan mula mengurangkan hantaran berkaitan anaknya.
“Ini adalah tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka melihat anak kami, tetapi apabila ada yang mengatakan anak saya tidak comel, saya berasa sedih,” luahnya dalam sebuah program hiburan.
Meskipun sedih berdepan tohmahan, Ernie dan suaminya, Syamel, enggan mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mencalarkan reputasi mereka.
“Setakat ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tidak terlalu teruk. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi perangai netizen ini. Mereka mahukan perhatian. Jadi jika tidak diberi perhatian, pasti mereka akan berhenti. Tapi bagi yang tidak berhenti komen, mungkin banyak masa di rumah dan boleh dikatakan mereka gila,” katanya.
Ernie juga menyatakan bahawa dia berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti-henti menghantar mesej peribadi (DM) kerana mahukan perhatian. Namun, selagi ia tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan mengganggu keluarga, dia tidak akan mengambil tindakan.
Selain Ernie, ramai artis seperti Nora Danish, Caprice, dan Sharifah Sakinah turut berdepan isu yang sama apabila wajah anak mereka dikutuk tidak comel bahkan disamakan dengan haiwan.
Untuk info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.
Menyambut kehadiran ahli keluarga baru adalah satu momen yang penuh kegembiraan, tetapi bagi anak sulung yang masih kecil, perubahan ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan dan mencabar. Mereka yang sebelum ini menjadi tumpuan perhatian ibu bapa tiba-tiba perlu berkongsi kasih sayang dan perhatian dengan adik baru yang masih kecil dan memerlukan penjagaan rapi. Kadang-kadang, anak sulung boleh merasa cemburu, takut atau tidak pasti bagaimana nak berinteraksi dengan adik baru.
Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar dan penuh kasih sayang, agar hubungan adik-beradik dapat terjalin dengan harmoni sejak awal lagi.
Sebelum bayi sampai, cuba ceritakan pada anak sulung tentang adik baru yang akan datang. Gunakan bahasa mudah yang dia boleh faham, contoh: “Nanti kita akan ada adik kecil yang comel. Kita kena jaga dia sama-sama, okay?” Ini membantu anak sulung mula bersedia dari segi mental dan emosi.
Biar anak sulung rasa dia juga penting. Ajak dia pilih pakaian bayi, mainan, atau tolong susun barang bayi. Bila dia terlibat, dia akan rasa bertanggungjawab dan lebih teruja dengan kehadiran adik.
Selepas bayi lahir, penting untuk ibu bapa luangkan masa berkualiti dengan anak sulung. Walaupun perhatian kena kongsi, pastikan anak sulung tahu dia tetap disayangi dan penting. Contohnya, buat aktiviti main atau baca buku khas hanya dengan dia.
Bila masa nak kenalkan anak sulung dengan bayi, buat secara perlahan. Biarkan anak sulung sentuh dan pegang bayi dengan pengawasan. Berikan pujian dan galakan bila dia tunjuk sikap penyayang.
Anak sulung mungkin perasan perubahan rutin harian dan perhatian ibu bapa. Terangkan dengan mudah, contohnya, “Mama kena jaga adik sebab dia kecil, tapi mama tetap sayang abang/akak juga.”
Kadang-kadang anak sulung tunjuk rasa cemburu atau marah. Jangan marah dia, tapi cuba faham dan berikan perhatian yang cukup. Bincang dan cuba berikan pilihan supaya dia rasa lebih terkawal.
Ajar anak sulung untuk sayang dan jaga adik. Ceritakan kisah atau buat aktiviti yang membina kasih sayang antara mereka. Bila hubungan baik, suasana keluarga pun jadi lebih harmoni.
Proses memperkenalkan anak sulung yang masih kecil kepada adik bayi baru memerlukan pendekatan yang penuh perhatian, kesabaran, dan kasih sayang. Dengan komunikasi awal, penglibatan anak sulung, pengurusan emosi yang baik, serta sokongan daripada pasangan, ibu bapa boleh membantu anak menyesuaikan diri dengan perubahan keluarga dan membina hubungan adik-beradik yang harmonis sejak awal.
Ingat, setiap anak unik, jadi sesuaikan pendekatan mengikut keperluan dan personaliti mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lambat berjalan, usia sudah 18 bulan, ibu bapa kena tahu faktor penyebab. Bila usia anak sudah hampir 2 tahun namun masih lagi tidak boleh berjalan, ibu bapa yang tidak bimbang.
Melihat anak orang lain yang sebaya sudah boleh berjalan, sudah tentu timbul perasaan tidak sedap hati di kalangan ibu bapa. Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda, cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang
Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
3. Cerebral palsy
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.